Herba yang penting untuk masak -memasak.

Tuesday, October 28, 2008

Budaya kita - Melayu Islam.

27-10-2008
Kakak mengajak aku untuk membantu menjayakan 'catering' kenduri satu majlis penikahan di Seremban. Aku O.K jer, kat rumah pun biasanya aku cuma lepak dan tidur saja bila off day begini. Disebabkan tuan rumah telah sediakan kumpulan pekerja nya sendiri, tugas kami adalah sekadar sediakan makanan dan 'top up' dulang buffet apabila dah susut paras makanan dalam dulang tersebut. Jumlah pengunjung yang di jemput dianggarkan 1000 orang tetapi kami dah sediakan makanan untuk 1200, tuan rumah cuma membayar untuk 1000 orang, 200 tu kakak aku kira sebagai diskaun kat dia, tuan rumah sendiri akan sediakan nasi tambahan dan dua jenis lauk tambahan. Kakak aku memberikan package yang sangat murah, RM8.00 untuk seorang, sedangkan di Seremban package termurah yang kami tahu adalah RM12.00 seorang. Majlis berjalan lancar, semasa jam 10 pagi kumpulan marhaban memperdenganrkan suara serak serak pecah berterabur mereka ketika aku sampai di lokasi sehingga jam 11 pagi. Selepas tu ada nasyid pulak..aku dan yang lain lain sedang sibuk membuat persiapan. Jam 11.30 pagi tetamu sudah mula tiba, tuan rumah bertanya 'caterer' macam mana ni jemputan saya bermula jam 12.00 tengahari, aku jawab 'kami dah sedia, kita buka jer lah buffet tu awal sikit..' Tetamu semakin ramai dan memuncak pada sekitar jam 1.30 petang. Sibuk juga lah nak 'top up' ! Kumpulan cak lempong dan kompang sileh berganti membuat pertunjukan diikuti oleh kumpulan panca ragam yang pakai 'uniform' berwarna merah macam warna Maxis!
Kami tutup counter' pada jam 4 petang. Makanan masih berbaki untuk 50 orang makan. Semasa sedang sibuk mengemas dan mencuci peralatan, kami dihiburkan dengan suara suara mereka yang telah dengan suka rela dan suka se suka suka nya mensumbangkan lagu - berkaraoke lah tu..meriah sungguh..4.30 petang kami pun bergerak pulang ke PD.Sepanjang perjalanan pulang sejauh 45 km itu aku berfikir tentang majlis kenduri yang baru selesai tadi.Dan aku dapati Hasilnya:
1. RM8000 belanja makanan
2.RM 1000 makanan tambahan dan minuman.
3. RM4000 untuk marhaban, nasyid, kompang, cak lempong, pancaragam dan karaoke.
5. RM3000 perbelanjaan pakaian 'uniform' dengan tema warna unggu.
6.RM1000 sewa kenopi dan peralatan
7. 20% back up -standby fund= RM3200.

Tinggi juga kos buat kenduri menikah anak ni ropa ropa nya. Soalan yang bermain di fikiran aku, siapa yang tanggung perbelanjaan yang agak besar dan dibayar tunai itu? Kiraan akaun:
1. Pengantin lelaki RM8000.
2. Jiran sekeliling, saudara mara RM4000.(akan dipulangkan semula atas permintaan)
3. Tetamu undangan RM10000.
Kiraan final hanya pengantin lelaki, saudara mara terdekat dan tetamu yang mengeluarkan belanja yang menyara perbelanjaan kenduri. Kemungkinan besar tuan empunya majlis tidak perlu mengeluarkan satu sen pun!

Mengapa kita perlu berbelanja sedemikian banyak untuk memulakan suatu hidup berkeluarga? Mengapa dibebankan bakal menantu dengan masalah keewangan sebelum dia dan anak kita memulakan hidup berkeluarga mereka ? Mengapa bakal isteri sanggup menyusahkan bakal suami hanya kerana nak bermegah dan 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi ' dengan orang lain? Mengapa bakal suami sanggup bersusah payah hingga ke peringkat mengambil pinjaman bank atau koperasi untuk menikah ? Aku tidak punya jawapan untuk semua ini.Susah nya menjadi orang melayu islam ni ropa ropa nya..

Monday, October 20, 2008

Duit duit..leteran..

'Hati yang tamak..bangkit lah..!!
Hati yang tamak..membengkak lah..!!'
Seruan ini telah di buat oleh salah seorang pencabar 'Goku san' semasa dia sedang di uji ditempat nenek tilik..ianya adalah suatu seruan yang sangat kejam..dimana hati orang yang diseru akan menjadi kembang membesar dan akhir nya meletup..berakhirlah riwayat orang yang diseru itu..Son Goku @ Goku san @ kakaroct telah berjaya melalui ujian tersebut, ini adalah disebabkan oleh hati nya yang tidak tamak.. masa diseru tu di panggil hati yang tamak..
Untuk anda yang tidak mengikuti siri Dragon Ball, maaf lah ya, itu komik kegemaran saya!

Selepas beberapa minggu melayan kerenah dan helah seorang 'denak' (burung pemikat) yang merasakan dia telah menjumpai seorang 'perfect victim', saya pun berehat sebentar dan memberitahu 'perfect victim' kalau ada lagi mat ketul arang yang cuba nak pikat dia..layan jer dulu..kita tengok mana dia nak pergi..mana lah tahu kalau kalau boleh kita cekup denak tu..mungkin boleh digunakan untuk cekup denak yang lain..Nampak nya denak tu dah lari..cari mangsa yang lain lah tu..
Pagi tadi saya dapat tahu yang ada 'denak ketul arang' yang menghubungi kenalan saya ..tok imam yang kat bawah bayu tu.. suka saya peringatkan kat anda semua..jika dihubungi untuk melakukan suatu transaksi wang yang besar dengan upah yang lumayan, ingat lah apa yang telah di lalui oleh Goku san..jika diseru dan hati yang tamak itu pun bangkit..anda bakal nak kena jebak..macam burung merbuk..yang masuk ke jebak atau ayam hutan yang kena racik..Kalau anda nak mudah, delete jer..tapi kalau nak main main..layan jer lah..tunggu.. akan sampai masa dimana dia akan meminta anda 'menolongnya' dengan nilai beberapa ribu USD, anda akan dijanjikan beberapa juta RM..'HAI HATI YANG TAMAK ..BANGKIT LAH..!!' tunggu apa lagi..cabut la..
Ubi lambat cabut jadi kayu
Pencuri lambat cabut, kena tangkap
Anda lambat cabut, kena perangkap!!

Ingat tu..

Monday, October 13, 2008

Yang remeh dan yang temeh

Familiy day kat Guoman telah berjaya diselenggarakan dengan bagus oleh team kami berserta team Guoman. Memang ada sedikit masalah disana sini, tetapi ianya telah berjaya diatasi dengan cemerlang.Aku ditugaskan untuk menguruskan satu game yang di panggil explore race, tugas aku cuma bahagian penyampaian hadiah untuk para pemenang tetapi 'emergence job' yang terhasil dari rasa tidak puas hati dan tidak sabar para pekerja dan keluarga mereka semasa di meja pendaftaran menyebabakn aku telah secara sukarela mengambil tugas baru, macam PRo.. lain sikit jer dari GRO.GRO kena meneman tetamu minum dan bersukaria, aku kena menenangkan para tetamu.. Aku cuma nak ceritakan pengalaman aku dengan seorang tetamu kami yang sangat kurang ajar, yang lain tu tak perlu aku ceritakan kerana ianya adalah lumrah kehidupan.

Aku terpanggil ke meja pendaftaran apabila terdengar suara seorang lelaki menengking dengan agak keras, selepas diselidik, didapati lelaki yang tidak aku kenali tu sedang memarahi seorang pekerja hotel, lalu aku bertanya apa kah masalah nya? Dia telah menjeritkan namanya dengan cukup lantang kepada aku, aku pun bertanya lagi 'awak ni siapa? Dia menjeritkan lagi namanya, pekerja pendaftaran telah berjaya mencari nama yang dijeritkan itu lalu memberitahu dia yang dia perlu berkongsi bilik dengan seorang pekerja lain..Apalagi dia pun melenting dan mula menjerit jerit dan menggunakan bahasa yang agak kesat terhadap pekerja tersebut. Aku bertanya sekali lagi kepada dia, awak ni siapa sebenarnya? Dia menjadi sangat marah lalu menjeritkan lagi nama nya, aku merasa cukup gembira!! Memang dah lama sangat aku tak 'belasah' orang..!! Dia tidak sedar yang dia telah memberikan aku alasan untuk menghentam dia..! Tetapi sebelum membuat sesuatu, aku buat assessment dahulu, mana lah tahu jika keadaan menjadi bertambah buruk, secara fizikalnya jika dia menyerang, boleh kah aku mempertahan kan diri? Lalu aku pun membuat kiraan, boleh kah aku mematahkan tengkok nya dengan sekali pulas? Heh..heh..heh..berdasarkan pengalaman aku pulas dan patahkan tengkok lembu jantan yang mengamuk, dengan saiz leher 36 inci..jantan yang sedang marah ini dengan leher bersaiz 13 inci..kacang jer ler..!! Tapi biarlah dia rasa dulu 'kilasan dan serangan verbal' aku! Aku pun bertanya lagi..awak ni sebenarnya anak siapa? Pekerja syarikat Shell ker ? Berasal dari syarikat mana ? Dah lama ker berkerja dengan Shell? Dia tidak larat nak menjerit lagi agak nya, aku kenal rupa dia tetapi tak tahu nama nya, dia baru berkerja dengan Shell selama dua tahun, tapi dia tak kenal aku, aku bertanya lagi 'mengapa awak marah marah ni?' Dia menjawap dengan lebih sopan ' saya dengan keluarga, mana boleh berkongsi bilik dengan orang bujang' aku bertanya lagi, 'siapa nama bapa awak, beritahu nama penuh awak, awak bukan nya managing direktor syarikat ini, semua orang kenal dia, tapi orang tak kenal awak..' Dia pun memberitahu nama penuhnya, aku tersenyum dan beritahu dia ' nama awak tu bukan kepunyaan awak seorang, ada seorang lagi dengan nama yang sama tetapi berlainan nama bapa, sebab itu saya tanya dari tadi, siapa awak sebenarnya' Insiden yang di perhatikan oleh hampir seratus pekerja itu mendapat perhatian Coporate affairs manager dan juga MD syarikat.Mereka bertanya kepada aku 'apa hal?' Aku berikan jawapan standard aku ' tak der aper..dah settle dah..' nampak nya mereka berpuas hati, itu dah cukup untuk aku.
Beberapa orang pekerja senior telah bertanya kepada aku' budak baru ke tu?' ' uh uh" ' asal dari mana tu ? dia pekak ker? Budak control room ker ?' ' uh uh.." Buat malu nama Shell jer, dia asal dari Petronas ker..? sombong nyer!'

Apa yang aku nak ceritakan disini adalah tentang pemberian maklumat, bila di tanya nama nya untuk tujuan pendaftaran , dia berikan nama nya tanpa nama bapa, ini menyebabkan berlakunya kekeliruan sebab ada seorang lagi dengan nama yang sama tetapi lain nama bapanya.Dia merasakan yang orang lain tahu dan kenal akan dia..aku katakan kepadanya, walaupun aku dah berkerja dengan Shell selama 26 tahun dan mengenali hampir 90 peratus pekerja disitu, aku tetap masih tidak mengenali keluarga mereka ataupun nama penuh kesemua mereka dan pada hari itu dengan hampir satu ribu nama yang perlu diuruskan, adalah agak mustahil untuk menghafal kesemua nama nama tersebut.Tugas pekerja hotel Guoman tersebut adalah , "awak berikan nama penuh awak, dia akan carikan kunci bilik dan daftarkan nama awak,itu saja" Mengapa perlu disusahkan perkara yang mudah?

