Herba yang penting untuk masak -memasak.

Tuesday, December 25, 2007

Nelayan, peniaga kecil dan bantuan


Hari Isnin 24-12-2007 @ jam 18.00.

Aku telah pergi ke rumah kenalan aku Umar di Sungai Timun, Lubuk China, sempadan Negeri Sembilan dengan Melaka untuk membeli Udang Galah. Sekarang ini dia telah berhenti meniaga udang, sekadar menguruskan udang kepunyaan seorang towkay yang di panggil Atak Jepun.Aku merasa agak hairan lalu bertanya
'kenapa awak tak buat sendiri?'
Umar menjawap
' tak mampu aku nak buat sendiri, modal besar sangat la'
Aku pun terus bertanya
' berapa sekilo harga bayar kat nelayan ?'
'harga udang hidup RM 50 ..! udang mati RM45 !Tak mampu aku nak keluarkan modal sebanyak tu, kalau 20 kilogram dah RM 1000.!'
'mahal nya!'
'Harga jual ? Yang hidup aku tak jual, nanti Atak datang ambil, yang mati aku jual RM50 sekilo, aku dapat komisyen singgit jer dari Atak.'
Umar teruskan penjelasan nya,
' abang dah lama tak mari sini, dulu ada 40 nelayan udang, sekarang tinggal 6 orang saja, semua nya orang Atak, modal nak turun mencari udang pun besar abang, mujur juga ada Atak dulukan modal, kami bukan dapat petrol subsidi macam yang kerajaan hebohkan tu! semua beli sendiri bang!' 'kalau tak ada Si Atak tu..memang susah lah nak ke sungai! Abang tak nak mulakan semula ker perniagaan Ketutu dan Udang galah?Boleh cari makan bang..'
Aku hanya termenung dan menjawap
'entah lah Umar, masa aku mula kenal engkau dulu, anak sulong engkau baru nak masuk Politek, sekarang dah lapan anak nya, itu lah lama dan pantas nya masa berlalu, aku dah malas nak meniaga Ketutu atau udang lagi, aku datang ni pun cuma sebab nak beli udang untuk makan malam nanti..aku dah malas lah Umar'
Dengan hasil dari komisyen sebanyak RM1 untuk satu Kilogram udang , Umar mendapat purata pendapatan sebanyak RM400 ke RM 500 sebulan. Suatu masa dulu Umar adalah peraih udang yang agak berkemampuan, selepas mengalami sakit yang agak teruk, tiga bulan dia terlantar di hospital, modal dan simpanan pun dah habis, kini dia cuma menjadi seorang penjaga tempat mengumpul udang.Di mana silapnya? Kerajaan Negeri Sembilan 'nampaknya' memang bersungguh-sungguh berusaha untuk membantu nelayan, petrol untuk nelayan tu Atak yang tolong belikan, peniaga kecil macam Umar cuma mampu menjadi penjaga pusat pengumpulan. Harga Udang galah hidup di bayar oleh restoran adalah RM70 sekilogram. Nasib baik lah ada Atak Jepun yang nampak akan guna nya berbaik baik dengan nelayan, lumayan tu, untung kasar saja dah lebih kurang RM8000 - RM10,000 sebulan..Atak juga yang pandai..!
Aku goreng jer Udang galah yang di beli petang tu..Aku beli dua kilogram, RM100! Sedap nya udang baru!

Friday, December 21, 2007

Selamat Hari Raya Aidul Adha

Selamat Hari Raya Aidul adha.

Semalam 20-12-2007 adalah hari raya kurban, aku tak pergi membantu pun. Aku pergi melawat bapa mertua ku di Hospital Pakar Sultanah Aminah , Muar.Ayah telah pergi untuk rawatan dan pemeriksaan bulanan disana pada 17-12 2007, dia sangat lemah pada ketika itu.Selepas memeriksa keadaan ayah, doktor pakar telah mengesyorka agar ayah di masukkan ke wad dan di buat satu procedure pembedahan untuk membuang air yang berlebihan didalam badannya. Mizah adik ipar aku yang tandatangani surat kebenaran pembedahan tersebut.Hasil dari procedure tersebut air yang gagal di keluarkan melalui sistem perkumuhan telah berjaya di keluarkan melalui tiub yang di pasang di perut ayah.
Pada hari aku melawatnya, air tersebut berwarna kekuningan, jernih dan normal saja kadar kelikatan air tu. Mengikut cerita emak, pada hari mula nya air tersebut berwarna seperti Nescafe o dan sangat pekat kadar kelikatan nya. Buah pinggang ayah dah tidak begitu baik lagi, cuma doktor berkata yang ianaya tidak rosak sepenuhnya. Kemungkinana besar dapat di gunakan selepas di beri rawatan nanti.Sehingga masa aku balik dari melawatnya , air dialisis dalam beg 2 litre masih di masuk kan melalui tiub yang dimasukkan melalui perut dan dikeluarkan semula melalui satu tiub lagi di perut.
Semua ini berpunca dari sakit kencing manis yang tidak dikawal dengan baik.Emak sentiasa berada di sisi ayah walaupun di hospital.
Kami berkampung di rumah Nas, adik ipar aku. Adik ipar aku Mizah telah bermurah hati mengandam janggut dan misai aku selepas dia 'cut and trim' rambut aku yang tak seberapa helai tu. Aku memang suka Mizah gunting rambut aku dari tukang gunting lain, dia lebih peka dan memahami apa yang perlu di trim dari kebanyakan tukang gunting rambut yang suka gunakan 'ketam' untuk memotong rambut ku.
Ina masih di kampung hari ini, emak dia, ibu mertua aku..buat korban seekor lembu hari ni. Aku, Shida dan Aiman balik ke PD malam tadi. Aku tidak ambil cuti sebab kerja yang sedang menanti ada sangat banyak. Aku akan cuba selesaikan sebaik mungkin sebelum 31-12 -2007 nanti. Dalam berlambak kerja tu, ada pulak lagi paip gas yang berkarat sehingga berlubang dan berlaku lah kebocoran gas Propane, ah..emergences work..!

Selamat Hari Raya Aidul Adha..

Friday, December 14, 2007

Accident lagi..

Anak perempuan dengan teman lelakinya telah mengalami kemalangan motorsikal semalam @10.30 13-12-2007. Aya cuma luka melecet di gosok jalan, namun luka di lututnya agak besar, perlukan lima jahitan. Dalam juga luka tu. Fiq agak teruk, selain dari luka melecet di gosok jalan, dia juga mengalami luka yang agak besar di atas kening sebelah kanan, retak la jugak tengkoraknya..! Selepas menerima panggilan kecemasan dari Shida, aku telah menangguhkan mesyuarat dengan pembekal barangan 'marine' dari Portugal. Kelam kabut juga aku apabila hospital Port Dickson 'refer' kes Fiq ke Hospital Seremban. Teruk betul kah kecederaan nya ? Bergegas aku ke Hospital Besar Seremban.
Sedang aku mencari 'parking' Aya telifon dan beritahu yang dia dalam perjalanan balik ke PD sebab hospital Besar Seremban tak punya pakar untuk menangani kes kecederaan Fiq, oleh itu mereka telah 'refer' semula dia ke hospital PD. Aku jadi semakin risau dan gelabah! Setakat yang aku tahu, pesakit akan dibenarkan balik dan menjalani rawatan pesakit luar jika kecederaan nya tidak 'serius' atau pesakit akan di pujuk untuk di bawa balik ke rumah oleh keluarganya jika keadaan pesakit tidak dapat di ubati lagi. Yang mana satu kes Fiq ni?
Semasa aku samapi ke hospital PD Fiq sedang dibantu oleh Aya untuk masuk ke kereta bapanya untuk di bawa pulang ke rumah.Dengan luka yang jelas kelihatan warna merahnya di sepanjang betis dan paha, kepala yang bertampal dan tengkorak yang retak, dia disuruh pulang!
Bapa Fiq dengan penuh yakin memberitahu aku yang anak nya tiada masalah apa-apa,' dia tak muntah, dia tak pengsan, dah x-ray kepalanya, cuma retak sikit saja', ialah tu..nasib awak lah Fiq, awak bukan tanggungan aku, jika tidak aku dah hantar untuk buat CT scan atau MRI untuk mengesan ketulan darah, lebihan air atau kerosakan didalam otak.Aku tidak suka untuk sekadar membuat anggaran kecederaan berdasarkan 'O.K tu..dia tak muntah, dia tak pengsan '
Malam tadi semasa melawat Fiq dirumah emak nya, dia nampak agak ceria dan sihat. Aya agak tersentuh perasaanya apabila aku berkata 'Fiq mungkin tidak akan bangun pagi esok, Aya jangan terlalu mengharap' Aku terpaksa menerangkan kepada anak perempuan aku itu akan bahaya tengkorak yang retak. Beberapa orang kenalan aku yang kemalangan semasa 'detik 12 malam ' 20 tahun dahulu telah tidak bangun lagi keesokan harinya, walaupun tidak ada sedikit luka pun di badan. Darah yang membeku di otak atau lelehan air yang berlebihan di otak, sudah cukup untuk mematikan mereka!
Aku baru saja hubungi Aya untuk bertanya kedaan Fiq, ' dia dah bangun dan O.K jer abah' Alhamdulillah. Bertambah rasa kegembiraan di hati aku pada ketika ini - 10.54 pagi 15-12-2007, memang aku berharap dia akan bangun, tetapi aku juga pasrah jika dia tidak bangun lagi..Aku akan sangat bersedih jika dia tidak bangun lagi.

Wednesday, December 05, 2007

Power..



Malam tadi aku pergi menjemput Ina dari rumah adiknya Mizah di Sungai Besi, anak comel aku Nazirah macam kena demam campak nampak nya. Ina dan Mizah telah pergi ke rumah keluarga Amin, suami Mizah di Sumpitan, Lenggong untuk menghadiri majlis walimatul urus anak saudara Amin.Lepas majis tu berjalan-jalan lah dia orang.Banyak juga barang yang mereka beli di Kroh dan Kuala Kangsar.

Dalam perjalanan pulang, semasa nak sampai PD, Ina bersungut yang dia lapar..Aku pun bertanya
'awak nak makan apa?' 'nasi goreng jer lah' 'O.K jom kita pergi kedai gear box'.
Kedai gear box ni dekat dengan rumah kami, nama kedai ni sebenarnya Saujana Sea food, tapi di sebabkan towkay kedai ni dulu ada jual sup gear box - di kedai lain, kami panggil towkay kedai tu 'gear box!' Gear box akak towkay tu pun boleh tahan juga mengancam nyer..!

