Herba yang penting untuk masak -memasak.

Thursday, September 06, 2007

Kampung ku Bagan Pinang.


Hujan yang tadi nya rebas rebas dah mula menjadi kasar. Atap ardex rumah Ana memainkan irama 'staccato' diikuti desiran amarah angin menerobos daun beberapa batang pokok mangga dan longan dihadapan halaman rumah.
Dah jam sebelas malam, hujan makin lebat, kami mulai risau. Faham sangat aku akan topograpi Kampung Bagan Pinang. Kampung ini ada bahagian nya yang lebih rendah dari paras laut.
Aiman dah mula merengek nak balik, masa tidur dah sampai. Shida sangap berkali-kali, aku masih berdiam diri mengadap TV. 'Along ' terbaring diatas katil nya di sebelah aku menumpukan perhatian kepada siaran TV.
' mak, air dah naik lah..' Yati memberitahu mak mertua nya yang juga kakak aku.' ermmh' malas ajer bunyi jawapan kakak aku tu..!
Air sungai Sembunyi dah melimpahi tebing nya dan mula memenuhi laman dengan pantas.
'Yati, ambilkan surat kabar lama tu. Pak endak dengan abah engkau nak sekat air kat depan pintu nih.'
'abang, kita gunakan bata tu dengan kertas ini untuk buat pengadang air'. Air semakin tinggi parasnya. ' Air sungai tu jalan laju tak abang? Tersekat tak ?' ' nanti aku pergi tengok, apahal lak nih, laut surut apasal lak naik air sungai nih?'
Dah tengah malam, abang ipar aku telah keluar pergi memeriksa perjalanan air di Sungai Sembunyi menuju ke laut.
' apahal abang?' 'ada dahan pokok dalam sungai tu, dah aku tarik dan keluarkan. Baru lah laju air tu bergerak ke laut'.
' Ubah kereta tu ke tempat tinggi bang, terendam lak karang kereta tu ..!' susah hati kakak aku..kalau nanti Proton aeroback dia tu bertukar menjadi sampan!
Hujan dah mula reda air yang meresap masuk ke rumah dah membasahi ruang lantai depan dan masuk kebilik tidur. Nasib baik juga carpet dah kami gulung lebih awal tadi. Kalau tidak, puas lah nak membasuh karpet tu!
' Aku balik dulu lah kak, hujan pun dah reda, paras air pun dah nampak stabil, ni dah pukul dua, aku nak pergi kerja siang nanti. Engkau berkemas lah bila air dah surut habis..'
Dalam perjalanan pulang ke Taman Dato kami terpaksa mengharung paras air yang agak tinggi dan melintas kawasan 'paya' dan 'selonggok' Paras tingkap rumah air nya di kawasan ini! Nasib baik juga jalan tu lebih tinggi dari paras air dan Proton Aeroback tak mudah mati dalam air banjir!
Taman Dato terletak agak tinggi di atas kawasan bukit yang dahulu nya kebun getah dan kelapa sawit. Sistem perparitan nya yang bagus dan kedudukan topograpi nya yang tinggi dari paras laut membolehkan kami tidur nyenyak tanpa risau hingga ke pagi.Keluarga kakak aku hanya dapat tidur selepas jam enam pagi, bila air dah surut.Air hanya surut selepas penapis daun dan sampah di pecahkan untuk membolehkan air mengalir kelaut.
Semenjak berpindah ke Taman Dato 15 tahun dahulu, tak pernah lagi kami alami banjir, kejadian tiga malam sudah telah mengimbau kembali kenangan silam aku semasa tinggal di Bagan Pinang. Dah 50 tahun merdeka, Bagan Pinang tetap akan kena banjir apabila hujan lebat, air pasang...ahh..Bagan Pinang..

No comments:

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!