Herba yang penting untuk masak -memasak.

Tuesday, December 25, 2007

Nelayan, peniaga kecil dan bantuan


Hari Isnin 24-12-2007 @ jam 18.00.

Aku telah pergi ke rumah kenalan aku Umar di Sungai Timun, Lubuk China, sempadan Negeri Sembilan dengan Melaka untuk membeli Udang Galah. Sekarang ini dia telah berhenti meniaga udang, sekadar menguruskan udang kepunyaan seorang towkay yang di panggil Atak Jepun.Aku merasa agak hairan lalu bertanya
'kenapa awak tak buat sendiri?'
Umar menjawap
' tak mampu aku nak buat sendiri, modal besar sangat la'
Aku pun terus bertanya
' berapa sekilo harga bayar kat nelayan ?'
'harga udang hidup RM 50 ..! udang mati RM45 !Tak mampu aku nak keluarkan modal sebanyak tu, kalau 20 kilogram dah RM 1000.!'
'mahal nya!'
'Harga jual ? Yang hidup aku tak jual, nanti Atak datang ambil, yang mati aku jual RM50 sekilo, aku dapat komisyen singgit jer dari Atak.'
Umar teruskan penjelasan nya,
' abang dah lama tak mari sini, dulu ada 40 nelayan udang, sekarang tinggal 6 orang saja, semua nya orang Atak, modal nak turun mencari udang pun besar abang, mujur juga ada Atak dulukan modal, kami bukan dapat petrol subsidi macam yang kerajaan hebohkan tu! semua beli sendiri bang!' 'kalau tak ada Si Atak tu..memang susah lah nak ke sungai! Abang tak nak mulakan semula ker perniagaan Ketutu dan Udang galah?Boleh cari makan bang..'
Aku hanya termenung dan menjawap
'entah lah Umar, masa aku mula kenal engkau dulu, anak sulong engkau baru nak masuk Politek, sekarang dah lapan anak nya, itu lah lama dan pantas nya masa berlalu, aku dah malas nak meniaga Ketutu atau udang lagi, aku datang ni pun cuma sebab nak beli udang untuk makan malam nanti..aku dah malas lah Umar'
Dengan hasil dari komisyen sebanyak RM1 untuk satu Kilogram udang , Umar mendapat purata pendapatan sebanyak RM400 ke RM 500 sebulan. Suatu masa dulu Umar adalah peraih udang yang agak berkemampuan, selepas mengalami sakit yang agak teruk, tiga bulan dia terlantar di hospital, modal dan simpanan pun dah habis, kini dia cuma menjadi seorang penjaga tempat mengumpul udang.Di mana silapnya? Kerajaan Negeri Sembilan 'nampaknya' memang bersungguh-sungguh berusaha untuk membantu nelayan, petrol untuk nelayan tu Atak yang tolong belikan, peniaga kecil macam Umar cuma mampu menjadi penjaga pusat pengumpulan. Harga Udang galah hidup di bayar oleh restoran adalah RM70 sekilogram. Nasib baik lah ada Atak Jepun yang nampak akan guna nya berbaik baik dengan nelayan, lumayan tu, untung kasar saja dah lebih kurang RM8000 - RM10,000 sebulan..Atak juga yang pandai..!
Aku goreng jer Udang galah yang di beli petang tu..Aku beli dua kilogram, RM100! Sedap nya udang baru!

No comments:

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!