Sebenarnya aku juga mempunyai masalah yang sama seperti pekerja yang naik angin tu, cuma apabila aku yang kena berhadapan dengan amarah orang barulah aku faham perasaan orang yang sedang cuba membuat kerja dengan sebaik mungkin tetapi dia pula sedang di halang oleh orang lain yang sedang marah- marah. Aku tidak tahu apakah kesan insiden tersebut keatas orang lain tetapi kesan nya keatas aku adalah sangat besar, ianya menyebabkan aku sedar akan buruknya perangai aku yang suka memarahi orang lain terutamanya semasa di bahagian pendaftaran! Kini aku sangat menghargai mereka yang masih sanggup tersenyum ketika menerima serangan verbal dari aku.Mungkin juga insiden ini sengaja dijadikan Allah untuk mengajar aku.. Alhamdulillah aku berjaya 'remain cool' dan selesaikan masalah tersebut dan pada masa yang sama mengambil iktibar dari kejadian itu untuk aku membuat muhasabah diri.

Thursday, October 09, 2008

Cita cita aku semenjak kecil, belum tercapai.



Hasil pencarian aku kat internet, aku dapati udang galah adalah antara udang air tawar terbesar dalam dunia. Maron dari Australia memang lebih besar dan lebih berat dari udang galah. Semasa bercuti Raya di Kedah dulu, aku telah bertanya kepada adik ipar aku akan cara cara untuk membuat bubu udang galah.
Dia telah menerangkan kepada aku reka bentuk bubu yang diguna pakai di Sungai Kerian, Perak.Setakat ini aku cuma gunakan bubu untuk menangkap ikan ketutu yang aku ubah suai untuk udang galah. Aku telah mencuba bubu tersebut di sungai Muar pada 30 -09-2008 lepas.Adik ipar aku kata air sungai pada hari itu tidak cuckup sesuai untuk mencari udang galah.Hasil nya, bubu aku cuma berjaya menarik masuk beberapa ekor anak udang galah, tetapi kesemuanya belum cukup saiz lagi untuk dibawa pulang.
Aku akan membuat bubu baru hujung minggu ini, kalau sempat la..kalau tak sempat, aku cuma tebang buloh dan keringkan dulu.Cukuplah setakat sepuloh buah dulu, aku akan uji bubu tersebut di sungai Linggi yang memang agak berdekatan dengan rumah aku.Kalau berjaya, aku akan bawa bubu tersebut ke Muar dan uji disana pula.Aku bercadang nak membuat kerja sambilan dengan menjadi nelayan sungai.Dapat juga pendapatan sampingan buat tambah tambah.. mungkin juga boleh digunakan untuk menanggung perbelanjaan anak anak aku di universiti!Ada tak antara anda yang mempunyai pengalaman menangkap udang galah dengan bubu? Boleh kita berkongsi pengalaman.

Friday, September 26, 2008

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI

ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

Kalau dilapek sebosar kuku, Kalau dibontang sebosar alam
Kok hilang dicaghi, kok hanyut dipinteh, kok tonggolam disolam,
Datang biarlah nampak muko, kok poie biarlah nampak belakang,
Jauh dihimbau, dokek digamit, seuntai salam, sojambak kato,
Dogup bicaro monghisik raso,
Maaf zahir batin den dan sekeluargo pinto
"BERHATI-HATI DI JALAN RAYA"
Salam Aidilfitri Daripada
ARI, SHIDA, INA & Keluarga,
Port Dickson,Nagori Sombilan.

Monday, September 15, 2008

Jualan murah hari Raya.

Sale, sale, jualan murah Hari Raya..!
Sabtu 13 September 2008, aku telah menerima kunjungan seorang tetamu dari Bandar Tun Razak, Pahang. Setelah berbincang dengan agak mendalam melalui telefon, aku telah bersetuju untuk menerima kunjungannya. Dia tiba bersama keluarganya beberapa jam sebelum waktu berbuka, Ina masak nasi ayam dan beberapa juadah lain.Terkesima juga aku semasa waktu berbuka itu, penuh meja.Selalu nya hanya aku, Ina dan Nazirah jer, tak lah penuh meja tu.

Perbincangan kami dimulakan selepas waktu berbuka, ianya berjalan lancar.Ada beberapa perkara yang aku perlu buat dan sediakan pada hari esok nya. Aku tak pedulikan budak-budak yang ramai yang asyik makan berulang ulang dan berlari kesana sini, aku sendiri cuma mampu minum air jer! Dalam riuh rendah suara anak-anak, perbincangan kami pun selesai.

Ina keluarkan peti peti batu permata untuk tatapan tetamu kami.Sungguh aku tidak sangka yang dia akan jatuh hati kepada beberapa butir berlian dan Peridot!Aku yang merasa agak bersalah telah mencuba beberapa kali untuk membuka 'jalan keluar' supaya tetamu kami tidak merasa tertekan, bukan tujuan aku untuk menjual walau sebutir pun batu permata tersebut kepadanya.Dia yang sangat teruja dengan kilauan berlian yang berwarna kuning, hijau, champange, nampak nya langsung tidak berminat dengan berlian jernih atau putih! Kami terus bersembang tentang batu batu permata tersebut, Delima dari Burma, Peridot dari Pakistan, Berlian dari Afrika, Sapphire atau Nilam dari Thailand, Baiduri dari Sri Lanka dan termasuk juga berlian buatan dari Amerika. Hampir jam sebelas malam, tetamu aku telah buat keputusan untuk membeli beberapa butir batu permata tersebut.Aku tanya dia, awak ni nak beli ker nak memborong nih..?Syukur alhamdulillah , sungguh aku tak menyangka akan ada 'sale' sebesar ini hanya dalam beberapa jam bercerita.Memang aku perjelaskan hingga nyata kepada dia akan perbezaan batu berlian tiruan dengan batu yang asli. Aku juga buktikan kepadanya yang aku dapat mengecam akan sebutir 'berlian' diikat dengan gaya 'Solitaire' dijarinya pada ketika itu adalah sebenarnya Cubic Zirkonia. Dia tidak terkejut pun, memang Cubic Zirkonia yang diikat dengan emas.Untuk itu dia telah memilih sebutir berlian warna hijau kelabu bersaiz satu carat sebagai pengganti 'solitaire' yang ada! Tetapi dia tidak berhenti disitu! Untuk loket, dia telah memilih berlian hijau dengan saiz 0.2 carat sebanyak empat butir dan berlian kuning dengan saiz yang sama sebanyak empat butir, diikuti dengan sebutir Peridot bersaiz hampir tiga carat sebagai batu induk loket. Aku merasa bersyukur dia telah membuat keputusan untuk membeli dari ku, dia boleh pergi ke toko-toko yang lebih besar dan berurusan dengan mereka, dia tidak perlukan aku. Walaupun begitu aku tetap menerangkan kepadanya akan jumlah 'saving' yang dia telah lakukan apabila dibandingkan harga yang aku tawarkan dengan apa yang ada di toko-toko besar dan ternama tersebut.Dengan jumlah berat berlian sebanyak 2.6 carat, dengan kualiti yang sama, berkemungkinan besar dia akan kena bayar sebanyak RM20K hingga ke RM30K mengikut kepada dimana tempat dia membelinya! Aku juga menawarkan 'easy payment' untuknya, dia sungguh terkejut apabila aku serahkan kesemua berlian tersebut walaupun dia belum melangsaikan kesemuanya harga batu permata yang di beli. Dia akan ke Kelantan minggu ini untuk menempah perhiasan diri yang baru! Aku merasa cukup gembira dan puas hati melihat seorang pelanggan yang gembira dan berpuas hati dengan belian nya. Ahh, ini yang paling aku tak jangka kan, semalam dia hantar SMS untuk menempah lagi 20 butir berlian bersaiz 0.2 carat berwarna hijau dan kuning untuk di buat rantai tangan!

Terima kasih Puan CEO Syarikat KK, KAMI SEKELUARGA AMAT MENGHARGAI SUMBANGAN PUAN.

Maafkan aku saudara dan saudari, tujuan aku menulis post ini adalah kerana aku ingin berkongsi kegembiaraan aku kerana berjaya membuat jualan terbesar yang pertama. Aku juga sebenarnya punya rasa rendah diri dalam membuat jualan, aku sentiasa merasakan permata yang ditoko toko besar itu lebih berkualiti dan glamour, yang akan mendorong pelanggan untuk berlanggan dengan mereka. Siapa lah aku jika dibandingkan dengan mereka, walaubagaimana pun, jualan besar besaran malam Ahad lepas telah membangkitkan keyakinan aku!

Ahad, 14 September, pada akhir drama bersiri Bawang Putih Bawang Merah dari Indonesia, aku terbaca ini "Ramai orang akan menghabiskan waktu dan tenaga memikirkan tentang masalah tetapi tidak berusaha untuk menyelesaikan masalah". Terasa juga hati aku dengan tulisan tersebut. Bagaimana dengan saudara dan saudari semua, aku kini sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah keewangan aku dan bangkit semula.Bagaimana dengan anda? Ayuh bersama lah kita berusaha!

Thursday, September 11, 2008

Malaysia oh tanah air ku..!

Maafkan aku kerana menulis sesuatu yang aku tak suka tulis, tentang semangat perkauman.
Aku terpanggil untuk menulis tentang ini kerana seorang yang bernama Ahmad Ismail, timbalan ketua UMNO bahagian Bukit Bendera.Dia telah mengeluarkan kata-kata bahawa rakyat Malaysia keturunan India dan China adalah 'orang asing' yang mendatang ke Malaysia. Untuk itu dia telah di jatuhkan hukuman oleh pucuk pimpinan partinya. Dia didapati bersalah dan telah di hukum. Sebenarnya sebelum dia didapati bersalah dan dihukum, TPM telahpun menjatuhkan hukuman, tindakan beliau meminta maaf bagi pihak UMNO terhadap pendapat peribadi sorang timbalan ketua bahagian telah membuat kan aku tahu bahawa timbalan ketua bahagian itu akan didapati bersalah dan akan dihukum! Aku sendiri bukannya ahli UMNO, aku tak kisah sangat jika ada ahli UMNO yang dihukum oleh majlis tertinggi mereka, itu hak majlis tertinggi dan ahli yang dihukum, terima saja lah keputusan itu, awak yang memohon menjadi ahli parti, kena ikut lah peraturan parti dan kena lah hormat pada keputusan ahli majlis tertingi yang awak juga pilih sendiri.

Apa yang aku musykil kan, jika orang dari China dan India yang pada ketika ini menjadi rakyat Malaysia yang pada sebelum ini di panggil Tanah Melayu, bukan orang asing atau orang mendatang, adakah mereka itu pribumi Malaysia? Jika mereka itu pribumi Malaysia, mengapa mereka masih berkata yang mereka orang China atau mereka orang India? mengapa tidak mengaku saja yang mereka orang Malaysia? Memang Malaysia punya banyak kaum, tetapi cuma tiga kaum mendatang yang masih menggunakan nama asal negara dari mana nenek moyang mereka itu datang. Mereka ini tidak menggunakan nama suku kaum seperti Melayu, Iban, Banjar, Jawa, Bidayuh,Semai, Jakun, Mahmeri dan banyak lagilah..Mengapa mereka mesti menggunakan nama sebuah negara sebagai suku bangsa mereka? Mengapa tidak menggunakan nama suku kaum seperti yang lain-lain? Suku kaum yang berasal dari India ada sangat banyak begitu juga suku kaum dari China. Penduduk Malaysia keturunan India telah hadzir di Tanah Melayu sebelum kelahiran negara India yang merdeka, pada pendapat saya mereka tidak berhak menggunakan nama negara tersebut sebagai bangsa mereka! Mereka adalah rakyat Malaysia, yang dilahirkan di Malaysia, yang akan dipanggil orang Malaysia jika mereka pergi melancung ke India, sebenarnya mereka itu keturuna suku kaum mereka. Bukanya bangsa 'Indian'! . 'Indian' merujuk kepada rakyat negara India!

