Herba yang penting untuk masak -memasak.

Tuesday, February 26, 2008

Rezki. Nelayan,Tukang Emas dan batu Delima



Semalam aku sampai balik ke PD dari percutian di Kedah, sebenar nya aku pergi menziarah emak aku yang dah tua dan agak udzor di Yan ,Kedah. Emak aku dan keluarga disana kesemuanya sihat , adik aku 'Samurai' agak sibuk menguruskan jentera pilihanraya parti nya.Aku risau juga apabila dia tidak pergi ke laut, adik aku tu nelayan laut dalam, aku risau kalau-kalau dia di tipu crew bot. Ia lah, emak aku sanggup jualkan tanah sawah pusakanya untuk di jadikan modal membina bot dan membeli pukat Tenggiri untuk adik aku usahakan. Sebulan bot adik aku naik 'slipway', masuk dock lah tu..bot tu telah karam akibat dari lunasnya yang telah patah. Baru empat hari bot tu turun semula ke air dan pergi memukat tenggiri. Semalam hari ke empat, hasil agak lumayan, 600kg tenggiri batang! Tapi sayang..ikan kembung yang hampir satu ton terpaksa di biarkan rosak! Nelayan pukat tangsi pakat beramai ramai tidak turun kelaut sebab mereka kata tiada ikan kembung ..nelayan pukat tenggiri dengan mata pukat 4.5 inci berjaya tangkap satu ton ikan kembung..Macam mana ni? Ikan kembung tersebut telah tidak sempat di buka dari pukat kerana masa yang di perlukan sangat panjang, itu akan menyebabkan ikan Tenggiri yang masih melekat di pukat akan terjeruk didalam air dan rosak, pilih antara dua, Kembung atau Tenggiri! Kesemua Tenggiri telah dijual pada jam 4 pagi, kembung baru siap dibuka dari pukat pada jam 5 petang! Ahh kalau dah bukan rezki kita, sudah di pukat pun terpaksa di biarkan saja dia rosak..Cuma satu peti dengan muatan 100kg yang dapat diambil, adik aku telah sedekahkan kepada orang ramai kat pengkalan dia satu peti ikan tersebut. Pukat tenggiri tu panjang nya 31 baneh, bersamaan dengan 12 kilometer!
Insyaallah kalau hasil dari Tenggiri ni berpanjangan macam semalam, cepat lah dapat balik modal emak aku tu.Hampir RM100K telah di turunkan. Adik, hang buat kerja betoi betoi ..

Aku pergi Pekan Rabu di Alor Setar pada hari Sabtu lepas, saja jalan -jalan. Tujuan utama aku adalah untuk mencari pembekal batu Delima. Beberapa peniaga Melayu kat Pekan Rabu ada mempunyai koleksi batu delima dari Siam dan Burma.Batu asli yang nampaknya macam tidak pernah di panaskan dengan api, suatu yang agak susah dicari sekarang ini.Harga batu Delima ini agak tinggi mengikut anggaran aku. Mungkin aku terpaksa pergi ke sempadan Burma melalui Siam jika aku hendakkan batu Delima dengan harga yang lebih rendah dengan kualiti yang lebih tinggi. Tuan kedai tu ada tunjukkan kepada aku sebutir 'star ruby' dari Burma yang di jual kepadanya dengan harga RM150 sebutir, dia dapat beli dua butir saja.Selepas menjual sebutir pada harga RM300 dan cukup gembira dengan keuntungan 100 peratus, baru dia tersedar yang batu tersebut ada 'star'! Yang masih ada dengan nya dia tidak mahu jual walaupun telah ditawarkan RM5K!


Dia beritahu aku yang kumpulan dari Burma akan datang lagi dalam bulan Mei hingga Julai nanti.Mungkin aku kena pergi kesana awal sikit..!

