Herba yang penting untuk masak -memasak.

Saturday, October 27, 2007

Mertua ku.

Aku punya dua orang bapa mertua, kedua-dua nya sangat berbeza. Bapa mertua yang pertama tinggal di Ipoh, bukan lah jauh sangat dari PD, aku pernah bemalam beberapa kali saja di rumahnya selama lebih dari 20 tahun menjadi menantun.Dia sendiri cuma pernah datang kerumah aku empat kali selama ini.Ini semua adalah disebabkan isteri aku di besarkan oleh Tok dan Opah. Aku lebih banyak menziarah Tok dan Opah semasa hayat mereka.Rumah kayu yang agak besar di kelilingi pokok limau Gedangsa atau pomelo, bau harum bunga limau yang kembang di waktu malam amat mengasyikkan. Lebih harum dari bau Harum Sundal Malam. Kenangan indah itu kini tinggal kenangan.Aku sendiri yang gali kan kubur untuk kedua mereka, selang sebulan. Masih segar dalam ingatan walaupun dah lebih sepuluh tahun berlalu.

Ibu dan Bapa mertua kedua aku datang dari Muar, agak susah untuk aku menyesuaikan diri dengan mereka pada mulanya. Aku selalu tidur di hotel semasa pergi menziarah mereka.Semasa aku baru keluar dari hospital selepas pembedahan jantung, 'ayah' menjemput aku dan keluarga untuk menyambut hari raya di rumahnya di Muar. Aku yang baru seminggu keluar hospital tidak punya pilihan lain, kami menyambut hari lebaran bersama-sama. Aku merasa terharu dengan layanan yang kami semua terima. Aku tidak janggal lagi untuk bermalam di rumah mereka.

Raya tahun ini aku tidak dapat menziarahi mereka disebabkan oleh beberapa masalah kerja dan kenderaan.Aku sebenarnya masih masuk memantau perjalanan kerja walaupun aku sedang bercuti hari raya. Ayah sakit agak tenat seminggu sebelum raya. Syukur alhamdulillah ayah kembali sihat, cuma dia memerlukan kerusi roda untuk bergerak agak jauh. Ayah dah tak larat nak berjalan, kakinya bengkak,mungkin ada masalah buah pinggang.

Ah..malu aku nak tulis dan memberitahu orang ramai akan tidak prihatinnya aku.Adik ipar aku 'Nas' telah beritahu semalam yang dia dan keluarga akan datang ke PD bersama ayah dan emak. Ina dah aku hantar pulang ke Muar minggu lepas untuk menziarah bapanya, mungkin ayah tidak berpuas hati sebab aku tidak dapat datang menziarah hingga hari ini. Nampak nya dia telah mengambil tindakan yang pro aktif, 'engkau tak datang menziarah, aku akan pergi menziarah'! Aku dah beritahu Shida yang ayah akan datang melawat kami pada petang ini. Kesihan ayah, bukan sihat sangat, dah nak kena buat perjalanan yang agak jauh.

Walaupun baru tujuh tahun aku menjadi menantunya, dah berkali-kali ayah dan emak datang kerumah kami. Adakalanya membawa hasi dari kebun buah -buahannya seperti duku, durian, rambutan, pulasan, kuinin dan bunga kantan.Ayah kata kereta ni sempit lah.. kalau Ari ada lori, boleh kita bawa lebih lagi! Malu lah pulak aku.. ayah ni..!
Terasa riang juga aku bila ayah dan emak mertua aku nak datang bertandang! Ina nak masak laksa Johor, ikan Tenggiri untuk kuah dah beli semalam.Macam nak sambut 'Chap goh mei ' lah pulak..!

No comments:

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!