Sebelum negara China disatukan dengan satu bahasa iaitu Mandarin, seluruh negeri-negeri yang menjadi ahli Republik Rakyat China memang telah mempunyai bahasa dan nama suku kaum mereka yang tersendiri. Mereka ini apabila berhijrah keTanah Melayu dan Borneo, masih tetap menggunakan bahasa ibunda mereka, bahasa Mandarin cuma diajarkan kepada mereka disekolah.Jikalau seorang rakyat Malaysia keturunan Hokkien, tidak pergi kesekolah pendidikan jenis China, dia tidak akan dapat bercakap, menulis dan membaca didalam bahasa Mandarin! Itu menunjukkan yang bahasa Mandarin, bahasa rasmi negara China bukanlah bahasa keturunan tersebut, jadi, dia sepatutnya memanggil dirinya sebagai Rakyat Malaysia keturunan suku kaum Hokkien! Begitu juga untuk suku kaum Teochiew, Hakka, Canton dan lain lain lagi.Yang saya persoal kan disini adalah bagaimana mereka ini di kelaskan sebagai berbangsa China sedangkan mereka rakyat Malaysia? Bangsa China atau 'Chinese' adalah merujuk kepada Rakyat negara China!

Ahli ahli parti politik yang lain tu boleh buat kechoh tentang 'kesalahan' timbalan ketua bahagian yang kita perbincangkan di para satu tadi tetapi adakah mereka itu betul atau mereka sendiri yang merasakan yang mereka itu betul? Ada kemungkinan atau tidak yang mereka kesemuanya salah? Pada pandangan peribadi saya kebarangkalian adalah sangat besar untuk kesemua mereka ahli politik itu salah dan timbalan ketua bahagian yang telah dihukum itu sebenarnya berada di pihak yang benar! Bagi saya, dia telah dizalimi! Tetapi saya tidak akan berbuat apa-apa sebab itu parti yang dia menjadi ahlinya, parti tersebut yang menzalimi ahlinya.

Mengapa perlu saya pedulikan kes ini? Ianya kerana parti yang memerintah selama beberapa puloh tahun ini lah yang telah membentuk kerajaan dan dengan itu bertanggung jawap dalam melahirkan rakyat Malaysia keturunan India dan rakyat Malaysia keturunan China! Kesilapan semenjak anak tersebut dilahirkan, didaftarkan adalah bukan kesilapan anak itu! Ianya kesilapan atau 'short sighted' penggubal pendaftaran pada masa dahulu. Perkara ini perlu di perbetulkan supaya mereka yang terlibat akan boleh mengaku mereka rakyat Malaysia, bukannya rakyat India atau China atau Portugal!

Ahmad Ismail telah menjadi mangsa keadaan, jika keadaan tidak diperbetulkan sekarang, ianya adalah ibarat api dalam sekam, tidak akan padam rasa tidak puas hati suku kaum pribumi terhadap orang 'mendatang' yang tidak tahu berterimaksih. Selagi nama India dan China tidak digugurkan hingga didalam panggilan harian, bukan setakat dari segi pendaftaran atau dalam media perhubungan, ibarat bisul yang membengkak, ini lah punca berlakunya perpecahan kaum. Sila lah ambil tidakan yang menyeluruh untuk menyelesaikan masalah perkauman ini, bukan setakat ketok kepala seseorang supaya dia diam dan untuk yang memerhatikan akan takut untuk bersuara. Penyakit dan kesilapan kena di ubat dan diperbetulkan, bukan nya disorok dan dinafikan akan kehadiran nya.

Tuesday, August 26, 2008

Sibuk nyer..

Malam tadi ada majlis penyampaian anugerah Malaysian Soceity for Occupational Safety and Health ( MSHOSH).Majlis telah diadakan di First World hotel, berdekatan dengan One Utama, KL.Aku dan kawan kawan telah pergi untuk menerima anugerah tersebut .Majlis makan malam dan penyampaian anugerah berjalan lancar. Meja untuk kumpulan kami terletak berhampiran dengan pentas hiburan, meja vvip bertentangan dengan pentas utama.Band pengiring memain kan lagu lagu oldies dan evergreen. Suka juga aku didendang lagu semasa sedang bersantap..tapi..pemuzik pemuzik tu nampak macam lebih sesuai pakai balaclava hitam dan bullet proof vest sambil bergaya mengusap manja HK submachinegun daripada mengusap gitar dan keyboard! Mereka nampak macam sekumpulan SWAT team yang menyamar menjadi pemuzik!Penyanyi lelaki telah membawa beberapa lagu kegemaran aku, "biar lah bulan bicara sendiri.. biarlah bulan kan menjadi saksi..'Broery tu; Tetapi ada masa nya aku sendiri tidak tahu dia sedang menyanyi dalam bahasa apa..macam bunyi lagu klasik jepun jer..Tiga orang penyanyi perempuan dengan saiz XXL, XL dan L, semasa membawakan lagu Melayu atau Indon..O.K la..bila sampai kat lagu Inggeris..susah juga nak faham apa dia kata..gaya memang hebat, vokal power, pitching o.k..tapi..awak kata apa aa? Muzik dan sound system cukup bagus..
Haa..ha..ha..sekarang baru engkau orang tahu, aku tak peduli pun tentang anugerah itu..aku cuma pergi makan..! Aku tumpukan perhatian apabila nama syarikat majikan aku tu di umumkan sebagai pemenang hadiah Grand Award untuk tiga tahun berturut turut, kalau tahun 2008 kami masih dapat bertahan dan mendapat cukup points untuk grand award lagi, kami akan di anugerahkan dengan Platinum award..! Ini target baru untuk jabatan aku..MSOSH Platinum award.
Untuk perjalan dari PD ke KL tu aku gunakan kereta yang disediakan oleh syarikat, teksi teksi ni memang ada kontrak dengan kami. Aku dapat kereta Mercedes E Class, Min rakan sejabatan dan Hisham seorang student universiti on practical kat jabatan aku, ikut bersama dengan aku. Teringat aku kes kereta Merc E class dan Proton Perdana Eksekutif di Ganu kiter tempohari..Suka juga lah semasa sampai kat hotel tu, berlari datang 'bell boy' untuk buka kan pintu kereta..Tapi semasa perjalanan balik aku dah tak mahu duduk kat belakang lagi, nak duduk depan la pulak..Ropa ropa nya..seat depan E Class lagi bagus dari seat belakang !Aku rasa la kan..tak banyak ruginya da.. ahli Exco kerajaan Dganu kiter tu sebab tak dapat gunakan E class tersebut..bukan syok pun..Maaf lah ye..aku sebenarnya membandingkan E class tersebut dengan S class aku yang dahulu..sangat jauh bezanya. S class aku dulu..langsung tak terasa akan lekak lekuk jalan atau kebisingan bunyi angin dan tayar..Tapi itu semua kini tinggal kenangan..kini aku kesana sini dengan bas mini ..Kalau nak ubah gaya hidup dan kurangkan kos, aku naik Modenas..O.K Modenas tu untuk bawa gi pancing haruan..
Jadual aku masih sangat ketat untuk minggu ini, esok satu hari suntuk ada seminar kat Hotel Mesra, Telok Kemang, lusa sepenuh hari ada mesyuarat agung ANGKASA kat Glory Beach PD, Jumaat ada Coop Board of Directors meeting..ahhh..ahh..ahh..bila la aku dapat free sikit untuk pergi cari udang nih..bubu dah siap..!
TQ:
Mutiara cantik ..mutiara indah
cincin dan subang para isteri ku;

Broery:
Mengapa kah kita harus berjumpa
Dikala diri mu telah berdua
berdosakah diriku kepada nya
pabila aku menyintai mu
namun kini apalah daya ku
semuanya kini telah terjadi
walaupun kau sayang kepada ku
tak mungkin oh tak mungkin
oh tuhan yang kuasa berilah petunjuk mu
betapa pedih ku rasakan kasih ku..tak sampai..
kembalilah kau kepada nya sayang
biarkanlah diri ku sendiri
doa ku selalu menyertai mu..
semoga kau berdua bahagia..

Pokcik dah berlatih karaoke beberapa bulan nih..tapi takat ni lagu Broery jer lah yang boleh bawa..pokcik tetap berusaha untuk membawa lagu Hattan dan juga The animals..tapi..tetap hancuss..!Jom..karaoke kita!

Thursday, August 07, 2008

Ketutu

Ber ia ia kedua isteri aku nak menjana pendapatan untuk membantu mengukuhkan kedudukan keewangan kami. Yang hairan nya, kedua mereka meminta untuk membuat perkara yang serupa! Aku pun dah bersetuju untuk membantu kedua bakal usahawan tersebut..usahawan, usaha cari wang..!
Mereka nak jadi pembekal ikan ketutu. Pada suatu masa dahulu aku lah raja pembekal ketutu Negeri Sembilan, kini tinggal sejarah jer..Pada masa ini ada ramai penternak ketutu di Malaysia ni, kalau kita surf kat web , ada banyak yang boleh ditemui. Siap dengan penganjuran kursus penternakan lagi, bagus lah tu, untuk anda yang tidak berpengalaman dalam hal ini, pergi lah berkursus dulu.
Penternak masa kini banyak yang dah membuat benih sendiri, benih ini boleh digunakan untuk menjana pendapatan dengan menjual benih, untuk yang tidak punya anak benih, ini adalah short cut yang bagus! Aku nampak nya terpaksa gunakan kaedah lama, mengutip benih dari sekitaran. Ini adalah kerana aku tidak punya kemampuan membuat benih ikan. Mungkin dapat aku beli kalau ada yang nak menjual nya dengan harga yang padan.
Aku bercadang hendak membela ikan tersebut didalam tangki atau kolam yang dilapik dengan turpaulin, atau dibuat sepenuhnya dari turpaulin.Ada yang menyatakan yang ikan ketutu mereka telah diajar untuk memakan pallet, itu suatu yang sangat bagus, memudahkan pemberian makanan. Aku tetap akan menggunakan teknik lama aku, teknik ini membolehkan aku mengurangkan kos makanan ke tahap sangat rendah. Aku tidak akan menerangkan teknik tersebut di sini. Nanti lah bila aku dah berjaya, aku akan beritahu anda semua. Kos dianggarkan adalah RM5k untuk kolam, pam, air kompressor dan air. Pulangan dia entah lah, belum buat lagi..tapi anggaran aku dalam rm20 k setahun.Aku ada tengok kat TV tentang teknik ternakan akuarium seperti yang aku pernah buat dahulu dan akan buat kali ini, tapi dah lupa la siapa yang buat dan kat mana, teknik tu hebat juga, tapi rasa aku macam pernah tengok teknik yang di tunjukkan kat TV tu , ianya telah di gunakan di New Zealand, Hawaii dan beberapa negara eropa.Teknik yang sebegini memerlukan modal awal yang besar dan Return On Actual Capital Employed (ROACE) nya agak rendah. Tapi ianya menjanjikan keselamatan dan tahap kesihatan yang tinggi untuk ikan ternakan.

Aku juga nak cuba ternak 'udang gantung' didalam tangki turpaulin, mana lah tahu..boleh buat lauk..aku dah bosan makan udang ternak dari kolam sekitar tempat aku..ada juga abang ipar aku pergi menjala udang di laut kat rumah tu, dapat la juga..apabila di goreng rasanya cukup enak, udang ternak tak punya rasa udang segar yang sebegitu. Harga udang ternak di pasar PD adalah RM13 sekilo, saiz 15mm x 110mm, kalau udang laut..mahu kena bayar RM18 atauRM20 tu..