Monday, February 18, 2008

Pilihanraya: Undi ku, Lembu, Hanuman dan Kuda batu

Disebabkan oleh bahang pilihanraya yang mula terasa, saya terpanggil lagi untuk menulis tentang sesuatu yang berbau politik.

Pada pilihanraya yang lepas, saya telah bertanya tiga solan kepada calun BN untuk dewan rakyat kawasan saya, BPinang:
1. Mengapa dia masuk bertanding?
Jawapan nya: itu terpulang kepada pucuk pimpinan, saya bersyukur kerana telah di pilih oleh pucuk pimpinan'.
2. Apa kah rancangan yang dia ada untuk kawasan BPinang?
Jawapan: Kita akan lihat kepentingan yang ada dan terpulanglah kepada pucuk pimpinan!
3. Mengapa saya perlu undi awak?
Jawapan: Saya adalah calun yang mewakili BN.

Saudara saudari, apa yang saya tulis adalah soalan peribadi yang saya ajukan kepada calun dihadapan khalayak ramai semasa dia membuat ceramah kempen. Calun tersebut telah menang dengan majoriti yang besar. Kami masih ditakok lama, mungkin pucuk pimpinan nya tidak nampak apa-apa perubahan dan kemajuan lagi yang perlu dan dapat di buat di kawasan ini.

Semasa musim tengkujuh 2004, saya berpeluang untuk Scuba Dive dengan sekumpulan YB dari Trengganu.Selama 5 hari dan empat malam kami berkumpul di Pulau Redang.Waktu malam yang panjang dihabiskan dengan sesi muzakarah yang berkualiti tinggi. YB Hisham adalah yang paling outstanding antara kesemuanya. Dia telah bercerita dengan penuh perassan dan data yang lengkap dihadapan para wartawan antarabangsa dan telah dengan beraninya membuka sesi soal jawap secara impromtu! Dia berjaya menjawap kesemua soalan dengan bagus, menyebabkan kesemua wartawan antarabangsa tersebut merasa kagum! Kebanyakan ahli politik hanya akan menjawap soalan yang telah diberikan oleh pembantu mereka kepada wartwan tertentu untuk bertanya, kiranya macam soalan peperiksaan yang bocor lah tu! Itulah sebabnya kami kagum dengan YB tersebut, dia memang berkalibar.Selepas beberapa kali berurusan dengan nya dan melihat sendiri kemajuan yang di bawa oleh Kerajaan Trengganu kepada rakyat nya, rasa hormat saya kepada kepimpinan nya meningkat.

Cukup susah untuk saya memilih apabila sampai waktu mengundi, ada calon yang hanya tahu menyebut ' terpulang pada pucuk pimpinan' dan menyebabkan saya tidak suka kepadanya, tapi dia adalah wakil parti yang saya sanjung! Ada wakil yang berkalibar tinggi tetapi dia dari parti yang saya tidak suka. Saya lebih suka memilih seseorang wakil yang tidak akan saya sesal memberikan undi saya kepadanya.Selepas pihanraya ada beberapa bangunan baru telah dibina, bangunan asal di perbuat dari kayu telah di robohkan.Kini tiap kali ke Seremban, saya merasa tenang apabila memandang kearah sebuah bangunan baru dengan kuda batu nya berdiri kaku, ia lah, rumah ibadat tentunya membawa ketenangan jiwa.Hanya dengan memandang nya saya telah merasa cukup tenang! Saya merasa tenang dan bersyukur sebab saya tidak pernah terlibat dengan pembangunan dan pembinaannya.

Ahh..pilihanraya datang lagi.
Mungkinkah akan bertambah membiak kuda batu atau
pasangan singa yang mengawal pintu?
Mungkin kah membiak lembu yang di pakaikan baju parti,
yang mengunyah diam menunggu 'pucuk pimpinan'?
Aku tidak tahu semua itu, aku bukan ahli nujum!
Apa yang aku tahu, aku tidak kesal undi ku yang dahulu
tidak membawa kesan pembangunan dan perubahan.
Aku bersukur undi ku yang terdahulu tidak membawa
kesan perubahan dan menukar diri dan jiwa ku.
Aku masih tetap aku seperti mana sejak dari perut ibu.