Heran juga aku apabila sampai ke kedai tu, nampak gelap ajer..'malam semalam I minum ABC ngan Shida kat kedai ni, hari ni dia tutup pulak..!'
Kedai buah kat sebelah nya terang benderang..!Kami teruskan perjalanan hingga ke Sri Malaysia dan buat 'U' turn untuk berpatah balik ke arah Teluk Kemang, ada banyak kedai makan di sebelah jalan pantai, arah ke bandar PD tak banyak kedai makan.Aku perhatikan lagi, memang sah kedai gear box tutup, gelap aje. Entah kenapa Ina memandang ke belakang setelah agak jauh dari kedai tersebut dan ..
'eh kedai gear box tu buka la..ada I nampak pak haji tu masuk beramai-ramai..' ' ah awak mengarut jer lah..dua kali saya tengok tadi..gelap kedai dia' ' betul..saya nampak cerah terang benderang ni ha..' 'O.K.. saya pusing kat depan tu..mari kita masuk ikut jalan kampung Si Rusa, kita tengok betul ke terang benderang atau gelap'

Terkejut nya aku apabila melihat memang betul terang benderang dan ramai pelanggan kat dalam kedai. Kami pun masuk ke kedai, anak-anak aku Norzan dan Fakhri pun ada disana dengan kawan-kawan mereka. Aku order sup ekor dengan nasi putih. Walaupun pekerja nya ramai, Shuib suami gearbox yang hantar sendiri makanan yang kami order.Aku compliment Shuib tentang kedai dia dan isterinya yang nampak semakin mengancam, Shuib jawap
' ya la..dah tak payah berjemur panas lagi.. itu yang cerah sikit tu..!' ' betul tu Shuib..dah tak kena bahang dapur gas, kalau tidak..bertatu tangan kena kuali panas..!'
dapur gas untuk retoran nih, api nya besar..satu kaki panjang nyer..! Sekarang 'kak Pah gear box' dah ada empat orang tukang masak handalan, dua pakar membancuh air dan sepuluh waiter..! Suatu masa dulu, kak Pah buat semua kerja di warung kereta tolak nya sendirian..Shuib gi bawa teksi.
Aku ceritakan kepada Shuib akan kejadian yang baru aku alami tadi, kehairanan aku terjawap bila Shuib bertanya
'baru sat-sat ni ka hang lintas depan ni ?'
' dia la..aku nak mai kedai hang..tapi aku nampak gelap saja..aku ingat hang tutup..tau tau lepas tu nampak terang menderang balik..! tu yang aku mai tu..'
' Ha..lagu ni Ri..sat sat nih..eletrik power dia over load, trip la..padam seluruh kedai aku..agaknya masa Ina tengok tu..aku dah reset balik..!'
' Nasib baik aku tanya hang Shuib..kalau dak mesti aku dok ingat ni kerja buat tok moh mana la pulak..No power rupa nya..ish ..ish..ish..!'

Ingat kan power mandram tok moh..rupa-rupanya no ..power..eletrik..!
Dah bayar bil ke belum? Kalau kena potong..no..power..!

Monday, December 03, 2007

Ayam den lapeh- dari blog Faisal

Luruihlah jalan payakumbuah
babelok jalan kayu jati
dima ati indak karusuah
ayam den lapeh
ai...ai...ayam den lapeh
Mandaki jalan padangsikek
basimpang jalan ka biaro
dima ati indak kamaupek
awak takicuah
ai...ai...ayam den lapeh
Sikucapang sikucapeh
sa'ikua tabang sa'ikua lapeh
tabanglah juo nan karimbo
oilah malang juo
Pagaruyuang batusangka
tampek bajalan urang baso
duduak tamanuang tiok sabanta
oi takanang juo
ai...ai...ayam den lapeh

Monday, November 26, 2007

Cuti cuti Mlaysia


Minggu sudah aku pergi berjalan -jalan ke utara Semenanjung.Aku telah pergi ke daerah Yan, kampung halaman aku yang telah hampir 30 tahun aku tinggalkan.Kampung aku ini ada banyak tempat rekreasi, nak ke laut boleh, kegunung boleh, ke kebun buahan atau kesawah pun boleh. Air Panas Ulu Legong di Baling juga sungguh menarik.Aku telah pergi ke Titi Hayun untuk berendam dalam air gunung Jerai yang sungguh nyaman,berjalan ke pantai Murni untuk menikmati Nira Nipah yang sungguh sedap. Adik aku ada pelawa untuk ikut dia pergi menjaring Tenggiri di laut tapi aku terlalu sibuk didaratan hinga tak dapat meluangkan masa untuk ke laut!
Anak-anak saudara aku sungguh gembira semasa kami naik feri untuk ke Pulau Pinang!
Web site majlis daerah Yan ada aku hyperlink untuk mereka yang berhajat untuk mengetahui dengan lebih mendalam.
Disebabkan aku tak ada kamera, terpaksalah aku gunakan gambar yang telah ada dalam web site untuk menerangkan tentang tempat -tempat ini.
http://www.mdbaling.gov.my/pelancongan/lokasi.htm
http://shw.fotopages.com/5241224/having-fun.html
http://www.mdy.gov.my/rekreasi.htm
http://www.youtube.com/watch?v=Wu8SalnWIh8

Tuesday, November 13, 2007

Angkasawan angkasawang?

Nampak nya masih hangat di perkatakan tentang 'angkasawan -astronaut-cosmonaut-pelancung angkasa-space participant '. Ada seorang kawan yang hantar gambar dan article ini, saku cuma olahkan semula.
Aku tak kesah benar apa panggilan untuk orang pertama dari Malaysia yang telah pergi ke angkasa, ramai yang pertikaikan bukan sebab nama panggilan itu tetapi sebab mereka merasakan kerugian, apabila belanja yang begitu besar telah di keluarkan untuk peserta dari Malaysia.
Susah juga untuk aku komen untuk kedua belah pihak, sebab walaupun aku antara pembayar cukai kepada kerajaan Malaysia, aku tidak pula terasa kerugian. Aku merasakan program ini adalah satu pencapaian yang bagus.Kalau nak ikut cara tradisi, memang sangat lama, kita tak mampu nak buat kapal angkasa sendiri, ada peluang gunakan kapal yang orang lain punya, bayar dan gunakan lah! Aku tak punya kapalterbang, Air Asia ada, aku bayar dan terbang lah! Tak pulak aku merasa terhina!
Yang di pertikaikan adalah belanja tu, kerajaan yang tanggung. Salah seorang rakyat Malaysia telah dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk menjadi 'space flight participant' atau 'peserta penerbangan ke angkasa', kenapa rakyat Malaysia yang lain nak dengki dan marah? Banyak sangat ke jumlah cukai yang di bayar oleh orang yang tak suka tu? Adakah mereka itu pembayar cukai?
Semasa jembatan Pulau Pinang di buat dulu, ramai yang berkata Malaysia akan jatuh bengkrap sebab tak mampu nak bayar hutang buat jembatan tu, sekarang dah nak buat satu lagi! Peserta 'space flight' yang bayar dengan duit sendiri, mereka tak pernah berkongsi pun kegembiraan itu dengan orang lain, peserta dari Malaysia yang di taja oleh kerajaan Malaysia telah berkongsi kegembiraan itu dengan kita semua.
Teringat aku akan komentar beberapa orang rakan sekerja aku yang berasal dari Kelantan beberapa tahun lalu, tentang 'USA pergi ke bulan', pada pandangan kesemua mereka itu adalah dakyah palsu USA, sebenarnya mereka (USA) tak pernah sampai pun ke bulan.. Neil Armstrong tu lompat lompat entah kat mana entah! Yang pastinya bukan kat bulan..
Susah juga aku nak yakin kan mereka kesemua, mereka berpendapat orang kafir ni mana la Allah nak benarkan kan dia pergi sampai situ, nabi pun tak pergi situ. Entah lah. Pada tahun 1969 tu aku ada tengok siaran TV yang tunjukkan 'Apollo' semasa ianya mencecah masuk ke ruang udara bumi, menyala merah, sampai lah keluar payung parachut dia dan jatuh kedalam laut.'Apollo' dan peserta nya telah di kutip di tengah lautan oleh armada perang Amerika.
Sambuatan besar besaran telah di buat untuk merayakan kejayaan tersebut. Ada segelintir rakyat Amerika yang menentang projek Apollo kerana ianya menggunakan dana rakyat. Cerita yang sama aku sedang lihat pada tahun 2007 ini! Sekurang kurang nya rakan-rakan aku yang tidak dapat menerima hakikat yang orang kafir pun boleh ke angkasa akan percaya harapnya lah pada kali ini.Bukan kah soalan paling penting yang di perbincangkan adalah bagaimana peserta dari Malaysia tersebut nak lakukan solat, sedangkan kiblat ada di bumi? Adakah ugama penghalang besar kemajuan? Ah..entah lah.
http://www.nasa.gov/mission_pages/station/expeditions/expedition16/index.html

Monday, November 12, 2007

Talking clock - jokes

Proudly showing off her newly leased downtown apartment to a couple of friends late one night, a drunk blonde led the way to her bedroom where there was a big brass gong hanging on the wall.
"What's that big brass gong for?" one of the friend's asked. "Issss nod a gong. Issss a talking clock" she drunkenly replied.
"A talking clock - seriously?" "Yup. Hmmm (hic)."
"How's it work?" the second friend asked, squinting at it.
"Juss watch" she said.
She picked up a hammer, gave the gong an ear-shattering bash and stepped back. Her three mates stood looking at one another for a moment in astounded silence.
Suddenly, a voice from the other side of the wall screamed "For f***'s sake you stupid bit*h, it's ten past three in the f***ing morning!!!"
Ah..now you believe me..it is not a gong..it is a talking clock..!

Wednesday, November 07, 2007

The other side of woman





































I do really like some of the photos, all this photos are not mine, they belongs to the author whose names are on the photos. Those of you who cannot choose any ordinary girls because of their lacks in shapes or size should consider one of the girls from the photos as guide line for your checklist!Very impressive!








Tuesday, November 06, 2007

Bahasa Jiwa Bangsa..

Hari ini ada seorang rakan tu sebut tentang banyak nya bahasa di Malaysia ni, aku nak cerita sikit tentang 'aku dan bahasa kedua, ketiga,keempat dan seterusnya'

Aku sendiri tidak dapat nak pastikan yang aku berfikir didalam bahasa apa, aku memang lancar dalam dua bahasa utama , BM dan BI, bahasa lain kalau takat nak mengarut dan cari masalah boleh lah..!