Semasa mencari teknik menangkap udang di internet , aku telah terjumpa teknik bubu yang digunakan di Kanada dan US. Sebenarnya aku tak tahu pun yang udang boleh di tangkap secara komersial dengan menggunakan bubu.Aku akan tiru rekabentuk bubu tersebut dan ubahsuai untuk kegunaan di perairan Malaysia..!Aku memang suka tangkap udang, makan udang lagi aku suka..mana lah tahu..dapat sikit sikit udang pun kalau dihimpun kan..jadi banyak, tak payah lah aku beli udang! Aku telah diberitahu oleh Ina yang semasa hayat datuk nya dulu, dia menyara hidup keluarga dengan hasil dari jualan udang galah, yang dia pancing sendiri! Adakah tempat tersebut akan menjadi kawasan target aku? Terimakasih nanggut mertua ku, nanti cucu gi letak bubu kat situ, boleh lah beri cicit nanggut makan udang galah segar!Tempat tersebut juga ada banyak buaya..masalah nih..

Monday, July 28, 2008

Duit duit..menjana la pulak..

Blog yang lepas tentang trimming atau tampal lobang yang perlu di buat atau boleh dilakukan jika perlu. Blog kali ini kita bercerita tentang bagaimana nak menjana pendapatan sampingan untuk jangka panjang dan jangka pendek. Semenjak saya muda lagi saya telah di kenali sebagai seorang yang sentiasa punya idea mengarut, saya tak kisah, sebab saya memang mengarut! Hasil dari idea idea yang mengarut yang terdahulu telah banyak menjana pendapatan sampingan untuk saya dan keluarga. Jika anda juga punya idea yang anda rasakan mengarut, silalah kemukakan, mana lah tahu mungkin idea mengarut anda boleh digunakan oleh orang lain untuk menjana pendapatan mereka, anda tidak akan dapat keuntungan dari segi wang ringgit tetapi insyaallah ilmu mengarut yang anda turun kan itu akan menjadikan anda seorang guru!

Idea untuk menjana pendapatan.

1.Jadi towkay ikan kolam.
Idea ini pernah saya ketengahkan dahulu tetapi tidak ada yang nak cuba dengan bersungguh sungguh. Pada awal bulan July tempohari anak saudara saya telah terbuka hatinya untuk mencuba idea ini.Itupun setelah dia lihat sendiri perbezaan harga di kolam dan di pasar. Pada hari in dia punya suatu hobi yang mendatang kan hasil yang agak lumayan untuk nya.Ikan yang di tangkap pemancing di kolam ikan dibeli olehnya dan di jual semula kepada pembeli dan penjual ikan di pasar.Perbezaan harga yang cuma beberapa ringgit tersebut di manfaatkan dengan baik, pada hari ini dia punya permintaan untuk lebih kurang 50 kg ikan tiap hari. Dia suka memancing, seorang pemancing 'hard core', kalau terjumpa dengan pemancing OKU berkerusi roda dimana mana kolam pancing, cuba lah tanya sama ada dia di panggil Along..
2.Jadi pengasuh dan teman kepada warga emas.Tawar kan diri anda untuk menjadi peneman warga emas.Anda cuma perlu berkerja selepas waktu pejabat atau pada hari minggu dan cuti. Mengikut kiraan saya, agak lumayan nih..! Warga emas adalah kumpulan yang sentiasa di tinggalkan anak-anak, apakata anda tawarkan diri untuk menemani mereka , dengan upah yang mereka mampu bayar atau anak mereka mampu bayar.Tugas anda hanya menemani mereka bukan nya jururawat peribadi, itu lain kosnya, lagi tinggi!
3.Iklan kan diri anda sebagai ' free lance purchaser' atu 'pembeli bebas'. Tugas ini memerlukan anda menjadi 'pembeli' untuk pelanggan anda. Senang nya macam ni lah..anda tentukan apa yang anda pandai beli, tawarkan khidmat tersebut, lumayan! Ada ramai orang yang tak punya masa nak gi shopping barang keperluan dapur, ini lah peluang anda.
4.Tawarkan diri untuk menjadi seorang 'handy man' atau 'mr. serba boleh', apa saja yang boleh mendatangkan upah, anda sapu lah..!Tugas ini dalam perkataan yang lebih indah di sebut 'runner'.
5.Jadilah seorang pembekal keropok di tempat anda. Jika anda tinggal di penempatan yang beribu orang ramainya, dapatkan satu lori keropok yang sedap, lumayan walaupun anda cuma mengambil untung 20 sen sebungkus !
6.Jadilah seorang towkay karaoke. Anda punya set home theatre yang canggih? Gunakan projektor atau flat screen yang besar, rumah anda dah boleh menjana pendapatan!Jangan lupa buat 'sound proofing' dulu..kalau tidak, puas melayan lawatan polis yang di panggil jiran kerana bunyi bising set karaoke anda!Kalau nak selamat, jangan jual benda yang menyalahi undang undang dan agama..
7.Tawarkan diri untuk tugas mengecat , bukan sebarang mengecat..hasil artistik anda yang memang suka melukis graffiti! Hallo brader, jangan sia sia kan hasil seni tengah malam awak tu..boleh buat duit tu..kalau awak seorang pelukis graffiti yang bagus, dan tak dapat cari makan dengan kebolehan awak, hubungi saya! Mungkin kita dapat berkerjasama, win win situation!
8.Jadilah tukang masak part time! Kalau anda memang handal memasak sesuatu jenis kuih atau kek atau segalanya bagus, tawarkan diri utunk memasak kepada pelanggan atau jiran anda! Barang disediakan oleh pelanggan, anda cuma mengambil upah memasak. Jika anda pakar, anda tak perlukan sebuah kedai atau restoran! Dapur canggih anda akan membayar sewa rumah atau bayaran bank, tiap bulan.
9.Jadi pembekal gas memasak. Anda tinggal dikawasan yang tinggi kepadatan penduduk, flat? Dapatkan 5 atau7 selinder gas memasak, kempen kuat sikit la, iklan adalah suatu yang sangat penting! Anda bukan nak buat gudang simpanan gas memasak, anda cuma menyediakan khidmat kejiranan, sentiasa maintain 5 selinder penuh, anda akan nampak hasil nya walaupun cuma dengan lima selinder. Cukup lah untuk bayar bil elektrik.
10.Jualkan kepakaran anda. Mengurut? menggunting rambut? rawatan facial? mengasah pisau?mandi lulur? make up ?menjahit pakaian? menyanyi? berzanji?memujuk?mengayuh keno? memancing ? menggosok pakaian?mengilat kasut? bermain chess, dart, pool, tenis, badminton?main gitar atau muzik? Anda boleh menjualkan nya dimajlis birthday anak jiran, ulang tahun perkahwinan atau menjadi pasangan bersukan mereka yang memerlukan. Kepakaran anda sangat berharga. Anda tidak perlu membayar untuk tulisan saya ini, bukan sebab saya dah kaya atau tak ada sesiapa yang nak bayar, saya sedang memberitahu anda idea yang mungkin akan ada sesiapa menggunakan nya dan mendapat menafaat dari nya, insyaallah mungkin saya boleh dapat sedikit pahala..kalau ada rezki..

Kalau nak yang boleh menjadikan anda orang kaya baru atau milionair pun ada..tapi itu anda kena bayar fee dulu..!

Friday, July 25, 2008

Duit duit..leteran panjang

Ada beberapa orang kenalan yang telah bertanya kepada saya bagaimana dapat di tingkatkan pendapatan mereka, soalan saya kepada mereka adalah mengapa perlu ditingkatkan pendapatan tersebut? Hampi kesemuanya mempunyai sebaba yang sama, kekurangan pendapatan berbanding perbelanjaan. Saya juga menghadapai masalah yang sama! Kenalan saya yang mempunyai pendapatan 3 kali ganda pendapatan saya juga mempunyai masalah yang sama! Pernah kah anda tahu tentang pepatah melayu yang berbunyi ' besar periuk , besar lah kerak nya'? Pernah kah anda terfikir adakah betul pepatah tersebut atau cuma cerita kosong sahaja? Saya memilih topik ini untuk blog kali ini bersempena dengan kenaikan kos hidup akibat dari kenaikan harga bahan api iaitu minyak.