Wednesday, February 13, 2008

Pesanan dari blog P-Nut

Tuesday, February 12, 2008
halal haram tanpa sedar, and roti
Kadang-kadang benda kecil kita tak sedar, tapi sebenar ianya beri impak yang besar.
Itu hari, kami pergi beli barang-barang dapur di TESC* Kajang, masa tengah berjalan-jalan tu, mula-mula aku nampak ada satu family ni, anak beranak, abang dan kakak ni ada la 2-3 orang anak, yang sulung tu dalam darjah 5 atau 6 camtu le, yang budak ni selamba je dok ambil buah anggur kat tempat sejuk display buah-buah tu diaorang dok makan, dok makan depan mak ayah diaorang pulak tu, ayah dia pun join ambil sebiji dua merasa buah anggur tu, malah wifenya siap ambil sebiji suakan ke mulut anak dia yang masih baby dalam stroller, ermmm tak sedar ke, diaorang tengah makan benda yang belum di bayar, dan tak pulak tertulis boleh rasa ke apa kat situ. dan bila makan tanpa izin gitu tak terfikir ke halal or haram tu..Terus aku pesan kat Najmi pelan-pelan, Najmi jangan usik apa-apa buah ni kat sini, tak boleh ambil makan tau, kalau nak makan kita suruh dia timbang, nanti kita bayar dan boleh makan. tapi dia tak puas hati, dia kata kenapa orang tu boleh makan, aku cakap mungkin diaorang tak perasan, terpaksala cover, sbb takkan nak aibkan orang pulak. Lepas je lalu dari ruang tu, aku ke ruangan barang kering, aku carikan kismis sebab teringin nak buat roti kismis, aku nak beli kismis timbang tu je. Pun sama, masa aku tengah ambil plastik nak menimbang, ada satu pompuan ni, lalu dan jemput sedikit kismis dalam bekas tu, selamba je dia berlalu dan sambil kunyah-kunyah kismis tu, malah siap bagi-bagi lagi kat anak-anak dia... Erkk aku pulak rasa macam tak bestnya nengok.. sedih pun ada.Itu hari hubby ada beri Najmi seringgit, budak ni nak beli air milo tapi tak cukup duit, kawan dia beri dia dua puluh sen, baliknya dia cerita, so esoknya aku bagi dia RM1.40, dan suruh dia pulangkan balik 20 sen pada kawannya, dia cakap tak payah, sebab bukan dia minta, tapi kawan dia yang bagi..see..budak-budak manalah dia faham konsep berhutang, so darling terangkan, apa pun yang bukan hak kita, kena pulangkan balik kepada tuannya. Harap-harap dia jelas dan faham. Risau aku memikirkan benda-benda kecil gini kalau dia tak faham dari awal.Eheheh kadang-kadang kami sendiri terkena balik..contohnya kalau kami pergi pasar malam, dia minta beli nugget, sosej, jagung or apa-apa la..so bila balik letak atas meja, dan aku or darling aku amek sikit nak merasa-rasa, dia akan marah dan cakap, tak baik, berdosa ambil hak orang tanpa izin.. Eheheh kadang-kadang aku cakap, "eh ini mama yang beli, ini duit mama, boleh la ambil sikit" dia menjawab "memanglah mama beli, tapi bila mama beli, untuk kita, dia jadi hak kita, jadi mama kenalah minta izin" ehehehe kena balik.Sama juga, kadang-kadang aku pinjam pembaris, pensil dia, mesti dia akan tegur kalau aku amek tanpa izin dia..