1. Basa Jawa. Perkataan pertama yang aku berlajar adalah ucap selamat , untuk kepada orang perempuan = jalok ambung..he..he..he..
2. Bahasa Thai. Aku selalu pergi ke selatan Thai suatu masa dulu, sebelum pergolakan disana panas..Kin = makan, kau=nasi, sup buri = isap rokok, rongrem=hotel, puying suai =perempuan cantik, au=mahu, mei au = tak mahu ..d.l.l.
3. Perkataan favourit bapak mertua ku bila dia marah..'punah tadeih..!'..hu..hu..hu..Kinchai la pulok!
4. Iban. Anda semua tahu tak makna perkataan 'lawa' ? Terpinga-pinga aku kena serang hendap di Plaza Kuching akibat perkataan tu..ingat nak ngorat ..cun awek tu..tengah mesra..tetiba dia meletup..oo ..hampeh! Kalau dia tak meletup sebab perkataan tu mungkin ada isteri Iban aku..!
5. Dengan penuh sopan seorang cikgu perempuan dari Semenanjung melintas dihadapan tuk ketua kampung dan isterinya berserta tetamu lain didalam sebuah majlis di Kota Belud sambil berkata' tumpang lalu'..Merah menyala muka isteri tok ketua..'apa perempuan ini, muka saja manis..mana bisa tumpang bah..!' Apa yang salah..? lalu ada makna lain dalam bahasa Bajau Kota Belud! Melintas begitu di sebut limpas, lalu ? Tok ketua tersenyum bangga! 'Kuk ia pun..jangan tanya berdepan begini!'
6.Bon dia amigo! Jom kena Jing kli nona kita!
7.Hairan betul aku kenapa budak China ni asyik memanggil emak dia tiap kali dia serve atau return tak menjadi...'ma..derk!' hu..hu..hu..
8. Pada suatu hari seorang lelaki keturunan India sedang bercakap dengan cukup kuat dan bangga di dalam sebuah warung berdekatan tempat kerja aku..aku tak tahan tengok gelagat dia..lalu aku pun menyebut 'sinna taukleie...rumma payseraa..!' Hu..hu..hu.senyap terus bunyi-bunyi tu..boleh lah kami makan dengan aman..Kawan aku pun bertanya awak sebut apa tadi..? Itu mentera penutup mulut nama nya..!
9. Dalam tahun 1985.Pada suatu hari dalam perjalanan ke supermarket, aku dan tiga orang rakan bertembung dengan empat orang gadis manis keturunan India..lalu empat bujang lapok pun beraksi gaya filem Tamil..hero menghentakkan kaki ketanah , kaki kiri di hadapan, tangan di depangkan, dan menyanyi..
'Kadal ..kadal...kadal van de reichi..aseiyel vo di wan dei..!' Tersipu-sipu berlalu anak- anak gadis tersebut..Dalam kampung India tu..nasib baik tak putus kepala..!
10.Bahasa Melayu.Pernah dengar 'ayam pekak' tak ?
Watak 1:Seorang rakan aku dari keturunan China, tiap hari menggunakan bahasa Inggeris.
Watak2: 'Ujang' penjual nasi lemak.
Babak : Di gerai 'Ujang', kenalan kami bersama.Aku sedang menunggu giliran.
Ujang: Ha..Andrew kau nak aper?
Andrew:'Ujang saya mau nasi lemak aa..tapau dua aa, satu kasi letak sotong punya misai,
lagi satu letak ayam aa. Itu.. saya tak mau.. saya mau itu ayam pekak punya..!'
Ujang : Saya mana tau dia pekak ka..bisu ka..saya semua beli sudah potong punya..!
Andrew: Itu lah..itu pekak lah..!
Ujang: Engkau ni Andrew..itu kepak ayam..bukan pekak ayam..!
Sampai hari ini..kami masih tersenyum mengingatkan jenis ayam kegemaran Andrew..'Ayam pekak!'

Sunday, November 04, 2007

Untuk seorang kawan

Rindu diri ini siapa yang tahu?

Rindu yang membakar rindu yang membara
Mungkinkah akan rentung dalam penantian
Mungkinkah kan ku biar kau berlalu
tanpa perlu tahu?
Akan rindu yang ku bendung didalam hatiku.

Aku bukan anak gadis yang tersipu malu bila
rindu menghentam kalbu.
Aku seorang wanita yang punya rasa cinta!

Tanpa mu disisi
Bila rindu ku melanda, dialun ombak hati ini
Bila rindu ku membara, sakit dan pedih hati ini
Mungkinkah akan ku biarkan kau berlalu
tanpa perlu tahu?

Ermh.. aku wanita alaf baru
akan ku persembahkan
supaya kau juga tahu akan rindu ku pada mu
Aku tidak peduli, apa yang aku mahu
kau perlu tahu rindu dihati ini
hanya pada mu.

Wednesday, October 31, 2007

Jokes

This joke is from Yahoo site.Cut and paste by me.

The Bored ManThere's a man named Ralph that goes into a bar, looking very depressed. A friend approaches him and asks, "Why the long face, Ralph?""Oh, I'm just bored. I know every person in the entire world now, and there's just nothing left to challenge me."His friend says, "No, you can't know everyone. Do you know Paul McCartney?"He says, "Sure, Paul's an old friend of mine. Here, I'll show you." He goes over to a phone, dials a number. His friend overhears a British accent, "Hey Ralph, how ya doing?"He talks for a while, but when Ralph hangs up, his friend is not really sure that it was Paul McCartney on the other end of the line, so he asks him if he knows the president.Ralph says, "Sure, we go way back." This time he lets him listen in as he calls a private number. It sounds like the president on the other end of the line, and they go into a big discussion of the current economic scene, and Ralph offers a few suggestions. Drawing the conversation to a close, Ralph wishes him well and hangs up.His friend is a little dumbfounded at this point. "Well, there must be someone that you don't know." He goes over a few more people in his mind, and thinks, 'He can't possibly know the Pope. After all, he's a Protestant.'But Ralph claims to know him, so to convince himself otherwise, his friend desides to fly both himself and Ralph to the Vatican to get positive proof of Ralph's conviction. So they arrive at the Vatican, and Ralph suggests that his friend wait out in the Papal square until Ralph has cleared things with the Pope. He's standing in the courtyard, when who walks out onto the balcony of the private residence, arm in arm with the Pope, but Ralph.Ralph looks down, sees that his friend has apparently passed out, and runs down to see what can be done for him. "What happened to you? Couldn't you accept the fact that I really do know the Pope?""No, I'd begun to accept that possibility. But what really took my breath away was some stranger standing next to me who said, 'Who's that guy standing there with Ralph?'"

Saturday, October 27, 2007

Mertua ku.

Aku punya dua orang bapa mertua, kedua-dua nya sangat berbeza. Bapa mertua yang pertama tinggal di Ipoh, bukan lah jauh sangat dari PD, aku pernah bemalam beberapa kali saja di rumahnya selama lebih dari 20 tahun menjadi menantun.Dia sendiri cuma pernah datang kerumah aku empat kali selama ini.Ini semua adalah disebabkan isteri aku di besarkan oleh Tok dan Opah. Aku lebih banyak menziarah Tok dan Opah semasa hayat mereka.Rumah kayu yang agak besar di kelilingi pokok limau Gedangsa atau pomelo, bau harum bunga limau yang kembang di waktu malam amat mengasyikkan. Lebih harum dari bau Harum Sundal Malam. Kenangan indah itu kini tinggal kenangan.Aku sendiri yang gali kan kubur untuk kedua mereka, selang sebulan. Masih segar dalam ingatan walaupun dah lebih sepuluh tahun berlalu.

Ibu dan Bapa mertua kedua aku datang dari Muar, agak susah untuk aku menyesuaikan diri dengan mereka pada mulanya. Aku selalu tidur di hotel semasa pergi menziarah mereka.Semasa aku baru keluar dari hospital selepas pembedahan jantung, 'ayah' menjemput aku dan keluarga untuk menyambut hari raya di rumahnya di Muar. Aku yang baru seminggu keluar hospital tidak punya pilihan lain, kami menyambut hari lebaran bersama-sama. Aku merasa terharu dengan layanan yang kami semua terima. Aku tidak janggal lagi untuk bermalam di rumah mereka.

Raya tahun ini aku tidak dapat menziarahi mereka disebabkan oleh beberapa masalah kerja dan kenderaan.Aku sebenarnya masih masuk memantau perjalanan kerja walaupun aku sedang bercuti hari raya. Ayah sakit agak tenat seminggu sebelum raya. Syukur alhamdulillah ayah kembali sihat, cuma dia memerlukan kerusi roda untuk bergerak agak jauh. Ayah dah tak larat nak berjalan, kakinya bengkak,mungkin ada masalah buah pinggang.

Ah..malu aku nak tulis dan memberitahu orang ramai akan tidak prihatinnya aku.Adik ipar aku 'Nas' telah beritahu semalam yang dia dan keluarga akan datang ke PD bersama ayah dan emak. Ina dah aku hantar pulang ke Muar minggu lepas untuk menziarah bapanya, mungkin ayah tidak berpuas hati sebab aku tidak dapat datang menziarah hingga hari ini. Nampak nya dia telah mengambil tindakan yang pro aktif, 'engkau tak datang menziarah, aku akan pergi menziarah'! Aku dah beritahu Shida yang ayah akan datang melawat kami pada petang ini. Kesihan ayah, bukan sihat sangat, dah nak kena buat perjalanan yang agak jauh.

Walaupun baru tujuh tahun aku menjadi menantunya, dah berkali-kali ayah dan emak datang kerumah kami. Adakalanya membawa hasi dari kebun buah -buahannya seperti duku, durian, rambutan, pulasan, kuinin dan bunga kantan.Ayah kata kereta ni sempit lah.. kalau Ari ada lori, boleh kita bawa lebih lagi! Malu lah pulak aku.. ayah ni..!
Terasa riang juga aku bila ayah dan emak mertua aku nak datang bertandang! Ina nak masak laksa Johor, ikan Tenggiri untuk kuah dah beli semalam.Macam nak sambut 'Chap goh mei ' lah pulak..!