Dalam usaha saya untuk mengatasi kemelut hutang keliling pinggang dan mencukupkan belanja keluarga, ada beberapa perkara yang telah saya lakukan.Antaranya adalah:
1. Tukar gaya merokok dari rokok yang telah siap dibalut kepada rokok balut sendiri. Ini adalah kerana barangan siap telah dikenakan berbagai cukai dan kos upah keatasnya. Itu menyebakan harga nya meningkat tinggi. Jika kita boleh membeli barangan asas(tembakau) dan balut sendiri, ianya akan menjadi sangat murah!Kira lah kos2 kotak Dunhill 20 x 30 hari kali 12 bulan. 1 bungkus Bison seminggu kali 52 minggu setahun. Beza kos:Kos Bison cuma lebih kurang 10 % dari kos Dunhill.
2. Elakkan membeli kereta baru jika tidak betul betul memerlukannya. Melainkan kereta baru tersebut boleh menjana pendapatan. Perbezaan kos antara sebuah kereta terpakai berumur 5 tahun dengan sebuah kereta baru dari jenama yang sama adalah 50% lebih rendah dengan menggunakan kereta terpakai. Ini adalah kerana kereta terpakai, kos cukai nya di tanggung oleh pengguna terdahulu.Kereta baru perlu digunakan selama 10 tahun untuk ianya menjadi berbaloi.
3.Elakkan dari barangn berjenama yang mahal.Jika perlu juga, dapatkan yang ciplak. Anda tak perlu ianya tahan lama, apa yang anda perlukan adalah jenama tersebut! Alatan make up dan ubatan tolong jangan beli yang ciplak..lagi tinggi nanti kos nya!Anda tidak perlu menggunakan ubatan yang sangat mahal jika ada alternatif yang lebih murah dan bagus.Anda tidak perlu beli ubat pelansing badan, yang perlu adalah cara yang betul untuk menurunkan berat tersebut!
4.Kurangkan makan kat luar melainkan ianya ditanggung oleh sponsor! Bila ada jemputan kenduri, pergilah! Anda tak perlu menyumbang duit ringgit pun..Orang tu buat kenduri, biarkanlah dia dapat pahala dari kenduri tersebut, mengapa perlu anda curi pahala dan keberkatan kenduri nya dengan membayar untuk makanan yang dia jemput anda datang makan? Saya memang tak ada 'menghulur', biasanya saya akan bertanya tuan punya kenduri tu, adakah dia perlukan bantuan keewangan dari saya, kalau dia perlu, saya akan berikan samaada dalam bentuk pinjaman atau hadiah, kalau tidak perlu, mengapa saya perlu bersedekah kepada yang tidak memerlukan?
5.Elakkan dari buat ronovation rumah. Kalau perlu juga, biarkan profesional yang uruskan kesemuanya.Awak cuma tahu rumah itu siap dan bayar la..apalagi!Jangan sesekali campur tangan semasa pembinaan, mahu lari budjet kalau tuan rumah campurtangan! Lari laju pulak tu..ada lah lebih kurang 100%!
6.Gunakan kenderaan awam apabila ada kesempatan.Saya cuma akan memandu hingga ke stesyen commuter untuk ke KL. Di KL gunakan lah LRT , rapid dan yang sewaktu dengan nya.Kos boleh dikurangkan sehingga 50%. Duit budget untuk tol dan petrol kami gunakan untuk makan sushi, masih banyak bakinya.Naik flight Air asia, jimat banyak tu..Walaupun saya takut naik bas express, saya tetap menggunakan servis tersebut apabila jalan sendirian. Perjalanan yang kalau drive sendiri kena sediakan rm1k, cuma dalam rm200 dengan bas express.
7.Gunakan segala kemudahan percuma atau diskaun yang di sediakan majikan atau sponsor! Saya cuma berkaraoke di kelab yang majikan sediakan, beriadah di kelab yang sama, belanja famili makan mee pun disitu! Mengapa perlu bayar untuk keahlian sebuah kelab dan bayar yuran tiap bulan sedangkan saya boleh dapatkan sesuatu dengan percuma?
8. Jangan berlanggan dengan ASTRO! Bukan saya anti syarikat ini, saya cuma tak suka nak bayar tiap bulan kepada mereka! Memang tak mahal, cuma RM60.0 sahaja sebulan, setahun dah rm720! Ada TV 1,2,3,7,8, free..iklan lebih sikit la..ASTRO pun ada iklan gak..! Dah ada DVD,PC, tak cukup lagi ker ? Ada banyak masa nak di buang ker?
9. Cuci kereta sebulan sekali jer..lebih lebih dua kali..RM12.0 X 2 baru RM24.0, murah kan? kalau 12 bulan x rm 24.0, dah RM288.00banyak kan!
10. Berhenti berlanggan surat khabar. Tengok berita jam 8 malam, cukup dah tu! Nak extra ambil dari internet, waktu office la..atu pergi minum di kedai yang ada sediakan surat khabar! 20 tahun dulu saya ada perniagaan membekalkan surat khabar, hampir kesemua pelanggan kami membelanjakan +- RM50.00 sebulan, x dengan 12 dah jadi RM 600.00 tak banyak ker tu ? Itu 20 tahun dulu..sekarang?
11.Kurangkan berbelanja untuk kawan - kawan , mereka pun ada gaji, bayar sendiri lah..baru gentleman kan..!Saya sentiasa akan bayar sebaik sahaja di serve kan makanan. Sebab saya tak suka orang lain bayar makanan saya dan saya cuma bayar makanan saya sahaja, walaupun kami pergi makan bersama sama, saya tak pernah merasa malu kerana tidak mampu menyara kawan -kenalan saya makan!
12.Berhenti minum arak. Arak adalah antara lubang terbesar dalam menghabiskan duit gaji seseorang! Berhenti berjudi. Judi menjadikan rezki tidak berkat, mana nak cukup kalau dah tak berkat.Towkay babi Sepang pun boleh jual kandang kalau lebih berjudi! Seorang saudara saya selalu merungut tidak cukup duit, jadinya dia selalu melabur dengan Magnum, RM150.00 seminggu kalau X 4 minggu dah RM600.00 sebulan , kalau X 52 minggu dahRM7800 setahun, banyak tak ? Dia kena RM5K,6K, paling besar rm20k, semua habis juga! Kenalan saya towkat jentera tuai padi, asyik naik turun Genting, dari 5 jentera dah tinggal satu, itupun dia tetap kata kat saya yang ada masa 'banker Genting' bust dan penjudi menang..dari 5 mesin jual habis tinggal satu..payah saya nak percaya! Dia cuma menang seorang isteri dari Genting! Saya pernah belajar matematik tentang subjek 'Bangkali', anda semua pernah berlajar subjek tu?Kalau nak berjudi, mengaji semula subjek 'bangkali' , mungkin boleh berjaya!
13.Pernah anda semua kira kos pakaian kerja ? Kira lah, saya pernah tulis blog tentang kos ini!
14.Adakah anda benar benar perlukan hp yang canggih yang ada kemudahan seperti sebuah office bergerak? Saya selalu di kutuk kerana hp saya yang sangat murah dan basic sahaja tu..Camera pun tak ada! Saya selalu bertanya kepada rakan dan taulan yang punya hp canggih, 'awak gunakan ker kemudahan yang ada tu? adakah kos nya lebih rendah dari gunakan PC ?adakah ianya mampu membawa pulangan dari segi keuntungan atau kemudahan atau keewangan kepada awak? Jika jawapan nya YA, o.k teruskan , jika jawapan nya tidak, mengapa di gunakan? Setiap hp saya akan saya usahakan ianya membawa pulangan keuntungan untuk saya, jika hp tersebut tidak dapat membawa pulangan lebih dari nilai harganya, hp itu tidak berguna untuk saya!Saya telah menghasilkan lebih dariRM 100k tunai dengan bantuan dari pengunaan beberapa buah hp!

Dah terlampau panjang pulak blog kali ini..jika anda masih berminat untuk mendengar atau membaca leteran saya..hantar message jer lah yer..penat lah..nak balik main golf kejap!

Bye..selamat bercuti hujung minggu! Anda semua tahu tak yang hujung minggu pun kita masih boleh 'buat duit'?..O.K O.K.O.K..saya berhenti sekarang..fikirkanlah yer..!

Thursday, July 17, 2008

Angin , resah dan hati

Hangat malam, aku resah.
Jendela ku buka luas, mendesah angin menerobos
masuk ke bilik, memainkan muzik indah alami, lagu angin..lagu rindu...
Bisikan angin ditelingaku, menerbitkan rasa rindu dan kenangan.
Rindu pada kebebasan , rindu pada kesunyian
Rindu pada lagu alam,
semasa alun mencecah luan..berlari terus ke buritan
Rindu pada sentapan jenak, rindu pada tarian akrobat talang
rindu pada pecutan tenggiri, rindu pada rakusnya trevaly
Ahh angin, pencetus rindu
rindu...mengimbau seribu kenangan!

Bersama sebuah sampan buruk
Kilat dikaki langit menerangkan malam gelita
mendung berbaris bertingkat dua pending
Terkenang masa lampau, aku dalam pencarian
mencabar alam mencari diri, anak jantan!
Yang dicabar bukan alun atau gelombang
Yang dicabar adalah hati, cekal lah kau
menghadapi gelombang, cekal lah kau
menghadapi ribut dan taufan
Dalam badai yang menggila,
bergemuruh
tiupan angin
membukit gelombang beralun
dengan sebuah sampan buruk aku membelah kesemuanya
untuk pulang ke pantai, untuk pulang,
terlalu ramai yang sedang menanti, dengan penuh harapan
pada sebuah kehidupan.
Aku mencari kecekalan hati anak jantan,
Yang aku temui, kunci penyingkap tabir sebuah perjalanan.
Sebuah perjalanan dimana ketibaan bukan lah suatu yang dinantikan.

Wednesday, July 09, 2008

Pelayaran ke Mayotte



Monday 7-7-2008.
Selepas urusan kemasukan Norzan ke sebuah collage di Kota Kemuning aku telah berlepas ke Sebana Cove untuk berjumpa dengan beberapa orang kenalan dan rakan yang akan berlayar ke pulau Mayotte (berhampiran Madagascar) beberapa hari lagi. Dari lebuhraya utara -selatan menghala ke arah Johor Baru, aku telah keluar kat exit Kulai, perjalanan diteruskan ke Kota Tinggi.Aku harap Ina masih ingat jalan untuk ke Desaru sebab Sebana Cove terletak berdekatan dengan Desaru.Kami tidak pernah ke pergi Sebana Cove sebelum ini. Kami sampai ke destinasi lebih kurang jam sebelas malam. Rie telah sampai pada waktu tengahari, semasa aku telifon, dia sedang makan tengahari. Rie tunggu aku kat 'Marina & Club House'. Selepas check in aku berborak sedikit dengan Rie, Philippe tuan empunya kapal layar Yok Yor sedang tidur, Za isteri Rie sedang dalam perjalanan dari KL ke Sebana dengan seorang lagi crew bernama Chris, dari Oxford, England dan di jangka akan tiba pada jam dua pagi nanti, aku balik ke bilik untuk tidur. Selesai sudah urusan hari ini.

Selasa 8-7-2008.
Pagi yang indah! 06.00 alarm dari handphone mengejutkan aku bangun. 08.30 aku call Rie yang mungkin masih lena di buai alunan lembut air lagoon kat marina Sebana Cove.Yok yor yang dicat putih kekuningan ( seperti warna susu isian pekat manis!) kelihatan sungguh istimewa. Sebuah perahu besar tradisional melayu jenis Pinis, buatan Pulau Duyong Trengganu, didalam kelompok kapal layar dan 'motor yacht' dengan reka bentuk eropah yang lebih moden, Yok Yor terserlah keindahan nya yang tersendiri. Yok Yor tidak sehebat Silolona dari segi rupa dan saiz, Si lolona adalah sebuah hotel mewah yang terapung dan Yok Yor adalah tempat tinggal atau rumah terapung keluarga Philippe. Tetapi dia sungguh istimewa di mata ku.

Rie menjemput kami ke Yok Yor, Za isteri nya yang hanya aku kenali melalui panggilan telifon di perkenalkan kepada aku dan Ina.Subhanallah rupa rupa nya aku dan Ina memang pernah mengenali Za sejak beberapa tahun dahulu! Aku berkenalan dengan Za di Pulau Perhentian pada tahun 2003, Ina mengenali Za pada tahun 2004 semasa dia mengikuti aku untuk menghadiri pameran lukisan terpanjang yang di lukis didalam air di Balai Senilukis negara. Lukisan itu telah aku lukis bersama kawan-kawan di Pulau Lang Tengah. Ini adalah sebahagian dari kempen kesedaran penjaggan batu karangan laut oleh NGO Coral Malaysia. Aku sungguh gembira dapat berjumpa semula dengan Za yang kami panggil Azizah.Aku hampir tidak mengenali dia, agak tembam, dia sedang mengandung anak pertama, dah lima bulan. Itulah sebab nya mengapa dia tidak dapat mengikut Rie dan yang lain -lain berlayar ke Mayotte.Lima atau enam minggu pelayaran tanpa henti mungkin akan memberi tekanan yang hebat keatas seorang ibu yang sedang sarat mengandung. Za kata doktor beri dia kebenaran untuk berlayar, aku tak percaya!
Kami berlima , termasuk Nazirah pergi bersarapan di sebuah pekan kecil bernama Sungai Rengit, 15 km dari Sebana. Kedai makan tu cukup bersih.Ada jual lontong, nasi lemak, roti canai, soto dan..buah durian! Nasib baik kesemua mereka cuma makan sarapan tanpa buah durian, kalau tidak..mahu mabuk satu kapal tu nanti dengan bau sendawa 'durian peram'! Kalau sarapan kat resort tu satu kepala dia kira RM35.00, kami makan kat luar, siap bungkus untuk tiga orang kawan yang tinggal kat kapal tu , baru RM38.00!

Kami berbual panjang diatas kapal selepas sarapan. Lebih tepat lagi selepas 'brunch'! Breakfast + lunch! Philip telah menjawap soalan soalan aku dengan tepat tanpa perlu berbelit belit.Nasib baik dia jenis yang jawap tepat, sebab orang Perancis ni jawapan dia selalu nya agak berbunga bunga! Kapal Yok Yor punya lima kabin, dua double, dua single dan satu master cabin. Dari master cabin yang terletak dibahagian buritan kapal, master dapat mengemudi kapal tanpa perlu keluar dari kabinnya. Ini adalah satu ciri istimewa yang aku dapati diatas kapal ini.Menurut Philip, ianya memang sengaja di buat begitu sebab selalunya dia cuma berlayar dengan isteri dan anak anak, tanggung jawab mengemudi kapal adalah terletak di bahu nya, dia tidak mahu tidur didalam kabin yang memerlukan dia menjengah keluar dari bawah dek untuk memandu, dia lebih suka memandu sambil lepak di atas dek dan sentiasa dapat memerhatikan keadaan sekeliling. Master cabin terletak diatas dek, kabin yang lain terletak dibawah dek.
Dia juga menjawap soalan aku bagaimana untuk menjana pendapatan semasa berlayar. Aku puas hati dengan jawapan yang ringkas tetapi tepat. Aku akan kongsi salah satu jawapan tersebut dengan anda semua, 'sediakan satu sumber pendapatan yang akan sentiasa menghasilkan tunai untuk anda walaupun dalam jumlah yang sederhana.Contoh nya sebuah rumah yang disewakan. Pendapatan yang sederhana tetapi konsisten adalah lebih bermakna dari pendapatan yang tidak stabil walaupun lebih besar'.