Click hyperlink ini untuk bacaan seterusnya:
http://ceritapnut.blogspot.com/

Monday, February 04, 2008

Perjuangan yang belum selesai


Aku tak suka menulis tentang politik tetapi pada hari ini aku terpanggil untuk menulis sesuatu yang agak berbau politik, maafkan aku.

Dalam perjalanan pulang ke rumah dari Hospital Pakar Seremban, isteri aku Ina mengadu lapar, dia nak aku belikan kuih untuk minum petang. Aku telah pergi 'menziarah' dari satu lokasi penjaja ke satu lokasi penjaja, hari Ahad..susah juga nak cari kuih pada petang Ahad, para penjaja bercuti! Akhirnya aku ke bandar Port Dickson, nasib baik penjaja kuih kat bandar tak bercuti. Aku telah beli dua bungkus rojak mi dari seorang penjual keturunan mamak, beberapa penjaja keturunan Melayu memandang kosong kearah aku, kesian juga aku melihat mereka lalu aku tambah belian dengan sebungkus nasi lemak Melayu dan air kelapa muda. Semasa sedang menunggu buah kelapa di potong, datang seorang pembeli keturunan India, dari atas motorsikalnya dia bertanya kabar kepada penjual air kelapa, penjual air pun menyahut soalan nya dan mereka mula bercerita dengan suara yang agak lantang. Cerita mereka berkisar tentang pilihan raya yang akan datang tak berapa lama lagi.
Penjual air: Sekarang kita semua mau siap sedia, bulan depan parlimen dibubarkan!
Pemuda: Dah Confirm ke?
Penjual air: Anggaran je lah..tapi aku boleh confirm kan lah..memang jadi ..
Aku: Hebat juga awak kan, ada maklumat dalaman ke ?
Penjual air: Inilah masanya untuk kita berjuang!
Pemuda : Kali ini mesti kita boleh menang!
Aku: Wah hebat lah awak berdua, dari parti mana ni?Kumpulan pembangkang atau Barisan Nasional?
Penjual air: Kita kena jaga-jaga, Suruhanjaya pilihan raya berat sebelah, mereka bukan adil, penipu belaka tu..!
Aku: Tak elok awak fitnahkan orang macam tu!
Penjual air: Awak tak tahu, dulu semasa kat suatu pilhanraya kecil , saya berkampung 20 hari disana, saya dah jumpa tuan-tuan guru, para ulamak, saya tahulah yang pihanraya ini semuanya tipu belaka, mereka tak mahu para ulamak menang!
Aku: ia ker? Saya jumpa tuan guru dan ulamak tiap hari, tapi tak ada pulak kami bercerita tentang politik. Awak ni memang fanatik betul kan, bayangkan 20 hari tinggal keluarga untuk membuat kerja politik ditempat orang.
Penjual air: Saya bukan fanatik! Ini adalah perjuangan! Kita mesti berjuang!Lain lah orang macam awak!Tak sanggup!
Pemuda: Encik tak tahu perjuangan, encik tak ada semangat perjuangan!
Aku: ia ker? Saya ni dari parti pembangkang, dah berkali kali undi pembangkang, tak pernah boleh menang, kali ini pun saya akan pilih pembangkang tetapi saya rasa tetap tak boleh menang.
Pemuda dan Penjual air: Perjuangan memang susah, orang macam awak tak akan faham!
Pemuda India pun berlalu selepas membayar harga air kelapa yang di beli nya.
Aku: Apa yang awak perjuangkan?
Penjual air : Ini adalah perjuangan untuk menuntut kebenaran!
Aku: Kebenaran apa tu?
Penjual air: Kebenaran! Islam mesti di daulahkan!
Aku: daulah tu apa?
Penjual air: Ceritakan kepada saya semenjak bila kita ada kerajaan Islam?
Aku : Tak pernah ada.
Penjual air: Awak memang tak tahu sejarah! Parameswara adalah pemimpin kerajaan islam pertama di Tanah Melayu ini! Pada tahun 1400 kerajaan Melaka menjadi kerajaan Islam pertama.
Aku: Nama dia pun Parameswara, islam ker dia? Biar betul awak ni! Memang saya tak pandai tentang sejarah, tapi nampaknya awak lagi melalut!
Penjual air: Awak kenal Hatta? Dia adalah pejuang! Dia cukup hebat! awak kenal Mahatma Gandhi, Datuk Bahaman, Mat Kilau?
Aku: Saya tak kenal mereka tu, tapi Bung Hatta di Indonesia tu dah lama dia mati, Gandhi ji lagi lama, Tok Bahaman dan Mat Kilau tu saya tak kenal.Tak pernah berjumpa dan berkawan pun dengan mereka. Apa sangkut paut mereka ni semua dengan perjuangan awak?
Penjual air: Awak balik nanti fikir lah sendiri.
Aku: Maksud awak, awak tidak memahami apakah hala tuju dan untuk apa perjuangan awak? Jangan susah hati, awak bukan lah orang pertama yang tidak tahu apakah yang di perjuangkan. Dah terlalu ramai hingga tak terbilang orang yang saya tanya soalan ini dan mereka tidak tahu jawapan nya.
Penjual air: Awak tak akan faham. Bukan kah kita ini keturunan pahlawan, keturunan pejuang?
Aku: Awak Melayu atau Jawa?
Penjual air: Aku Melayu!
Aku: Melayu bukan keturunan pahlawan terbilang, perkataan melayu itu sendiri jika didalam bahasa Jawa, maknanya lari! Orang Melayu adalah orang yang lari dari Yunan di Tanah besar China, sampailah dia tak boleh lari lagi!
Penjual air: Awak memang bodoh! awak tidak tahu apa itu perjuangan!
Aku: ia lah, ceritakan lah apa yang awak perjuangkan!
Penjual air: awak balik dan fikirlah sendiri.
Aku: O.K saya balik dulu. Assalamualaikum!
Penjual air: Allahhuakbar!
Aku: lain macam cara awak jawap salam. Tak pernah belajar ker? Sekali lagi, Assalamualaikum!
Penjual air: Tadi dah jawap Allahhuakbar..
Aku: Jawap salam pun tak tahu rupa rupa nya, patut lah nak jawap apa yang di perjuangkan pun dia tak tahu, hampeh tebu..ingatkan berisi..