Friday, October 26, 2007

Morning breath - masalah mulut berbau busuk


Got morning breath? New research suggests a bowl of yogurt may be in order.
In a rather unorthodox pursuit, microbiologist Kenichi Hojo and colleagues at Tsurumi University in Japan recently gave 24 volunteers, many prone to halitosis, two 3-ounce servings of sugar-free yogurt every day for six weeks. They found that volatile sulfide compounds, the rotten-egg smell excreted by bacteria that nestle in our mouth's many crevices, decreased in 80 percent of the volunteers who had bad breath (16 of the 24 had bad breath before the study began). They also found that fusobacteria, the microorganisms that produce the smelly compounds, decreased in the mouths of many volunteers, although the researchers haven't deciphered why.
Hojo got the idea for the study because plain yogurt has shown a few other digestive-tract talents, including alleviating intestinal problems and reducing the risk of tooth decay. He himself eats more than a pound of plain yogurt a week.

Monday, October 22, 2007

Antara sikap anjing dan manusia.

Sekumpulan anjing sedang bermain dengan penuh riang ria dihadapan gate nombor 19, bunyi riuh suara anjing menarik perhatian aku, bidai vanatian ku singkap keatas. Aku amat tertarik melihat senda gurau kumpulan anjing tersebut, dua belas ekor kesemuanya. Deburan ombak ditembok laut memercikkan air ke lantai konkrit 'loading unloading remp' tempat mainan mereka, mereka tidak kisah. Deburan ombak bagaikan muzik penghias latar pertunjukan ini!

Aku masih merenung melintasi gate 19, kumpulan anjing tadi sedang berbaring 'sun bathing' beramai-ramai. Terkesima aku mengenangkan sekumpulan binatang yang di panggil anjing dapat berkumpul dan bergembira setiap hari! Aku sendiri sangat takut untuk berkumpul bersama ahli keluarga ku yang cuma 9 orang, setahun sekali! Perjumpaan yang sepatutnya menghasilkan suatu muzakarah, kerapa kali menghasilkan 'muzakerkah'!

Mungkin kehendak anjing cukup mudah jika di bandingkan dengan kehendak manusia, atau anjing mempunyai sikap toleransi dan dan sikap menghormati antara satu sama lain mengatasi toleransi dan rasa hormat menghormati manusia? Sayang aku tidak begitu memahami 'body language' anjing sebagus aku memahami 'body language' dan pertuturan manusia. Jika tidak, tentu aku dapat memahami mengapa anjing mampu melakukan sesuatu yang sukar untuk di lakukan manusia, hidup riang ria tanpa perlu rasa curiga sesama mereka.

Thursday, October 18, 2007

New invention

http://link.brightcove.com/services/link/bcpid1214137061/bctid1233395616

Have a look at this hyperlink, different way of looking at thing!

Wednesday, October 17, 2007

Adik ku pandai menari.

Leem adik ku,
gendang telah di palu, jemputan telah di beri ,
menarilah kamu, dilantai yang beralun, irama ini hanya untuk kamu.

Non,
Cempedak telah habis di ratah,
bukan masih di luar pagar.
Dalam tarian ada tingkah meningkah,
tetap gemalai tangan di hayun,
walau berdesing, panas, tingkah yang mendatang.
Terlajak langkah masih boleh di bungakan,
jangan sampai sumbang!

Ocu,
Bunyi gitar irama twist, tidak sabar sigadis manis.
Tiga kuntum bunga berkembang semenjak janji di ijabkabulkan.
Intro baru bermula, Ocu memang bergaya, walau pasangan setengah baya!
Kalau dia lelah, sokong, jangan sampai rebah.

Tiap kita mendapat rentak tersendiri,
hayunkan tangan, gerakkan kaki lenggok kan badan,
Ayuh adik adik ku kita terus menari.
Ketahuilah oleh mu muzik ini tidak punya noktah,
Akan tetap berkumandang, untuk mereka yang baru bertandang!
Walaupun selepas kita kecundang!

Friday, October 12, 2007

Abah.Siapa dia?

Wan,seorang rakan My space aku ada menulis tentang iklan Petronas ' Burung Murai'. Hati aku sendiri cukup tersentuh apabila melihat iklan tersebut. Aku dapati iklan itu cuba menyingkap 'cinta dan kasih sayang' seorang 'abah' atau 'ayah'. Mereka ini adalah species yang sangat susah untuk di fahami oleh anak-anak ataupun isterinya. Walaupun ramai yang aku pernah dengar berkata 'hek eleh.. abah engkau tu..? Dalam poket aku jer..memang aku kenal sangat dia tu.."dan orang yang di perkatakan itu adalah diri ini, masalah nya orang yang berkata itu percaya dia faham, betul ker apa yang dia faham, betul ker dia boleh membaca gerakan seterusnya yang akan di buat? Berani aku berkata berdasarkan pengalaman, orang itu salah..! Dalam hidup seorang 'abah', dia punya banyak 'rupa' dan tiap kumpulan orang yang yang mengenalinya hanya kenal 'rupa' yang dia tunjukkan kepada kumpulan tersebut. Sebab itu kita boleh dengar perkatan ' tak sangka betul aku..' Macam mana nak sangka tentang sesuatu yang anda tidak pernah tahu?

Ada anak yang nampak abahnya seperti seorang yang sangat menakutkan, ada yang nampak seperti seorang kawan, ada yang kelihatan kepada orang lain seperti seorang yang tidak punya perasaan, seorang yang kedekut ataupun sangat pemurah, seorang yang sombong pada pandangan suatu kumpulan manusia mungkin akan kelihatan baik hati dan peramah untuk suatu kumpulan yang lain. 'Abah' memang punya banyak rupa..

Siapa yang mungkin akan memahami seorang 'abah'? Seorang 'abah' yang lain berkemungkinan akan dapat memahami. Seorang isteri mungkin akan cukup yakin yang dia memahami siapa suaminya, percaya lah itu cuma satu ilusi! Dia cuma dapat memahami 'rupa' yang di tunjukkan untuk nya!

Mengapa 'abah' sangat susah untuk difahami? Tanggung jawab seorang 'abah' adalah banyak dan sangat berat, anaknya tidak mendapat kecemerlangan dalam pengajian, itu bukan kegagalan anak tersebut, itu adalah kegagalan 'abah'! Anak nya telibat dalam penyalah gunaan dadah, gagal lah 'abah' dalam tugasnya. Anaknya mendapat kejayaan cemerlang dalam pengajian, itu bukan kejayaan 'abah', itu adalah kejayaan sekolah dalam mendidik pelajar, 'abah' cuma boleh tumpang gembira sedikit saja, cukuplah tu. 'Abah' adalah suatu tugas yang tidak di bayar gaji dan sangat jarang di hargai oleh anak-anak.Anak-anak selalu berpendapat adalah menjadi hak mereka( their birth right) untuk mendapat sesuatu dan menjadi tugas 'abah' untuk mendapatkannya untuk mereka! Adakah tanggapan ini benar? Kalau tidak benar, mengapa 'abah' akan sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu untuk anak nya? Mengapa seorang 'abah' sanggup melayan kerenah anak-anak yang selalunya sangat menyakitkan? Anak sebenarnya adalah amanah dari Allah, 'abah' akan berusaha untuk melaksanakan amanah tersebut. Ada banyak terjadi rasa cinta dan kasih sayang seorang 'abah' menjadi penyebab kejatuhan dan kematian 'abah' tersebut.

Untuk yang masih punya ayah atau abah, hargailah mereka walaupun anda mungkin tidak memahami mereka!

Tuesday, October 09, 2007

Persiapan Hari Raya, Eid ul Fitri

Shopping pakaian untuk Hari Raya.
Hari Sabtu 6-Oktober- 07.
Lokasi: Kuala Lumpur, Jalan Meranti, dekat stesyen Rapid KL Hang Tuah.

Ina ajak Shida gi shopping pakaian kat Hang Tuah, aku ikut jer.Kami naik commuter dari Seremban sampai Bandar Tasik Selatan, Rapid Kl dari situ ke Hang Tuah.Aku bawa dua buah beg besar yang ada roda.Kami berjalan dari satu kedai ke satu kedai, beli beg tangan, T-Shirt, baju design tradisional seperti kebaya, baju design moden, baju lelaki dengan saiz 2xl, seluar pendek dan entah apa-apa lagi lah.

Pakaian disini di jual secara borong, kalau suatu design tu ada tiga warna, tiga lah kita kena beli, kalau ada enam warna, enam lah kita kena beli.Aku cuma tak setuju beli satu set sebanyak enam helai baju dan kain warna hitam dan putih. Entah lah biasanya aku lihat orang keturunan China yang berkabung saja yang suka warna hitam dan putih ni.Aku pun bertanya 'mereka', ' siapa yang mati? ' Heh heh heh memang kena marah lah aku! Hilang mood nak beli baju berkabung tu!

Total mereka berbelanja sebanyak Rm1200. Nilai barangan tu kalau di bandingkan dengan harga kat Nilai 3, Negeri Sembilan, lebih kurang RM3000. Kalau harga kat Tangkak, tak pasti lak aku, dah lama juga aku tak pergi shopping di Tangkak. Aku tak kesah sangat la sebab aku tahu itu bukan baju raya sebenarnya, mereka cuma pergi shopping pakaian harian untuk keluarga kami.Aku bawa RM2000. baki tu aku nak beli baju Melayu untuk 3 anak lelaki bujang aku dan untuk Nazirah dan Aiman.Selesai RM2000.

Baju saiz 2x di beli untuk aku satu helai pun aku tak boleh pakai, dah aku hadiahkan kepada abang ipar dan anak saudara aku.Tak perlu lah dia orang beli lagi.Tak pa lah, pakai kain pelikat cap gajah duduk jer lah aku nih.Kami berbuka puasa kat stesyen Bandar Tasik selatan. Minum air tin jer, ngan roti! Nasib baik aku bawa beg besar yang ada roda tu..kalau tidak, mau genting jari mengusung beg pastik! Baya, Ina dan Shida kata 'tak payah bawa beg besar tu, jenjeng ajer ' kalau ikut saranan mereka, memang genting jadinya jari jemari aku. Mungkin aku dah berpengalaman mengikut/meneman isteri aku gi shopping. Kalau kat Giant Senawang saja perlu tiga atau empat trolli, tak kan kat KL boleh di jenjeng!

Penat juga, tapi nampaknya mem's dan anak-anak aku happi jer sebab dah beli keperluan mereka, aku pun tumpang happi jugak ler.Cuma anak saudara aku 'along' kena masuk hospital lagi, agaknya OKU yang lumpuh sekerat badan nih memang mudah kena serangan kuman, dia demam selang sehari selama sebulan! Aku harap dia dapat keluar sebelum Hari Raya ini. Kakak aku pun ikut tidur kat hospital menemani anak nya. Engkau nak beraya kat hospital ker kak? Aku nampaknya tak balik kampung aku raya ini, aku cuma balik kampung anak-anak aku. PD lah tu.

