Herba yang penting untuk masak -memasak.

Friday, December 14, 2007

Accident lagi..

Anak perempuan dengan teman lelakinya telah mengalami kemalangan motorsikal semalam @10.30 13-12-2007. Aya cuma luka melecet di gosok jalan, namun luka di lututnya agak besar, perlukan lima jahitan. Dalam juga luka tu. Fiq agak teruk, selain dari luka melecet di gosok jalan, dia juga mengalami luka yang agak besar di atas kening sebelah kanan, retak la jugak tengkoraknya..! Selepas menerima panggilan kecemasan dari Shida, aku telah menangguhkan mesyuarat dengan pembekal barangan 'marine' dari Portugal. Kelam kabut juga aku apabila hospital Port Dickson 'refer' kes Fiq ke Hospital Seremban. Teruk betul kah kecederaan nya ? Bergegas aku ke Hospital Besar Seremban.
Sedang aku mencari 'parking' Aya telifon dan beritahu yang dia dalam perjalanan balik ke PD sebab hospital Besar Seremban tak punya pakar untuk menangani kes kecederaan Fiq, oleh itu mereka telah 'refer' semula dia ke hospital PD. Aku jadi semakin risau dan gelabah! Setakat yang aku tahu, pesakit akan dibenarkan balik dan menjalani rawatan pesakit luar jika kecederaan nya tidak 'serius' atau pesakit akan di pujuk untuk di bawa balik ke rumah oleh keluarganya jika keadaan pesakit tidak dapat di ubati lagi. Yang mana satu kes Fiq ni?
Semasa aku samapi ke hospital PD Fiq sedang dibantu oleh Aya untuk masuk ke kereta bapanya untuk di bawa pulang ke rumah.Dengan luka yang jelas kelihatan warna merahnya di sepanjang betis dan paha, kepala yang bertampal dan tengkorak yang retak, dia disuruh pulang!
Bapa Fiq dengan penuh yakin memberitahu aku yang anak nya tiada masalah apa-apa,' dia tak muntah, dia tak pengsan, dah x-ray kepalanya, cuma retak sikit saja', ialah tu..nasib awak lah Fiq, awak bukan tanggungan aku, jika tidak aku dah hantar untuk buat CT scan atau MRI untuk mengesan ketulan darah, lebihan air atau kerosakan didalam otak.Aku tidak suka untuk sekadar membuat anggaran kecederaan berdasarkan 'O.K tu..dia tak muntah, dia tak pengsan '
Malam tadi semasa melawat Fiq dirumah emak nya, dia nampak agak ceria dan sihat. Aya agak tersentuh perasaanya apabila aku berkata 'Fiq mungkin tidak akan bangun pagi esok, Aya jangan terlalu mengharap' Aku terpaksa menerangkan kepada anak perempuan aku itu akan bahaya tengkorak yang retak. Beberapa orang kenalan aku yang kemalangan semasa 'detik 12 malam ' 20 tahun dahulu telah tidak bangun lagi keesokan harinya, walaupun tidak ada sedikit luka pun di badan. Darah yang membeku di otak atau lelehan air yang berlebihan di otak, sudah cukup untuk mematikan mereka!
Aku baru saja hubungi Aya untuk bertanya kedaan Fiq, ' dia dah bangun dan O.K jer abah' Alhamdulillah. Bertambah rasa kegembiraan di hati aku pada ketika ini - 10.54 pagi 15-12-2007, memang aku berharap dia akan bangun, tetapi aku juga pasrah jika dia tidak bangun lagi..Aku akan sangat bersedih jika dia tidak bangun lagi.

No comments:

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!