Aku kini adalah seorang pengundi yang tidak terikat kepada mana mana parti, suatu masa dulu aku adalah aktivis Barisan Nasional.Aku pernah terlibat dengan PAS, PSRM dan 46.Penjual air tersebut aku rasa seorang ahli Keadilan kerana dia juga ada menjual surat khabar Keadilan. Sampai waktu ini aku masih belum faham apa yang dia perjuangkan, dia sendiri pun tak tahu! Tujuan aku menulis ini adalah sekadar nak berkongsi pendapat, jika kita terlibat dengan sesuatu, pastikan kita tahu kita terlibat dengan apa, untuk apa? Jika hala tuju organisasi tidak kita fahami atau tidak di jelaskan kepada ahli, berhentilah dari menjadi ahli.Berhentilah dari menjadi laskar yang pekak dan buta!

Perjuangan ini masih belum selesai
Perjalanan ini masih panjang
Ku kira buta cuma mata dan huruf
Kira nya ada juga yang buta perjuangan!
Ini adalah suatu perjuangan berasaskan minda
Kemerdekaan yang di istihar dengan tangan yang terbuka
bukan dengan penumbuk
bukan dengan letupan senjata!
Sejarah hutan yang dibaja dengan darah dan daging perwira
telah lama berlalu
50 tahun masa berlalu, gelanggang sudah berubah
Peraturan sudah berubah, adakah kita sudah berubah?
Atau.. masih di takok lama, seorang laskar yang buta?

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!