Semalam kami buat Pizza, jam 17.30, abang ipar aku bawa kerumah ikan siakap yang dia baru pancing, dia nak makan kari, 2.5 kg berat nya!Aku fillet kan ikan tu, Ina masak kari, kami makan beramai-ramai.Kakak aku masih kat hospital, siapa nak masak kari untuk abang ipar aku tu, nasib baik Ina sanggup.Shida bakar Pizza dengan Norzan, ada tebal, nipis, rangup, macam -macam ada! Petang ni jabatan marin menjemput kami berbuka di Hotel Selesa, tak payah masak hari ni!Oleh itu pagi ini dia orang merancang nak selesaikan mencelup coklat biskut almond London yang dah 80 persen siap. Esok jabatan asal aku ada buat jemputan berbuka kat Water Chalet, tapi tak boleh bawa keluarga, malas aku nak pergi, tapi Ina dan Shida pujuk aku sekurang-kurang nya pergi lah tunjuk muka. O.K lah.

Ramadhan dah nak habis, puasa engkau orang macam mana? O.K ker K.O? Beberapa tahun kebelakangan ini kegembiraan aku cuma datang apabila melihat keluarga aku bergembira, mungkin aku dah tua agak nya!

Tuesday, October 02, 2007

Bagaimana menjana sumber pendapatan kedua dan ketiga

Kebanyakan kita mempunyai satu sumber pandapatan, dari sumber itulah segala urusan kita mendapat dana. Ini adalah suatu situasi yang ideal jika sumber itu cukup besar untuk menampung keperluan dan kehendak kita. Jika sumber tersebut tidak cukup lumayan untuk menampung keperluan kita, kita akan sentiasa berada dalam keadaan 'tidak cukup'. Bagaimana dapat kita buat sumber pendapatan kedua atau ketiga?

Disebabkan oleh faktor keadaan, kemampuan, kemahiran dan keperluan setiap kita adalah berbeza, agak mustahil untuk menentukan apa yang sesuai untuk seseorang itu secara am, ianya memerlukan kajian terperinci. Walau bagaimanapun saya akan cuba menulis tentang sesuatu yang umum yang mungkin dapat di guna pakai oleh sesiapa yang berminat.

Asas dalam menentukan apa yang dapat kita lakukan untuk menambah punca pendapatan adalah:
1.Kemahiran yang telah sedia ada pada diri.
2.Kegemaran atau hobi.
3.Penggunaan masa
4.Penggunaan tenaga.

Kita tidak boleh memulakan sesuatu sumber pendapatan baru tanpa mengambil kira kesemua keperluan di atas. Kita juga tidak boleh berhenti dari khidmat rasmi kita. Khidmat rasmi membolehkan kita mempunyai asas latar belakang yang dapat meyakinkan institusi keewangan. Contoh: seorang pekerja yang 'makan gaji' mempunyai slip gaji, simpanan KWSP, PERKESO, insuran, pelindungan untuk klinik dan hospital, yang cuma akan ada kalau kita berkerja di sesuatu jabatan kerajaan atau syarikat. Ini adalah sangat pentingkeran ia adalah pengenalan peribadi kita.

Apa yang kita perlu buat adalah mengkaji apakah kelebihan atau kepakaran yang kita ada dan boleh di jual secara runcit. Contohnya: menggunting rambut atau mengandam pengantin, menjahit baju, membuat makanan seperti rojak buah, laksa, ayam panggang, pecal, tempe, tapai dan sebagainya.
Kegemaran atau hobi seperti bermain tenis, ping pong, scrabble, chess, golf, merokok, menghisap curut, memancing, merayau di shopping komplek, makan, makan angin dan sebagainya juga dapat di manafaatkan untuk menjana pendapatan untuk anda.
Pengunaan masa dalam melakukan aktiviti rasmi akan menentukan kesesuaian seuatu aktiviti yang akan anda mulakan.
Penggunaan tenaga fisikal atau kudrat akan banyak bergantung kepada berapa lasak sesuatu aktiviti baru itu dapat anda lakukan dan berapa umor anda.

Contoh punca pendapatan yang dapat anda gunakan untuk menjana sumber dana yang baru.
1. Seorang yang suka makan, akan tahu dimana tempat makan atau restoran yang sesuai untuk sesuatu majlis. Dia dapat mempergunakan kebolehan nya dengan menawarkan khidmat nasihat tentang restoran yang sesuai dengan keperluan pelanggan, dia akan mengenakan sedikit 'fee' untuk cadangannya kepada pelanggan ataupun meminta sedikit fee dari restoran yang di rekomenkan. Contoh, Jalan-jalan cari makan.
2.Seorang yang suka berjalan di komplek komplek perniagaan boleh menggunakan kemahirannya untuk menjadi pemandu pelancung kepada golongan yang tidak punya masa untuk merayau mencari kedai.
3.Seorang yang suka pergi makan angin boleh menggunakan kemahiran dan kegemarannya untuk menjadi ketua rombongan pergi makan angin pada musim cuti. Juga ada ramai yang tidak pernah pergi ketempat yang biasa untuk anda, seperti Suria KLCC,
4. Seorang yang punya kemahiran untuk membuat ayam panggang boleh menggunakan kemahirannya membuat ayam panggang dan mengenakan sedikit upah untuk kerja nya. Dia tidak menjual ayam, dia jual kemahiran nya memanggang ayam.
5.Seorang yang suka bersembang boleh menggunakan kegemaran nya untuk menemani mereka yang sunyi untuk bersembang, ada ramai warga tua yang kesunyian kerana anak-anaknya sibuk, tawarkan diri anda untuk menemani warga tua tersebut sembang-sembang dengan sedikit upah.
6.Menemani seseorang untuk pergi shopping juga boleh mendatangkan hasil yang agak lumayan. Bukan semua orang punya masa untuk pergi shopping barangan keperluan rumah, tawarkan diri anda untuk jalankan tugas tersebut.
7. Jika hobi anda adalah memancing haruan, jadilah guide untuk memancing haruan, anda akan dapat memancing dan akan di bayar oleh pemancing lain untuk berada di sana. Tiap pemancing tidak suka buang masa mencari lokasi, mereka hanya ingin memancing ikan, bukan buang masa mencari lokasi memancing, tawarkan kepakaran anda, sedikit upah sudah mencukupi. Jika anda pakar memancing di kolam, khidmat anda akan sangat di alu alu kan, tentunya anda perlu di bayar untuk khidmat ini.

Upah tidak perlu tinggi, apa yang anda perlu lakukan adalah satu perancangan jangka panjang, Carilah lima orang pelanggan untuk bersembang dan minum teh dengan anda seminggu sekali selama satu jam sehari, upahnya RM10 sahaja, anda akan ada RM200 sebulan.Cukup untuk dua tangki petrol!

Ada banyak lagi yang boleh di buat untuk menjana pendapatan, apa yang saya cuba buat di sini adalah untuk mencetus pemikiran yang di 'luar kotak', 'to think ouside of the box' dalam mencari jalan untuk menambahkan pendapatan anda.

Anda perlu berfikir sendiri untuk memilih apa yang sesuai dengan anda, jika anda memerlukan bantuan saya untuk mencari sumber pendatan kedua atau ketiga yang sesuai dengan anda, anda perlu membuat sedikit pelaburan dengan membayar sedikit upah untuk saya! Tanggung beres ya pak, ya buk!

Thursday, September 27, 2007

Kos Pakaian Kerja

Lagi kisah kerja, kali ini kos pakaian.

Semenjak lepas belajar aku terus berkerja dengan syarikat minyak, dah 25 tahun aku berkerja dengan syarikat ini, sekarang ni ada juga teringat nak joint syarikat lain dan merantau keluar Malaysia. Selama aku berkerja dengan syarikat ini aku cuma tinggal di satu jabatan sahaja iaitu jabatan operasi atau proses dan utiliti. Kami dibekalkan dengan uniform, kasut kerja dan pakaian keselamatan yang lain. Aku pernah kira nilai barangan dan pakaian dibadan, semasa aku sedang berkerja.
Uniform kalis api RM 400.00
Safety boot RM 400.00
Helmet RM 15.00
Sarung Tangan RM 10.00
Walkie talkie RM 3000.00
Pengesan gas beracun RM 4000.00
Pipe wrench RM 50.00
Leatherman handy tool RM 300.00
Safety spec + ear plug RM 25.00
Total RM 8200.00

Walaupun kos tersebut agak besar tetapi pekerja hanya perlu bayar untuk Leatherman tools sahaja, aku gunakan Swiss Army knife/handy tools, lebih cantik dan murah, dengan kemudahan yang serupa. Bagi yang tak gemarkan peralatan sebegini tak perlu lah membelinya. Hampir 80 % pekerja menggunakan nya.3 pasang uniform dan 3 pasang 'flame retardant suit' yang di bekalkan setahun, di sediakan pula elaun untuk cuci pakaian tersebut ataupun serahkan saja kepada 'laundry company', tak perlu basuh sendiri.

Kos pakaian untuk aku pergi berkerja selama 25 tahun ini adalah hampir kepada kosong, Swiss Army knife aku harganya RM90.00 bahagikan dengan 20 tahun, sangat rendah.

Perbandingan:

Kakak aku seorang guru sekolah menengah, dia pernah beritahu aku yang dia perlukan 15 pasang pakaian untuk persediaan pergi mengajar. Pakaian ini di kumpul / beli tiap bulan dia ada lebihan budget. Dia juga sentiasa ada 20 pasang kasut yang masih bagus dan dapat digunakan. Kenapa dia memerlukan pakaian sebegini? Sebab nya arahan kementerian, arahan guru besar dan tekanan suasana sekeliling. Kesemua pakaian tersebut dia bayar sendiri, termasuk upah mencucinya!
Kos 15 pasang pakaian kerja X RM300.00 = RM4500.00
20 pasang kasut X RM 50.00 = RM1000.00
Total kos = RM5500.00
Kakak aku perlu mengeluarkan modal sebanyak itu untuk pergi berkerja.Pakaian ada yang kena di ganti baru sebanyak 3 pasang setahun, kasut juga sebanyak 3 pasang setahun.
KOs maintenance/ gantian setahun = RM1050.00

Seorang kenalan baik aku berkerja sebagai seorang pegawai di bank tempatan, dia juga perlu mempunyai koleksi pakaian yang sama banyak dan memerlukan juga alat solek dan pewangi.
Kos alat solek dan pewangi setahun = RM200.00

Seorang kenalan lelaki, yang berkerja di pejabat Majlis Daerah selalu bersungut tentang tekanan dari rakan sekerja untuk menggunakan seluar 'khaki' jenama Dockers untuk ke pejabat. Aku pun bertanya dia 'jabatan engkau bayar ker seluar tu?' ' nak bergaya, bayar sendiri la. Kami mana ada elaun pakaian atau uniform'.