Fasa pertama pelayaran: Sebana Cove menghala ke Indonesia melintasi Selat Sunda menghala ke lautan Hindi.Di fasa ini di jangkakan enjin perlu digunakan untuk pelayaran. Layar akan dinaikkan dan dibantu oleh enjin.
Fasa kedua pelayaran: melintasi lautan Hindi dengan keratan rentas sependek mungkin. Ini bermakna pelayaran ini adalah merentasi lautan bukan nya menyusuri pantai.
Fasa ketiga: Ketibaan di benua Afrika dan Mayotte.
Jika di kira dari selat Singapura, perjalanan ke Mayotte secara keratan rentas adalah sejauh 4150 batu atau 6680 km ataupun 3600 nautical miles. Perjalanan sebenar akan menjadi lebih jauh dari jarak kiraan, bergantung kepada laluan dan tiupan angin. Philip menjangkakan perlu menggunakan 500 liter diesel untuk perjalanan ini sehingga mereka memasuki lautan Hindi, dimana tiupan monsun yang kuat akan membolehkan kapal berlayar tanpa perlu menggunakan enjin.

Thursday, July 03, 2008

Malaysia oh tanah air ku

Hari ini aku kena pergi buat Kad pengenalan baru, ini semua gara gara apabila aku buat pemohonan untuk membuka akaun di Maybank.Semasa di masukkan kad pintar aku ke 'pembaca kad pintar' kepunyaan Maybank, pembaca kad tersebut tidak dapat membaca atau tidak mengenali kad pengenalan pintar aku, dah rosak agaknya 'microchip' tersebut. Aku pun pergi ke pejabat pendaftaran untuk menukar kad pengenalan dengan chip yang rosak tu kepada kad pengenalan yang lebih pintar dari itu. Bayaran sebanyak RM10 di kenakan untuk pertukaran tersebut. Aku terpaksa menghabiskan waktu beberapa jam pada pagi ini untuk urusan membuka akaun dan kad pengenalan pintar itu. Aku selalu berpendapat yang teknologi dan sistem yang digunapakai di Malaysia adalah cukup canggih hampir setanding dengan negara maju yang lain. Terbukti pada hari ini yang anggapan aku agak tidak tepat.
Pada tahun 1995 aku telah di hantar bertugas sebagai pegawai 'expatriate' dengan syarikat joint venture Shell dan Mitsubishi di Singapura. Semasa disana gaji dan elaun aku kena di bayar melalui bank di Singapura. Aku telah membuka dua akaun, satu di bank simpanan Singapura dan satu lagi di Bank perdagangan milik syarikat Jepun, Dai Ichi bank. Di kedua dua bank proses membuka akaun sungguh cepat, aku cuma perlu tunjukkan passport dan 'Singapore green pass', Hanya dengan maklumat tersebut mereka telah bersetuju untuk membuka akaun untuk aku. Aku tidak perlu duduk pun untuk urusan tersebut! Ahh..Malaysia oh tanah air ku..pada tahun 2008 sebuah bank yang sangat maju di Malaysia, masih belum setanding dengan 'bank simpanan pejabat pos' Singapura pada tahun 1995..Aku gunakan khidmat 'nets' dari bank simpanan tersebut untuk segala macam bayaran, termasuklah membayar tambang teksi yang berharga S$3.00! Dimana mana kawasan 'expo' jualan, penjual akan bertanya ' your nets card please' untuk pembayaran, walaupun belian kita tidak sampai S$10.00. Apabila aku shopping kat JB atau Batam, terpaksa lah aku bawa duit tunai.
Tadi aku juga ditawarkan produk untuk pelaburan oleh seorang pegawai bank, apa yang aku perlu buat adalah menabung sebanyak RM100.00 setiap bulan dengan cara potongan dari akaun, keuntungan ditawarkan sebanyak 4% setahun.Keuntumgan 'sepenuhnya' akan dapat aku nikmati selepas lima tahun pelaburan.Aku pun mengira, setahun RM1200 x 5 TAHUN = RM6000.00, ditolak upah pengurusan dan insuran sebanyak 20% tinggal lah RM4800.00! Aku tanya pegawai tersebut dia tahu tak yang remiser stok market baru ambil 1% untuk upah pengurusan? Mengapa bank dia nak ambil sampai 20%? Mahal nya! Tak jadi aku melabur dengan mereka.

Thursday, June 26, 2008

Naikkan layar Agung!

Semalam seorang kawan dari Langkawi hubungi aku, dia minta maaf sebab tak sempat jumpa semasa dia datang ke KL semasa dalam perjalanan ke Pulau Duyong bulan lepas. Aku tak kesah sangat hal tu, ialah jadual masing-masing memang sangat ketat.Kami rancang untuk berjumpa di PD, bapa mertua dia tinggal di KL dan ada condo kat PD, jadinya tak perlu lah nak sewa hotel. Aku dah janji nak belanja dia dan keluarganya dinner, tak kesampaian pulak.Teringin juga aku nak berjumpa dengan isteri dia dan perkenal kan kepada keluarga aku. Isteri dia seorang dive master yang berpengkalan di Kok Lipe Thailand. Kami selalu bercakap melalui H/P dan selalu sms tetapi aku tak pernah jumpa Za ataupun dikenali juga sebagai 'orang laut'! Dengar cerita dari suami dia Rie, Za sedang mengandung tiga bulan sekarang ini.
Rie telipon semalam sebab nak beritahu aku yang dia akan pergi belayar ke Pulau Mayotte dalam tempoh dua minggu lagi, aku menjadi sangat teruja! Kapal layar tu nama dia Yok Yor. Sebuah kapal layar kayu buatan Pulau Duyong, Kuala Trengganu. Kapal jenis Pinis dengan dua tiang layar dan menggunakan layar gaya Jong China! Rie menganggarkan aku perlu siapkan RM4K untuk perbelanjaan penerbangan balik dan RM1K untuk membantu dalam perbelanjaan bahan api dan makanan.Aku sangat gembira dan berjanji akan berusaha untuk pergi berlayar dengan dia. Kapal tersebut kepunyaan kenalan Za dan Rie yang kena di bawa ke pulau Mayotte untuk tujuan percutian disana, isteri tuan kapal tu tak dapat ikut, selalunya mereka cuma belayar berduaan sahaja, sebab itu tuan kapal tu ajak Rie ikut dia, dan Rie ajak aku untuk bersama mereka. Pelayaran akan mengambil masa selam empat atau lima minggu, aku pun minta cuti selama 6 minggu! Cuti aku masih ada cukup banyak untuk cover perjalanan ini.
Sebaik saja aku kemukakan permohonan cuti, Big Boss telah menolak permohonan aku dengan alasan cuti kesemua pekerja dibekukan sepanjang tempoh projek Major Turn Around 2008 yang sedang berlangsung sekarang ini.Aduh..kecewa rasanya walaupun dia kata bulan Ogos kalau aku mahu boleh lah aku pergi bercuti panjang! Bulan Ogos dah lambat dah..apa boleh buat, kalau dah bukan rezki.
Tujuan Rie nak ikut ke Mayotte tanpa perlu bayaran adalah kerana dia juga nak mencari pengalaman berlayar kapal Pinis dengan layar jong, sama macam hasrat aku juga. Kapal layar Pinis Rie akan dimulakan pembinaan nya dalam bulan Oktober ini, kapal aku kena tunggu pertengahan bulan July baru boleh pasti sama ada akan di bina atau di beli atau di tunda ke suatu masa hadapan, sekali lagi..
Aku perlukan pengalaman berlayar merentasi laut dalam - blue water sailing untuk tujuan sijil atau ticket kapten kapal layar! Tawaran untuk berlayar di Telok Siam dari syarikat yang mengendalikan sekolah kapal layar kat Thailand memang ada, belanja dia cuma lebih kurang RM5K, tetapi mereka gunakan kapal jenis Jeannu atupun Benneatu dengan layar jenis Bermuda. Kebanyakan kapal layar moden menggunakan layar jenis ini. Kapal yang aku cadang nak bina tu akan menggunakan layar jong China..kurang sesuai la nak training dengan dia orang. Kalau tidak berpeluang mempelajari cara mengendalikan kapal dengan layar jong China, mungkin aku akan terpaksa gunakan layar Nade gaya Indonesia yang lebih kurang macam Bermuda juga. Layar moden sangat mahal, tak mampu aku rasa nak gunakan.
Sabar jer lah..

Wednesday, June 18, 2008

Jokes again

Today, 02:42 PM

Pericles
vbmenu_register("postmenu_209631", true);

Senior Member

Join Date: Sep 2006
Rep: 537 Posts: 1,277
Location: London
When I was 14, I hoped that one day I would have a girlfriend.When I was 16, I got a girlfriend, but there was no passion, so I decided I needed a passionate girl with a zest for life.In college I dated a passionate girl, but she was too emotional. Everything was an emergency; she was a drama queen, cried all the time and threatened suicide. So I decided I needed a girl with stability.When I was 25, I found a very stable girl but she was boring. She was totally predictable and never got excited about anything. Life became so dull that I decided that I needed a girl with some excitement.When I was 28 I found an exciting girl, but I couldn't keep up with her. She rushed from one thing to another, never settling on anything. She did mad impetuous things and made me miserable as often as happy. She was great fun initially and very energetic, but had no direction. So I decided to find a girl with some real ambition.When I turned 31, I found a smart ambitious girl with her feet planted firmly on the ground and married her. She was so ambitious that she divorced me and took everything I owned.I am now older and wiser.I am looking for a girl with huge magumbos.
__________________Whilst entitled to your own opinion, you are not entitled to your own facts!

Friday, June 13, 2008

Hobi aku

Salah satu hobi aku adalah melukis.Aku b ukan seorang pelukis profesional yang menyara hidupnya dengan lukisan. Ini hanya cuma suatu hobi sahaja. Walaupun begitu, aku cuma melukis apabila aku rindu untuk melukis.Itu bukan gambar ombak Tsunami yang melanda Acheh, itu adalah 'serangan kedua' yang doktor aku janjikan akan menyebabkan aku mati.

Ini gambar gelembung udara yang dilepaskan oleh penyelam yang sedang berada di bawah aku.Pada ketika itu aku sedang berada pada jarak 15kaki dari permukaan, sedang buat 'safety stop'. Penyelam tersebut sdang berada pada paras 60 kaki dari permukaan.- Batu Loceng, P.Perhentian






Ini gambar yang aku lukis semasa sedang snorkel pada jarak 45 kaki dari dasar laut. Gambar ini dari berbagai sudut.








Perjalanan ini terasa amat mengasyikkan..















15 kaki didasar laut . Pulau Perhentian Kecil.
Semasa aku turun tu langit masih cerah, semasa aku naik, hari dah gelap dan hujan!











