Herba yang penting untuk masak -memasak.

Friday, October 12, 2007

Abah.Siapa dia?

Wan,seorang rakan My space aku ada menulis tentang iklan Petronas ' Burung Murai'. Hati aku sendiri cukup tersentuh apabila melihat iklan tersebut. Aku dapati iklan itu cuba menyingkap 'cinta dan kasih sayang' seorang 'abah' atau 'ayah'. Mereka ini adalah species yang sangat susah untuk di fahami oleh anak-anak ataupun isterinya. Walaupun ramai yang aku pernah dengar berkata 'hek eleh.. abah engkau tu..? Dalam poket aku jer..memang aku kenal sangat dia tu.."dan orang yang di perkatakan itu adalah diri ini, masalah nya orang yang berkata itu percaya dia faham, betul ker apa yang dia faham, betul ker dia boleh membaca gerakan seterusnya yang akan di buat? Berani aku berkata berdasarkan pengalaman, orang itu salah..! Dalam hidup seorang 'abah', dia punya banyak 'rupa' dan tiap kumpulan orang yang yang mengenalinya hanya kenal 'rupa' yang dia tunjukkan kepada kumpulan tersebut. Sebab itu kita boleh dengar perkatan ' tak sangka betul aku..' Macam mana nak sangka tentang sesuatu yang anda tidak pernah tahu?

Ada anak yang nampak abahnya seperti seorang yang sangat menakutkan, ada yang nampak seperti seorang kawan, ada yang kelihatan kepada orang lain seperti seorang yang tidak punya perasaan, seorang yang kedekut ataupun sangat pemurah, seorang yang sombong pada pandangan suatu kumpulan manusia mungkin akan kelihatan baik hati dan peramah untuk suatu kumpulan yang lain. 'Abah' memang punya banyak rupa..

Siapa yang mungkin akan memahami seorang 'abah'? Seorang 'abah' yang lain berkemungkinan akan dapat memahami. Seorang isteri mungkin akan cukup yakin yang dia memahami siapa suaminya, percaya lah itu cuma satu ilusi! Dia cuma dapat memahami 'rupa' yang di tunjukkan untuk nya!

Mengapa 'abah' sangat susah untuk difahami? Tanggung jawab seorang 'abah' adalah banyak dan sangat berat, anaknya tidak mendapat kecemerlangan dalam pengajian, itu bukan kegagalan anak tersebut, itu adalah kegagalan 'abah'! Anak nya telibat dalam penyalah gunaan dadah, gagal lah 'abah' dalam tugasnya. Anaknya mendapat kejayaan cemerlang dalam pengajian, itu bukan kejayaan 'abah', itu adalah kejayaan sekolah dalam mendidik pelajar, 'abah' cuma boleh tumpang gembira sedikit saja, cukuplah tu. 'Abah' adalah suatu tugas yang tidak di bayar gaji dan sangat jarang di hargai oleh anak-anak.Anak-anak selalu berpendapat adalah menjadi hak mereka( their birth right) untuk mendapat sesuatu dan menjadi tugas 'abah' untuk mendapatkannya untuk mereka! Adakah tanggapan ini benar? Kalau tidak benar, mengapa 'abah' akan sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu untuk anak nya? Mengapa seorang 'abah' sanggup melayan kerenah anak-anak yang selalunya sangat menyakitkan? Anak sebenarnya adalah amanah dari Allah, 'abah' akan berusaha untuk melaksanakan amanah tersebut. Ada banyak terjadi rasa cinta dan kasih sayang seorang 'abah' menjadi penyebab kejatuhan dan kematian 'abah' tersebut.

Untuk yang masih punya ayah atau abah, hargailah mereka walaupun anda mungkin tidak memahami mereka!

No comments:

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!