Pernah kah anda semua mengira berapa kos 'pakaian kerja' anda? Kenapa ramai yang tetap berusaha untuk kelihatan 'presentable' sedangkan syarikat atau jabatan yang akan mendapat keuntungan dari paras rupa, atau 'presentable' nya pekerja tersebut dan syarikat atau jabatan tak punya budget pun untuk 'appearance' anda? Memang ramai yang sanggup melabur wang ringgit mereka demi untuk kelihatan kemas, segak, bergaya dan tidak berbau busuk? Untuk kegunaan peribadi, aku masih dapat menerimanya, tetapi untuk kegunaan syarikat? Mungkin sudah sampai masa untuk anda menuntut sedikit imbuhan dari syarikat atau jabatan anda.Adakah berbaloi gaji dan kos pakaian anda untuk pergi bekerja?

Patut lah kita selalu kesempitan wang! Bro's and Sis's lain kali, cari jalan minta kompeni atau jabatan bayar, lepas tu 'kita shopping lah!'.

Tuesday, September 25, 2007

Merendahkan kos sara hidup dan masa terluang

Hinga hari ini dah sepuluh hari aku menggunakan motorsikal pemberian 'Ayah' kepada Norzan. Kereta aku masih di bengkel dan kereta baru masih di kedai, tinggal motorsikal Modenas Kriss untuk aku pergi dan balik kerja.Nasib aku agak baik kerana Norzan tak kesah aku gunakan Kriss dia itu untuk urusan kerja.

Beberapa hari ini aku akan ke pasar Ramadhan dalam perjalan pulang ke rumah dan akan membeli sedikit kuih dan buah-buahan untuk berbuka.Selepas beberapa hari berturut-turut anak-anak dan isteri aku mula merasa hairan dan bertanya 'banyak duit abah sekarang yer?' 'Tiap hari belanja besar!' Aku pun sebenarnya terasa juga yang aku punya duit lebihan untuk di belanjakan! Sebenarnya itu bukan duit lebihan, cuma peruntukan yang tidak di pakai.Apa tak nya, Mercedes 300 aku tu tiap hari memerlukan paling kurang RM10 untuk dia sahaja, kalau aku gunakan lebih dari setakat pergi dan balik kerja, RM20 sudah tentu kena sediakan untuk dia. Aku memang kena sediakan budjet RM600 untuk petrol, kalau tak habis di gunakan, budget tersebut akan di bawa ke bulan hadapan. Sekarang aku gunakan Modenas Kriss sepenuhnya, kos petrol adalah RM1 sehari, mak ai! Banyak nya baki! Duit penjimatan belanja petrol itulah yang aku gunakan di pasar Ramadhan tiap hari. Seronok juga rupanya naik motorsikal nih, aku dah terlupa akan skil 'riding' yang telah aku master suatu masa dulu, ia lah dah sepuluh tahun aku tidak menunggang motorsikal secara serius, aku hanya gunakan 'kereta kebal jalanan' dalam bentuk Volvo dan Mercedes. Nasib baik juga 'riding skil' tu datang balik dalam tempoh beberapa hari ! Walaupun aku tahu risiko menunggang motorsikal sangat tinggi, rasa takut atau phobia aku dah mula hilang.Aku juga cukup gembira dengan kos pergi dan balik kerja aku yang turun secara mendadak!

Aku memang memandang serius kos perjalanan ke pejabat, ini adalah kerana aku hanya di bayar gaji semasa dalam waktu kerja, kos pergi dan balik dari tempat kerja tidak di bayar oleh majikan aku. Suatu masa dulu aku pernah tolak tawaran kenaikan pangkat walaupun dengan kenaikan gaji berganda iaitu kadar kenaikan biasa adalah 13% dan aku di tawarkan 26%. Alasan aku adalah perjalanan pergi dan balik dari pejabat akan mengambil masa lebih kurang 3 jam sehari, aku mahu majikan bayar overtime untuk perjalanan tersebut. Majikan aku tidak setuju, aku pun tidak setuju lah! Kenapa aku kena berkorban beberapa jam sehari masa aku untuk syarikat? Untuk sesiapa yang kena buat pengorbanan sebegitu, fikirkan lah sama ada anda di bayar berbaloi dengan masa yang anda kena sediakan untuk 'waktu kerja' anda! 3 jam satu hari, 22 hari sebulan, 66 jam tu! Ianya bersamaan dengan 8.25 hari berkerja! Jika anda dibayar RM1000 sebulan, dan anda cuma berkerja 22 hari sebulan, anda di bayar sebenarnya RM45 sehari, kalau 8.25 hari ? jumlahnya adalah RM371. Itulah kehilangan nilai masa anda.Satu pertiga dari pendapatan sebulan! Patut lah kita selalu tak cukup duit..!

Monday, September 24, 2007

Medical and hospitalization cost.






Money matter.

Since my heart attack incident, followed by Baya Scoliosis and Aris daughters scoliosis, Ana's son Fauzi back bone damage during motorbike accident and now Kak Maz daughter's scoliosis, I'm easily distraught at the mention of back bone injuries. This is because of the cost of treatment is really high for any layman. While at the hospital I had come across a lot of insurance sales person who are offering a potpourri of coverage for all sort of needs. For Baya case we consider our self very lucky to have a medical coverage that got no limit on the actual expenditure, there is a maximum limit on the room cost but not on medication or operation cost. Aris's daughter had the operation perform at government hospital in Seremban because his company medical coverage only cover about 70 percent of the cost, the balance must be shouldered by him, luckily Aris wife is a government servant so she had utilized her government Guarantee Letter to get medical coverage for their daughter's operation. In Fauzi or Along's case I had personally bargained with the surgeon and the vendor on how can we cut corners and bring the cost down to the level where it is more affordable to us and now Kak Maz's daughters are facing the same dilemma like the others. We had laid down three alternative ways to proceed. Even though she is a government servant but the medical coverage for her children is up to max age of 18 years old, her daughter is already 20 years old so there goes plan one, second plan is to apply for insurance coverage and claim the medical benefits a few months later, this looks more like cheating but I had explore the possibility as well and found out that for cases like this if the person claim the benefits more than one year later than it could be perform without deep enquiries, if within one or two months than there is very high probability that the insurance company won't pay the bills. There goes plan two, plan three is to negotiate with the surgeon, hospital and vendors that supply the necessary Titanium screws, plates and artificial bone for a reduction in cost. This venture end up in territories that Kak Maz are not that very happy with, she had put it up clearly only the best for her daughter, not such thing as lower quality material used or less some material here and there to cut cost but she do agree with the surgeon suggestion to cut cost by utilizing a cheaper room and recuperating at home instead of the hospital. This alone will cut the cost by about RM2K! Now she is in a hurry to apply for a bank loan that been offered to government servant at a very low interest rate, last offer date is 30th of this month.

After going through a few of this hassle it is become more clearer to me that we do actually need the 'medical card' or 'medical and hospitalization' coverage or some form or another that was offered by the insurance company, be them MAA, PRUDENTIAL, ING or any other company. I used to feel very comfortable with the coverage that I have for my family when I had joint this company where I'm working now, but if I decided to resign and joint any other company there is very high probability they might not have the kind of medical coverage we are enjoying now, so against there is something tying me up to the company. Friends, the cost of treatment and operation I'm talking about here varied fro RM11K to a total of RM80K.Unless you guys have enough fund to cover this kind of expenses, which I did not have, why not please consider and pay some attention to the insurance man, maybe there will be a time that we might need their help, we never know. On my side, I'm seriously considering their entire offer now.

Thursday, September 20, 2007

Boat jokes

Boat jokes
One for the 'Pommies' (please translate for our US members)A British Sailor (changed to give boatie touch), whilst on shore-patrol in Bosnia, happens upon a young lad kicking around a spent shell case with not inconsiderable skill. The two end up chatting and the soldier says, "Would you like to play soccer in England? A great friend of mine knows Alex Ferguson, the man in charge of the top England team. He could help you." The boy appears very keen and so, when the soldier returns home, he asks his friend. Well, it turns out that Alex Ferguson is interested and so the young lad is brought over. He starts off in the junior team, but is so good, he gets steadily promoted until he's on the substitute bench for the first team at the FA Cup Final. The game reaches half-time and the score is 2-2. "Alright", says Ferguson, "let's see what you can do." The lad goes on and scores three fantastic goals and the team have a glorious victory. Afterwards, the lad goes to a 'phone to call his Dad. "Dad", he says, "we won the FA Cup final and I scored three goals!" His Dad is silent for a moment and then replies "Don't you give me that! Back here, we're going through Hell! Your Mother went out for bread this morning and hasn't been seen since. Your Sister was raped last night, and your brother was beaten up in the street on his way back from school!" "But Dad," complains the youth, "you can't blame me for that!" "Well," said his father, "you made us come to Manchester!"

Wednesday, September 19, 2007

NAZA BLADE 250

I'm looking for a review of this bike, found it at Asian Auto, The credit should go to Asian Auto writer not me. Hyperlink provided will take you to their site.Got to log in as a member though!