Ini hobi yang lain, masih melibatkan air. Tenggiri batang tu berat dia 6 kg seekor! Semasa aku pulang ke Kedah Jumaat minggu sudah, adik aku - Samurai ajak aku gi ke laut. Dekat aje..Laut agak bergelombang pada hari tu. Adik minta aku jaga kemudi semasa balik, dengan enjin Hino 700 tanpa turbo, 90 minit kami dah sampai balik ke Kuala Sungai Udang, Yan.Tekan hampir habis! Boleh tahan juga lajunya bot 12 ton adik aku tu.Semasa menunggu masa untuk angkat pukat, sempat juga aku turun kan pancing.Thrill giler!!



















Wednesday, June 04, 2008

Berkumpul dan bermuzakarah

Kakak aku buat kenduri untuk menyambut menantu sulong dia pada 31-05-2008. Aku pula kena pergi 'Major Turn Around 2008 team building' di Klana resort Seremban, jam 17.00 baru selesai acara kat Klana, jam 18.00 aku dah sampai kat rumah kakak.Walaupun caterer dah berkemas untuk pulang,dia orang dah simpan kan juadah kenduri tu untuk aku. Just niceuntuk dinner aku! Lega rasa hati apabila dah selesai kesemua acara , bermula dari meminang, perancangan untuk majlis aqad nikah, kenduri di rumah pihak perempuan dan yang akhir sekali ini, kenduri di rumah keluarga pihak lelaki.Aku memang terlibat sepenuhnya sejak dari mula.Alhamdulillah ianya dah selamat dan berjalan lancar seperti yang di harapkan.

Abang aku telah datang dari Trengganu untuk memeriahkan lagi majlis, emak dan adik serta saudara mara dari Kedah juga turut hadzir.Peluang berkumpul ini kami gunakan sebaik mungkin. Kami bercerita panjang. antaranya tentang sistem pendidikan Malaysia, alam jin& malaikat berbanding alam manusia dan topik am tentang ugama Islam dan penganutnya.Apa yang ingin aku berkongsi dengan anda semua adalah cerita tentang ucapan salam.Kami beramai-ramai memberikan pendapat didalam perbincangn tersebut. Abang aku berpendapat yang salam memang patut dipanjangkan kepada yang bukan islam.Pendapat ini mendapat tentangan dari sebahagian dari kami.Kami juga berbincang tentang jawapan yang patut diberikan kepada yang bukan islam yang memberi salam.Sebagai menggulung hujah-hujahnya, abang telah berjaya membuktikan kepada kami yang ucapan salam sebenarnya bukan lah amalan orang islam.Ianya adalah amalan Arab yang telah diambil guna pakai oleh rasulallah dengan tambahan yang meletakkan nama allah didalam salam tersebut.Aku berpuas hati dengan perbincangan itu.

Kami juga berbincang tentang kegairahan beberapa bijak pandai ilmiah islam yang cuba berhujah untuk membuktikan islam adalah ugama yang sebenar. Contohnya mereka berusaha untuk membuktikan yang babi itu haram dan kotor, sebab itu ianya tidak patut dimakan.Untuk menjawap soalan abang 'mengapa aku tidak makan babi?' Jawapan aku ianya bukan sebab babi itu kotor atau penuh dengan kuman, aku tidak makan babi sebab itu adalah perkara yang haram. Aku tidak peduli sama ada ianya sedap atau tidak, busuk atau wangi, bersih atau penuh kuman, aku cuma percaya dan mengikut arahan dengan taat. Bagi aku ugama tidak memerlukan pembuktian, ugama memerlukan kepercayaan.Seperti mana aku juga menunaikan solat yang diwajibkan keatas umat islam tanpa perlu dibuktikan yang solat itu akan mendatangkan faedah kesihatan kepada aku.Aku tidak peduli pada itu semua, aku cuma mengikut arahan dan melaksanakan arahan tersebut dengan taat. Pernah pada suatu masa dulu aku di beritahu yang apabila seseorang itu menunaikan solatnya, hendak lah ia 'menghadzirkan' kaabah-kiblat dihadapan nya sebagai panduan kemana arah panduan kita sembah.Aku cuma berdiam diri sebab malas nak bertengkar.Sesal aku masih ada hingga ke hari ini kerana tidak menjawap kenyataan tersebut. Mengapa aku perlu 'menghadzirkan kiblat' tersebut didalam hati aku dan mengganggu konsentrasi aku semasa membaca surah-surah dan doa-doa semasa solat? Bukan kah setiap kali sebelum takbir aku telah menetapkan kearah mana aku mengadap dan apa yang aku hadap semasa solat? Mengapa perlu aku hadzirkan ia di hati atau fikiran ku sedangkan aku memang sedang mengadap kaabah?

Mungkin anda semua mempunyai pendapat yang berbeza dari aku, aku tak kisah, fikirkan lah.
Hari Jummat ini cuti, aku nak hantar emak dan adik perempuan aku serta anak-anak dia balik ke Kedah. Dah lama tak pi 'long distance', syok jugak.Teringat aku minuman nira nipah yang sangat terkenal di Yan, ermh..nap nyer..

Monday, June 02, 2008

Jokes

05-25-2008, 03:05 PM

Pericles
vbmenu_register("postmenu_204219", true);

Senior Member

Join Date: Sep 2006
Rep: 505 Posts: 1,267
Location: London
A stranger was seated next to a little girl on the airplane when the stranger turned to her and said, 'Let's talk. I've heard that flights go quicker if you strike up a conversation with your fellow passenger.'The little girl, who had just opened her book, closed it slowly and said to the stranger,'What would you like to talk about? ''Oh, I don't know,' said the stranger. 'How about nuclear power?' and he smiles. 'OK, ' she said. 'That could be an interesting topic. But let me ask you a question first. A horse, a cow, and a deer all eat the same stuff - grass. Yet a deer excretes little pellets, while a cow turns out a flat patty, and a horse produces clumps of dried grass. Why do you suppose that is?'The stranger, visibly surprised by the little girl's intelligence, thinks about it and says, 'Hmmm, I have no idea. 'To which the little girl replies, 'Do you really feel qualified to discuss nuclear power whenyou don't knowshit?'

Whilst entitled to your own opinion, you are not entitled to your own facts!

Friday, May 23, 2008

Koleksi batu permata.

Koleksi batu permata dan berlian aku yang dah tersangat banyak, agak membebankan keewangan aku. Para isteri telah mencadangkan agar aku berkongsi kegembiraan menghayati keindahan koleksi aku dengan orang ramai, ini dapat meringankan beban keewangan kami dan aku masih dapat meneruskan hobi koleksi batu permata. Aku rasa cadangan itu ada kebenaran nya.
Aku pun mula lah melakukan kempen untuk menjual beberapa butir batu permata koleksi aku kepada kawan kawan dan kenalan yang berminat. Aku tidak mahu menjual kesemuanya atau menjualnya secara terbuka kepada semua orang, aku cuma mahu menjualkannya kepada mereka yang betul betul berminat dengan permata tersebut, hanya mereka yang di undang akan diberikan peluang untuk melihat dan menawarkan harga. Senang cakap, ' by appointment please'.
Kenalan kami agak hairan apabila ditunjukkan koleksi berlian berwarna hijau, kuning dan champagne kepada mereka! Mereka cuma tahu satu warna untuk berlian, iaitu jernih atau di panggil juga sebagai putih.
Aku tidak tahu samaada anda semua meminati batu permata, gambar yang aku letakkan adalah gambar sebenar koleksi aku. Jika ada diantara anda yang meminati batu permata dan mempunyai koleksi atau baru nak mulakan koleksi atau memerlukan batu permata untuk perhiasan diri, cincin hantaran kahwin atau merasakan ianya adalah satu hobi yang bagus, bukan hanya sekadar perhiasan, aku sedia untuk bercerita/berbincang. Koleksi itu terlalu besar untuk aku paparkan disini, aku akan memerlukan satu site tersendiri untuk pamerkan koleksi tersebut!






Aku telah membelanjakan banyak masa dan wang semenjak 20 tahun yang lepas untuk tujuan membuat survey dikedai-kedai emas dan permata bersaiz kecil yang aku jumpa disepanjang semenanjung ini juga di Indonesia dan Singapura, juga di kedai yang lebih besar seperti Poh Kong, KM Oli, Habib, Wah Chan, Tomei d.l.l dan aku dapati mereka tidak punya koleksi seperti aku. Apa yang mereka punya, aku tak mampu nak beli atau tak berbaloi untuk aku beli! Ia lah, ' overhead ' mereka jauh lebih besar dari aku! Pada ketika ini aku mampu menawarkan harga yang jauh lebih rendah dari mana mana mereka, harga aku mungkin sehingga setakat 20 atau 30 peratus sahaja dari harga mereka!! Kebanyakan kedai besar hanya berminat untuk menjual cincin dari emas putih yang dipasangkan dengan berlian. Lama juga aku mencari sebab musabab nya sehingga lah terjumpa akan daku jawapannya! Emas putih bukan Platinum, Platinum bukan emas putih!Kesemua kenalan aku merasakan mereka tahu apa itu emas putih, sebenarnya mereka tidak tahu! Jadilah mereka mangsa penipuan, orang Kedah kata' muhong beradap beradap oo..'!
Aku merasa terpanggil untuk membantu kenalan yang mungkin akan memerlukan khidmat aku. Ada kenalan yang agak berbangga dengan kebolehan nya dalam membeli berlian dan batu permata, lalu aku bertanya dah berapa lama dia berurusan membeli batu permata? Hampir kesemua mereka tidak punya pengalaman sendiri, cuma pernah dengar nasihat dari seseorang tentang bagaiman nak kenal batu yang asli. Kebanyakan nasihat itu sudah tidak boleh dipakai lagi! Masa berubah teknologi berubah, nasihat atau petua juga patut berubah mengikuti perkembangan.




Jika saudara dan saudari memerlukan pandangan dan bantuan untuk membeli batu permata, sedia aku menawarkan khidmat. Aku juga punya ramai kenalan dan rakan yang amat menggemari apa yang aku panggil 'batu tok bomoh' atau' batu alam mistik'.Ramai yang menggemari 'batu cincin' dari kayu! Penggemar teras Teki, koka, nibung, kilo, bertam, raja kayu, buloh tumpat, buluh perindu, akar bahar, cintamani,cenuai dan macam-macam lagi lah..Ada suatu kumpulan lagi pada masa dulu - dulu yang menghafal nama-nama kayu seperti merbau, pinang baik,resak, kempas, meranti, medang kemangi, medang lebar daun, bintangor, kelat , chengal dan banyak lagi..tetapi tak ada pulak yang mintak untuk di buat cincin dari kayu tersebut. Heh..heh..heh.. itu semua kayu balak lah..!









Thursday, May 15, 2008

Who want to be a millionaire.

Who want to be a millionaire!!??

Beberapa hari yang lepas ada kawan lama aku telah call Ina, ajak kami berdua ke sebuah resort di PD.Hairan juga aku kenapa dia ajak kami ke Laman Sari Resort, tapi disebabkan dia tu kenalan yang aku dah kenal lebih dari dua puluh tahun, aku pun setuju saja untuk ke sana walaupun aku tidak dimaklumkan untuk apa. Kami diminta untuk hadzir pada jam 20.30, jam20.15 kami bertiga dengan Nazirah telah sampai. Suspence juga aku, dia ni nak ajak dinner ker? kenapa tak beritahu tujuan aku di ajak datang ke resort ni ? Kalau dia ajak aku sorang jer datang, gerenti aku tak datang nyer..! Aku memang tak suka keluar malam dengan kawan melainkan ada urusan yang tak dapat di tangguhkan atau urusan itu mesti sangat penting. Mungkin dia sangat mengenali perangai aku, sebab itu dia tak nak beritahu sebab nya mengapa dia nak aku hadzir di resort tersebut. O.K lah..aku tetap menghormati persahabatan yang di jalin selama lebih dari 20 tahun, tak sampai hati aku nak tolak permintaan dia.. Setelah bertanya pada receptionist kat tempat tu, aku bertambah hairan! 'malam ini cuma ada satu function jer encik, kat dewan di tingkat bawah, seminar yang dianjurkan oleh syarikat RAFA' Kawan aku tu jemput aku datang seminar? Waktu malam? Biar betul makcik nih..dah lama tak kena hamun agak nya!