Naza Blade 250 Once upon a time, when the moon is still bright yellow and nobody talks about the AP (or theAPI), bikes are cheap.When I say cheap, I meant relatively cheap. Finance companies went around giving loans to people who loved riding or who thought they could ride. Japanese companies came down and startedtheir CKD programme, making bikes even cheaper.And suddenly the 1997 economic crisis axed everything to a halt. That was a really big axe because everything is still at halt till to day.So for the past seven or eight years, there is a big opportunity for cheap 250cc and above bikes. The only problem is nobody can throw out bikes at those prices wanted by the
market.Naza finally got the answer by rebranding Korean Hyosung bikes as a national make under their Naza Bike brand. Asian Auto has test rode their Blade 650 and found that the bike does make sense even when with a very low sticker price.Now we check their other option, the cheaper and smaller Blade 250.The 250 looks identical to the bigger 650 except for the perimeter frame. The 250 has a less radical frame, but it still makes the bike look as tough as its bigger brother. Meter panel is either very out-of-date, or perhaps very retro in design. You decide. Both the tank and the tail section are identical to the 650, making the 650 owners screaming as they pay more to get the same parts.They scream even louder when the 250 gets a pair of gold coloured front forks which looks so trick and expensive, while the 650 owners get a cheap looking silver coloured forks.Quality of the bike is generally good. We cannot be expecting Honda-like quality and ergonomics, but it is better than the China's. Unfortunately the chrome quality however is simply pathetic. On the test bike, some of the chromed parts have already started to rust. Perhaps Naza can look into this matter.Riding it around the town makes sense. It is light and nimble, making it easy to swing it around. Torque is strong enough to push you through the traffic but once you venture out to any highway, or even an empty three-lane stretch like Jalan Parlimen, you will feel a bit bored as its top speed is very low. I managed to get nearly 150 kmph and my weigh is around 85kg. For those with lesser built bodies (i.e slimmer), your top speed should be higher.Handling is okay for town cruising but if you are a fast rider, you need to revalve the forks and dial in more compression at the rear to overcome its twitchy and floaty sensation. Don’t get me wrong. The frame is good but the suspension just need a little bit extra work. Whatever it is, I have no problem riding this bike around town because it has that happy character to it. You know the bike will respect you as the rider and will never harm you in any way (most probably because it does not have enough grunt to toss you off the seat anyway) and around town, it stays nimble and willing.I also think it should make a good project bike because with some cues taken from the Suzuki SV250, the bike has already a good proven platform. Some good aftermarket parts should do justice to this bike. Another reason to rejoice is its low price, around RM15,000. Naza also offers some financing facility for those qualified and I am sure those seeking for a new 250 machine, this is the best bike for the price.

http://www.asianauto.com/bikereview.php?op=readmore&id=19



Wednesday, September 12, 2007

ussolli..


Ramadhan datang lagi, pusingan nya dah tiba! Entah kenapa aku lebih suka Ramadhan dari bulan yang lain.Aku mula berpuasa semasa berumor lima tahun, semasa berumor enam tahun aku dah mula puasa sepenuh hari.Sebelum tu.. puasa sampai takat lunch hour jer.. Semasa berumor tujuh tahun aku dah puasa 'penuh' sebulan..hingga kini.Ada beberapa hari yang aku jatuh sakit dalam bulan puasa dan terpaksa berbuka sebelum waktunya ataupun terus tidak berpuasa.Ada satu tahun tu aku hanya berpuasa untuk satu hari sahaja..tiap-tiap hari anak-anak dan isteri datang untuk berbuka puasa dengan aku yang tidak berpuasa.. !

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam. Tiap muslim wajib mengerjakan nya jika mampu. Ada beberapa kelas atau peringkat puasa tapi tak payah pedulikan lah itu semua. Yang penting berpuasalah kerana Allah. Peduli apa kepada ganjaran yang akan 'dia ' berikan, itu hak 'dia'. Kita di tuntut untuk berpuasa, lakukannya sebaik mungkin!

Orang yang berpuasa ini selalu akan sangat teruja hatinya apabila dia pergi tempat berjualan di bulan Ramadhan atau di panggil juga 'Pasar Ramadhan'. Hampir kesemua makanan tu nampak sedap! Apabila sampai waktu berbuka, minum air segelas saja dah rasa kenyang..! Semua kita tahu dan berpengalaman tentang fenomena ini, oleh itu kembalilah kepada sebab asal mengapa kita berpuasa, hayatilah tuntutan itu, pasti kita akan lebih sayang dan cinta kepada Ramadhan yang cantik molek ini! Ramadhan ini juga adalah hamba Allah..!

Antara bunga penghias Ramadhan adalah sembahyang sunat Tarawih. Sembahyang ni sunat jer, kalau mampu tu buat lah.. Kalau nak buat sendirian di rumah, pejabat atau mana -mana jer lah.. pun boleh..tak semestinya kena berjemaah di mesjid. Yang kena ada adalah niat dan rukun nya, macam sembahyang sunat yang lain-lain .. selawat panjang antara dua rakaat solat tu tak termasuk dalam rukun, kalau nak buat..buatlah..kalau tak tahu atau tak mahu..tak payah buat lah.. nak buat banyak mana? sembahyang sunat dua rakaat jer.. mana ada lebih..! berapa kali nak buat dua rakaat tu.. terpulang lah pada diri sendiri.. Sunat Witir tu.. tiap hari boleh buat, bukan wajib kena buat.. nama pun sunat.. Tak mau buat pun tak dak hal.. Kalau nak buat, buat lah.. Sebenarnya sunat Tarawih ini senang kan! Tak mampu nak buat banyak, buat dua rakaat pun jadi..

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan saya ucapkan kepada semua.Disini saya memohon ampun dan maaf atas kekasaran bahasa atau tulisan dan jawapan saya yang mungkin menyebabkan terguris hati dan perasaan anda. Secara jujur dan ikhlas saya memohon ampun dan maaf dari anda.Selamat berpuasa semua! Niat puasa ingat lagi tak?
Ni cerita semasa saya masih bersekolah. Uztaz telah bertanya kepada pelajar kelas saya siapa yang ingat niat puasa Ramadhan, uztaz memang pelik sikit la..pelajar yang angkat tangan nak jawap dia tak mau panggil, pelajar yang cuba nak menyorok, itu yang dia nak panggil..! "Ha..kamu yang tertunduk-tunduk tu..bangun..cuba sebut macam mana niat puasa Ramadhan.." heh..hehe..siapa lagi..aku la.. aku bukan tak tahu..saja..jer.. tapi..lain pulak jadinya.. " ussolli..ussolli..ehe..eh.." " ha.. berdiri atas kerusi tu..!" "ussolli..ussolli..berapa rakaat awak nak puasa?" Tetiba jer terlupa niat puasa dan terbaca niat sembahyang zohor..! Dah 30 tahun kejadian tersebut..masih segar dalam ingatan..!

Thursday, September 06, 2007

Kampung ku Bagan Pinang.


Hujan yang tadi nya rebas rebas dah mula menjadi kasar. Atap ardex rumah Ana memainkan irama 'staccato' diikuti desiran amarah angin menerobos daun beberapa batang pokok mangga dan longan dihadapan halaman rumah.
Dah jam sebelas malam, hujan makin lebat, kami mulai risau. Faham sangat aku akan topograpi Kampung Bagan Pinang. Kampung ini ada bahagian nya yang lebih rendah dari paras laut.
Aiman dah mula merengek nak balik, masa tidur dah sampai. Shida sangap berkali-kali, aku masih berdiam diri mengadap TV. 'Along ' terbaring diatas katil nya di sebelah aku menumpukan perhatian kepada siaran TV.
' mak, air dah naik lah..' Yati memberitahu mak mertua nya yang juga kakak aku.' ermmh' malas ajer bunyi jawapan kakak aku tu..!
Air sungai Sembunyi dah melimpahi tebing nya dan mula memenuhi laman dengan pantas.
'Yati, ambilkan surat kabar lama tu. Pak endak dengan abah engkau nak sekat air kat depan pintu nih.'
'abang, kita gunakan bata tu dengan kertas ini untuk buat pengadang air'. Air semakin tinggi parasnya. ' Air sungai tu jalan laju tak abang? Tersekat tak ?' ' nanti aku pergi tengok, apahal lak nih, laut surut apasal lak naik air sungai nih?'
Dah tengah malam, abang ipar aku telah keluar pergi memeriksa perjalanan air di Sungai Sembunyi menuju ke laut.
' apahal abang?' 'ada dahan pokok dalam sungai tu, dah aku tarik dan keluarkan. Baru lah laju air tu bergerak ke laut'.
' Ubah kereta tu ke tempat tinggi bang, terendam lak karang kereta tu ..!' susah hati kakak aku..kalau nanti Proton aeroback dia tu bertukar menjadi sampan!
Hujan dah mula reda air yang meresap masuk ke rumah dah membasahi ruang lantai depan dan masuk kebilik tidur. Nasib baik juga carpet dah kami gulung lebih awal tadi. Kalau tidak, puas lah nak membasuh karpet tu!
' Aku balik dulu lah kak, hujan pun dah reda, paras air pun dah nampak stabil, ni dah pukul dua, aku nak pergi kerja siang nanti. Engkau berkemas lah bila air dah surut habis..'
Dalam perjalanan pulang ke Taman Dato kami terpaksa mengharung paras air yang agak tinggi dan melintas kawasan 'paya' dan 'selonggok' Paras tingkap rumah air nya di kawasan ini! Nasib baik juga jalan tu lebih tinggi dari paras air dan Proton Aeroback tak mudah mati dalam air banjir!
Taman Dato terletak agak tinggi di atas kawasan bukit yang dahulu nya kebun getah dan kelapa sawit. Sistem perparitan nya yang bagus dan kedudukan topograpi nya yang tinggi dari paras laut membolehkan kami tidur nyenyak tanpa risau hingga ke pagi.Keluarga kakak aku hanya dapat tidur selepas jam enam pagi, bila air dah surut.Air hanya surut selepas penapis daun dan sampah di pecahkan untuk membolehkan air mengalir kelaut.
Semenjak berpindah ke Taman Dato 15 tahun dahulu, tak pernah lagi kami alami banjir, kejadian tiga malam sudah telah mengimbau kembali kenangan silam aku semasa tinggal di Bagan Pinang. Dah 50 tahun merdeka, Bagan Pinang tetap akan kena banjir apabila hujan lebat, air pasang...ahh..Bagan Pinang..

Saturday, September 01, 2007

Merdeka

Aku selalu berfikir tentang 31 Ogos 1957, hari yang di wartakan secara rasminya sebagai hari kemerdekaan Malaysia. Betulkah hari kemerdekaan Malaysia?

Bila Malaysia di tubuhkan ? Sebelum 1957 tu kerajaan apa yang ada di Malaysia nih? Dari buku-buku sejarah yang aku baca, aku dapati sebelum kedatangan Portugis dan diikuti oleh Belanda dan Inggeris, Negeri-negeri Melayu yang di perintah oleh Raja dan sultan nya tersendiri memang dah ujud.Kesemua negeri yang ada di Semenanjung Tanah Melayu sekarang telah ujud sebelum kedatangan penjajah dari barat, kecuali Singapura. Kesemua negeri tersebut telah dijajah dan di panggil Federation of Malaya. Sabah dan Sarawak juga dijajah pada masa yang lebih kurang sama dengan Semenanjung. Sarawak dan Sabah bersatu dengan Federation of Malaya dan ujud lah Malaysia. Jadinya soalan saya ..bila Malaysia di jajah? Kenapa kita tidak merayakan hari penubuhan Malaysia? Kenapa kita masih sangat berbangga yang suatu masa dulu kita adalah negara yang telah di jajah? Kenapa kita tidak berbangga menjadi sebuah negara Malaysia yang tidak pernah dijajah? Entah lah..ada sesiapa yang faham?