Ina memujuk aku untuk tunggu dan mendengar apa yang akan di perbincangkan. Walaupun aku lebih suka berada di rumah pada ketika itu, disebabkan aku dah pun berada di dewan tersebut, tunggu jer lah..'Makcik' kenalan aku tu sampai bersama beberapa orang yang tidak aku kenali. Setelah bertegur sapa aku pun terus bertanya dia 'Nor , apahal nya yang kau ajak aku kesini? Kau nak belanja aku dinner atau kau nak aku belanja engkau?' ' tak der dinner dinner dah malam ni..aku nak engkau dengar cadangan yang akan dibentangkan ..mana tahu..boleh bisness sikit..'

Jam 22.45. Tetamu atau peserta semakin ramai memenuhi ruang dewan, ada lah lebih kurang 80 orang kesemuanya. Sessi ceramah pun bermula. 'Who want to be a millionaire!' Penceramah bertanya 'siapa yang nak jadi orang kaya sila angkat tangan' Ramai yang response! 'Siapa yang tak mahu jadi orang kaya, sila angkat tangan!' Aku seorang jer yang angkat tangan! Lalu aku diketawakan oleh para hadirin dan penceramah tersebut..sebabnya mereka semua tidak percaya bahawa ada orang yang tidak mahu menjadi orang kaya.. Ceramah berjalan dengan lancar. Aku merasa sangat terhina semasa mendengar ceramah tersebut dan terus memberitahu Nor yang telah mengundang aku ke situ ' Nor, its an insult to my inteligent to be here dear' ' Hang on Ari..' Aku sangat tidak berpuashati kerana penceramah tu bercerita perkara yang bagi aku sangat mengarut. Dia bercerita tentang kekuatan yang menggerakkan manusia adalah datangnya dari sinar " far infra red" Aku telah mencelah dan beritahu penceramah yang tenaga yang mengerakkan manusia datang nya dari gula, yang datangnya dari makanan seperti nasi. Penceramah tidak memperdulikan aku dan terus menerangkan tentang pengaruh ion negative keatas kekuatan manusia, ini termasuk lah kekuatan tenaga sex lelaki dan wanita! Lalu di buat demontrasi untuk membuktikan kehandalan kalung tenaga negative ion kepunyaan syarikat mereka. Memang agak hebat juga ! Dari tidak punya kekuatan, tetiba jer selepas pakai kalung tu..empat orang saiz kurus dapat mengangkat tinggi seorang lelaki dengan berat 85 kg hanya dengan menggunakan jari telunjuk mereka! Hebat hebat hebat..! Aku pun bertanya jika aku menggunakan kalung tersebut, adakah akan dapat aku mengangkat isteri aku dengan 'third leg' aku! Jawapan penceramah tersebut ' itu encik kena cuba la..'

Bayaran yuran keahlian adalah RM2060 / RM900/ RM300. ianya mengikut kemampuan bakal ahli, tiap hari akan dapat pulangan keuntungan, tugas ahli cuma untuk menaja orang lain menjadi ahli. Macam MLM yang sistem piramid gak..

Jam 22.30. Ceramah semakin rancak, aku sangat gelisah. Penceramah baru pula dijemput, dia tu mengaku yang dia sekarang ini adalah jutawan, dua tahun dulu dia miskin merempat, semenjak menjadi ahli, dia telah berjaya menjadi seorang jutawan! Dia pun bertanya ' siapa nak jadi jutawan?' gegak dewan tu dengan sorakan mereka yang nak jadi jutawan! Menyesal juga aku kerana hadzir disitu, dah jam 22.45 masih mencari jalan untuk menjadi kaya, solat insyak belum lagi..! Aku ajak Ina keluar dewan dan terus pulang kerumah. Aku tidak peduli dengan suara-suara yang bertanya mengapa aku dah nak balik, hormatlah sikit kepada penceramah tu..ah..peduli apa aku dengan jutawan baru tu..bukan baru hari ini aku jadi jutawan! Kalau mengikut anggaran aku, hasil dari risikan, hampir kesemua yang hadzir tu dah bersiap nak menjadi ahli, bayar yuran keahlian dan bersedia untuk melayari akaun mereka untuk melihat duit masuk pada jam 00.15 tiap hari..! Seronok nya mereka semua..! Tapi aku dapat merasakan yang penganjurlah orang yang paling seronok sekali! Kalau betul anggaran aku, dapat lah kutipan dari yuran keahlian malam tersebut lebih kurang RM150K! Seronok nyer dier..!!

13-05-08 @ 18.30. Aku berada di lorong Haji Taib, KL. kalung far infra red dan segala jenis macam barangan dengan 'aura' ion negative ada di jual! Ada yang punya simbol yang sama dengan yang kepunyaan RAFA! Kena beli paling kurang empat barangan, mereka jual borong..empat butir kalung, RM500.00 lebih kurang la..kalau jam, itu lebih sikit harganya, RM1000.00 empat buah..Aku bertanya nyonya tauke kedai tersebut, bagaimana kesemua benda jualannya yang berada disitu telah punya kekuatan ion negatif atau aura? 'Itu power aa..sudah kasi inject masuk ma..!' 'Berapa lama boleh tahan itu power?' 'Lapan tahun oo..cukup lama ma..'

'Who else want to be a millionaire?!'

Monday, May 12, 2008

Another jokes.

Today, 05:48 AM
cfvelie
vbmenu_register("postmenu_201288", true);

AHTS Capt.

Join Date: May 2007
Rep: 102 Posts: 105
Location: United States


Scotsman walking down the street sees a woman with perfect breasts. He says to her, "Hey miss, would you let me bite your breasts for $100? "Are you nuts?!!!" she replies, and keeps walking away. He turns around, runs around the block and gets to the corner before she does. "Would you let me bite your breasts for $1,000 dollars?" he asks again. "Listen you; I'm not that kind of woman! Got it?" So the Scotsman runs around the next block and faces her again ; "Would you let me bite your breasts just once for $10,000 dollars?" She thinks about it for a while and says, "Hmmm, $10,000 dollars; Ok, just once, but not here. Let's go to that dark alley over there ." So they go into the alley, where she takes off her blouse to reveal the most perfect breasts in the world. As soon as he sees them, he grabs them and starts cares sing them, fondling them slowly, kissing them, licking them, burying his face in them, but not biting them. The woman finally gets annoyed and asks, "Well? Are you gonna bite them or not?" "Nah", says the Scotsman... "Costs too much..."

Monday, May 05, 2008

Shopping barangan keperluan harian, troli supermarket & kegembiraan


Setiap bulan kami akan pergi shopping barang keperluan harian untuk kegunaan satu bulan yang akan datang.Biasanya tugas saya adalah tolak troli dan buat pembayaran.Kalau anak-anak yang dah besar ikut sekali, tugas diaorang lah untuk tolak troli tu..!Semenjak tahun 2000, saya pergi shopping di beberapa supermarket besar untuk tujuan ini, sebelum itu kami cuma akan beli beras, gula , susu dan tepung untuk kegunaan satu bulan, yang lain nya akan dibeli di kedai runcit apabila diperlukan. Oleh kerana sekarang ini ada dua buah rumah yang saya perlu tanggung perbelanjaannya, kena lah pastikan yang barang barang selain keperluan asas juga ada dan cukup untuk kegunaan satu bulan. Kami tak punya stok penimbal, kalau beras tak ada di pasaran, memang akan pening kepala..! Mungkin sepatut nya kena simpan beberapa beg besar beras dalam stor. Kebiasaannya jika di beri kebebasan semasa shopping 'mereka' akan beli dengan budjet untuk 45 hari atau lebih. Kalau di had kan budjet, mereka akan beli ngam ngam untuk 30 hari!
Selepas beberapa puloh kali menolak troli dan membuat pembayaran, saya dapati saiz troli adalah sangat penting dalam menentukan kepuasan hati pembeli! Di supermarket kecil, saiz trolinya adalah sekadar RM250, itu pun dah nak melimpah! Supermarket besar seperti Giant hypermarket trolinya adalah bersaiz RM400, dah penuh dah..anak yang suka naik troli tu dah kena keluar dan berjalan. Tesco ada tiga jenis troli, yang biasa, saiz separa pukal dan saiz pukal. Saiz biasa Tesco punya tu..boleh isi RM600! Saiz pukal boleh isi RM 900! Nilai RM isi kesemua troli ini disukat purata sehingga penuh dengan barangan. Nilai ini cuma untuk barangn keperluan harian. Alkohol dan barangan yang bukan keperluan tetapi lebih kepada kehendak tidak di ambil kira. Contoh nya set peralatan make up untuk wanita dan minuman keras.
Mengapa di katakan saiz troli memainkan peranan penting dalam menentukan faktor 'puas hati membeli' ? Saya dapati banyak pembeli yang akan suka dan puas hati apabila troli nya dah penuh dengan barangan, kalau setakat setengah troli jer barang tu, akan timbul rasa tak puas hati dan takut tak akan cukup untuk kegunaan sebulan barang tersebut..! Bila dah penuh troli..ha..masa tu barulah yakin dan selesa rasanya!
Kita kan terlupa sejenak akan jenis troli yang kita sedang gunakan dan disebabkan dah terbiasa dengan troli saiz supermarket Giant yang RM400 dah penuh..kita akan berasa tidak puas hati apabila menggunakan troli biasa Tesco dengan saiz muatan RM600, sehinggalah ianya di penuhkan! Aha..! anda dah perasan perbezaan nya? Jaya Jusco agak berbeza dari supermarket yang lain, untuk barangan dapur, separuh troli di JJ hampir sama nilai dengan satu troli di Giant!
Saya telah biasa gunakan kesemua jenis troli yang disebut tadi dan sangat peka terhadap dorongan untuk membeli yang mereka ada! Dalam industri ini, saiz troli dah dikira secara profesional oleh penasihat perniagaan, begitu juga dengan jenis muzik dan susun letak barangan. Adakah anda semua tahu yang sayuran, ikan, buah buahan , hasil tenusu, minuman dan barangan eletrik adalah sentiasa berada di tingkat bawah? Susunan keju akan bermula dengan yang paling mahal dan berakhir dengan keju yang biasa kita gunakan untuk buat sandwich? Barangan elektrik akan bermula susunannya dengan jenama yang kurang terkenal dan berakhir dengan jenama yang biasa kita gunakan..! Perasan tak yang saiz tinggi gondola untuk barangan keperluan harian adalah pada paras mata ?Di setiap hujung gondola dimana kita akan berpusing untuk ke baris yang sebelah lagi, akan ada mainan kanak-kanak atau berus gigi atau barangan kecil yang lain, nampak macam silap letak jer..sebenarnya tidak, sengaja di letak disitu. Ini adalah teknik untuk mengingatkan pembeli akan barangan yang dia mungkin perlu tetapi dah terlupa!
Pernah saya cuba untuk menghadkan budjet dengan memberi jumlah tertentu dan mereka cuma boleh membeli setakat secukup wang yang diberikan, masam muka masing -masing! Jadi kini saya cuma akan berkata, beli yang patut jer lah ya..dan mereka akan membeli dengan penuh kegembiraan! Jumlah nya tetap sama atau mungkin akan lebih RM100 sahaja dari yang di cadangkan, tetapi tahap dan saiz kegembiraan adalah berbeza ! Ah..terapi membeli tanpa had..sungguh menggembirakan..! Heh..heh..heh..had itu sebenarnya masih ada..ikut saiz troli
la..!

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!