Monday, August 27, 2007

Kenderaan lagi..

Dah seminggu lebih Merc aku masuk workshop, head gasket pecah. Tawaran untuk membeli kereta lagi semenjak November 2006 telah ditolak oleh mem berdua tu tanpa alasan yang kukuh. Aku nak beli Merc S320, anak-anak tak suka, mem marah-marah, 'you nak buat apa kereta besar tu?nak menayang kat siapa?nak gi mengorat siapa pulak?" Aduh..aku cuma nak beli suatu yang aku suka..tapi disebabkan banyak sangat tentangan..aku mengalah.Mungkin aku akan ada alasan untuk beli Fiat sport!Cantik ooo ada rupa Ferari lah pulak! Porshe 911 pun aku suka..tapi tak mampu lah pulok!
Company tempat kerja aku ada tawarkan Volvo 960 untuk di tender, 22 haribulan tempohari dateline dia, RM15K sahaja..kereta yang berharga hampir RM300K sepuluh tahun dulu, harga pasaran sekarang cuma Rm24k. Mem aku tak nak turun tengok pun semasa aku bawa mereka pergi tengok kereta tu, cukuplah sekadar tengok dari jauh..Hampeh betul..aku suka Volvo 960 Royal tuh..!
Bulan lepas aku ada pergi Cameron Highland, naik kereta Mazda 5 kepunyaan AZ, seronok juga rupanya naik MPV nih..tapi aku duduk di depan, orang belakang entah lah seronok atau tidak nya..!
Hari Khamis lepas aku pergi Muar, bapa mertua aku sakit teruk dan kena tinggal di wad hospital pakar kat Muar.Aku bawa Pregio 2.8 diesel. Tuan kereta nih towkay catering dan kedai makan, kereta ni digunakan untuk mengangkut pekerja dan untuk di sewakan.Dia pinjam kan kat abang ipar aku, siap dengan duit diesel dan duit makan dia berikan! Terima kasih lah Dayat kerana sangat berusaha untuk membantu kami. Sembilan orang, selamba jer..tapi aku tidak pandai memandu van enjin diesel..puas juga aku mencari cara untuk buat ia bergerak lebih dari 90km/j..ada cara rupa nya .. tapi kesian pulak aku melihat Aya dan Norzan melambung lambung kat seat belakang tuh..! Slow jer lah..80 km/j dah ..Jam empat pagi baru kami sampai balik ke rumah di Port Dickson.
Selepas mengumpul pandangan mem dan anak-anak..kesemuanya tidak bersetuju dengan van Pregio..Sangat memenatkan..! Sebagai bukti, kesemua kami telah tidur sepanjang hari Jumaat tu..penatnya..
Hasil dari perbincangn kami, criteria yang perlu ada pada kereta yang akan di beli adalah, ia mesti mampu membawa kami beramai-ramai serentak, stabil dan tidak bersifat seperti kenderaan perniagaan, tidak terlalu besar dan tinggi, buatan Jepun, harga dibawah RM50K, mempunyai talipinggang keledar di kesemua seat, automatik.
Puas juga aku memilih dan hasilnya adalah, ia nya sebuah MPV atau minivan, umor antara 5 hingga 15 tahun,selected candidate adalah Toyota Estima, Honda stream, Nissan Serena, MazdaMPV atau Mitsubishi spacegear.
Aku telah pilih Mazda MPV 3.0 l, aku harap ini akan dapat menyelesaikan masalah kami. Ini bermakna..aku akan punya alasan yang agak kuat untuk membeli sebuah kereta sport dua pintu untuk kegunaan aku sendiri..! Kalau ada duit lebih sikit..aku nak beli Merc..tapi kalau dapat beli Fiat pun cukuplah..yang warna kuning tu lawa la..
Update.28-08-2007
Mekanik janji akan siapkan kereta yang rosak tu petang nanti..balik kerja nih boleh lah pergi ambil balik..dah berhari -hari dia dok workshop..rindu pulak rasanya..Proton Aeroback 1.6 yang saya gunakan sekarang walaupun body dah kurang baik tetapi injin nya cukup bagus.Saya tuan empunya berdaftar kereta tu tapi yang bayar dan pakai kereta tu abang ipar saya..masa 3 orang anak-anak saudara saya sedang gila stereng..banyak jugak lah saman yang sampai kat saya..nasib baik sistem KEJARA tidak di kuatkuasakan sepenuhnya..kalau tidak..mungkin dah kena gantung lesen memandu saya..! Rindu pulak rasanya kat Merc tua saya tu..ngam ho..saya selalu menganggap yang keselesaan dalam perjalanan adalah sama untuk mana-mana kenderaan, tapi bila kena gunakan beberapa jenis kenderaan dalam masa 3 bulan ni, saya cukup yakin yang Merc S class adalah yang paling selesa.Sama ada model 126, 140 atau yang terbaru. Tidak ada yang sama tahap dengan nya.

Wednesday, August 22, 2007

Aku,anak, hobi dan kesan nya ?






Nama aku Ari, suatu masa dulu aku punya hobi menyabung ayam. Aku menjadi anggota suatu kumpulan peminat sabung ayam yang tegar. Kami akan pergi menyabung dimana saja ada gelanggang di buka pada bila bila masa saja.

Aku bukan setakat suka-suka, aku cukup serius dalam hobi ini. Beberapa orang guru telah memperturunkan ilmu menyabung mereka kepada aku.Di gelanggang nyabung aku dikenali dengan nama Ah Puie atau si gemok. Nama yang sangat di segani oleh pihak lawan. Untuk yang tidak tahu nama aku ,mereka memanggil aku botak. Macam -macam nama orang panggil aku tapi hanya seorang saja yang betul-betul mengetahui nama sebenar aku!
Aku ada ayam sabung dari beberapa keturunan yang baik, yang memang terkenal salasilah nya seperti Khamji, Lembu Berlaga, Tok Orn, Surat, Anak Keling, ada juga keturunan yang memang tak baik di panggil Chempa.Aku juga punya seekor Chempa yang cacat, tulang belakangnya bengkok. Dia di panggil Si Bongkok. Bongkok selalu aku bawa untuk adu dengan ayam lain, disebabkan dia hanya dapat bertahan selama sepuluh minit, biasanya aku cuma akan biarkan dia berlaga selama lima minit sahaja.Bongkok memang ayam kesayangan aku.Bongkok tidak pernah dibawa berjudi kerana kecacatan nya itu.Dia cuma di gunakan untuk melatih ayam lain.
Tok Juara dalam kumpulan aku masih bujang lagi pada masa itu. Dia memang handal dalam menjaga dan melatih ayam.Kepakaran dia cukup tinggi dalam menyambung taji atau susuh ayam supaya menjadi lebih panjang. Dia lah sebenarnya yang akan membuat pelarasan taji supaya ayam kami dapat menikam ayam pihak lawan dengan tepat dan pantas. Aku panggil dia Cha Al Ayam.Kami tidak pernah kalah walau sekalipun jika taji ayam di laraskan dan di sambung oleh Cha. Cha juga seorang yang sangat memilih.. hanya ayam yang handal dan yang dia suka sahaja yang akan dia laraskan tajinya.Kami terus menyabung dan menyabung hinggalah suatu hari kaum keluarga aku datang beramai-ramai dan aku telah terlupa yang mereka akan datang, aku pun pergi menyabung di Kalumpang, Selangor. Aku berasa sangat malu apabila mereka yang datang beramai ramai dengan lima buah kereta dari Kedah telah terpaksa pulang hampa kerana aku tiada di rumah, isteri aku yang lurus itu telah memberitahu mereka yang suami kesayangan dia dah pergi menyabung..!. Heboh juga sekampung tentang hobi aku tu..Tebal muka..Aku terus berhenti dari menyabung ayam.

Cha teruskan hobi itu dengan Abe Husseing,Kumar Kambing, Amin Cobra, Abe Zul Tanker dll. Setahun berlalu, Kumar Kambing telah mengajak aku untuk aktif semula, alasan nya Amin Cobra dah berhenti, sekarang tinggal Cha saja.Aku terus mencari Cha untuk memujuk dia supaya berhenti.
" ah ..nanti dulu lah Puie..aku menikah nanti aku berhenti la.." Cha pun bertunang dengan seorang gadis dari Port Dickson.Dia dah berhenti menyabung ayam walaupun cuma baru bertunang. " Apahal kau Cha? Kata nak berhenti bila dah menikah?Ini baru bertunang !" " Aku jadi takut lah Puie, tiap kali ayam lawan kena tikam, tangan aku tergigil gigil, terasa sakit badan aku" " elok lah kau berhenti Cha..aku ada dengar dari Kumar Kambing banyak yang kena tikam 'pok ping' dengan ayam engkau! empat puluh lima saat jer dah pok ping!" " itu lah tu..ayam tu menggelupor kena 'pok ping' aku yang keluh kesah.. terasa sangat berdosanya aku..!"

Cha dah dapat anak..down syndrome anak dia tu.Setelah berumor tiga tahun anak nya meninggal dunia..dalam pelukan nya di sebuah hospital swasta setelah mengalami kekejangan sebaik saja di beri satu suntikan..
Aku tunggu selama satu tahun sebelum bertanya kabar tentang kejadian yang menimpa anaknya. " Terima kasih lah Puie..kerana tak bertanya..engkau memang memahami, engkau lah kawan aku yang sebenar.Aku tak suka ..tetapi ramai sangat yang nak tahu bagaimana anak aku mati.." " kau tak perlu cerita Cha.." Airmata mengalir laju dari mata Cha.. " dia mati dalam tangan aku ..!! menggelupor..macam kena 'pok ping'!!..itu yang aku sedihkan..!!"

Anak aku sendiri..selepas sepuluh tahun aku berhenti menyabung.. mengalami penyakit Scoliosis..tulang belakangnya bengkok dan berputar dari kedudukan asal..

"Dear, you tak perasan ker yang anak Cha mati macam ayam kena tikam dan anak you hampir menjadi bongkok? You beritahu I yang you pernah ada ayam bernama Si Bongkok kan ? "

Aku tidak punya jawapan untuk kesemua persoalan ini..mengapa ini terjadi? adakah ini suatu pembalasan? adakah ini suatu petunjuk? atau cuma suatu kebetulan? Ahh..Aku masih mencari..walaupun sebenarnya aku tak mengharapkan jawapan..

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!