Herba yang penting untuk masak -memasak.

Tuesday, December 19, 2006

Selamat menyambut ulang tahun yang ke 20.


Untuk Shida, 1986 hingga 2006. Dah 20 tahun Da..semoga kita akan teruskan perjalanan ini hingga ke akhir hayat kita.

Wednesday, November 15, 2006

Aku Aiman dan Nazirah











Abah..janggut pun dah beruban..
Nazirah yang comel..baru tumbuh 4 batang gigi Aiman dah masuk 2 tahun.



Monday, November 13, 2006

Ping Pong


Ahad 12-11-2006
Satu perlawanan persahabatan antara kelab sukan kami dengan Yacht club telah diadakan. Suspence jugak sebab kami tak tahu kekuatan diaorang. Aku memang tak mahu main single..takut tak boleh tahan..mahu pancit aku kalau kena oponent yang rating dia bagus..hancus..Aku diletakkan sebagai pemain untuk bergu pertama lelaki, boleh lah tu..masa warming up tu..pemain dia orang lepak jer..suspence aku..aku teruskan stroke dengan sifu Foo partner aku untuk double game nanti.Build up confidence dengan cuba beberapa variasi stroke,pemain opponent asyik berbisik-bisik..haru..cool man..macam tournament la pulak..!

Perlawanan lelaki pertama, sifu..aku tengok main-main jer melayan lawan dia..langsung dia tak keluarkan apa-apa buah dan serangan rahsia dia, itupun dia menang straight 3 set dari 5 set.Hairan jugak aku mungkin dia orang dah tukar pemain utama dia jadi pemain kedua tak..tapi pemain second man single dia orang pun tengah berhempas pulas di kerja kan oleh Teoh..Teoh menang straight 3 set dari 5 set. First ladies single dan second ladies single pun dia orang kecundang straight 3 set dari 5 set, second man double main dulu..di ikuti first ladies double..first man single main last..disebabkan kami dah leading dan dia orang tak punya harapan lagi..aku cuba nak beri dia orang kemenangan untuk set ini..sifu lepak habis..aku gunakan serve gaya Man Tiger side spin( 100 % side) dan top spin (100 % top), serve jenis ni takat ni hanya sifu yang boleh angkat dengan bagus..malang nya opponent aku langsung tak boleh angkat bola tu, kami menang kesemua perlawanan straight set. Rupa-rupanya diaorang hanya main sebulan sekali..kami main tiap minggu..patut la nampak macam boleh main tapi tak tepat dan konsisten..! Lepas games aku dan yang lain-lain teruskan stroke dengan sifu. Happy juga aku bila skill lama aku dah kembali semula walaupun mungkin tak akan dapat sepenuhnya balik..tapi takat ni aku dah cukup happy. Sekarang aku perlu tumpukan perhatian untuk slim kan badan sikit, baru boleh bergerak dengan lebih ringan dan pantas ! Semenjak kehadiran dua anak kecil aku tu..aku dah tak pernah menjengah ke padang golf lagi, sibuk ler..aku selalu teringat kan dia dua orang tu..sampai nak pergi padang golf pun tak sanggup..!
Malam tu dia orang bagi dinner kat club, allright juga dinner tu..9 course..Ina happy sebab tak payah masak malam tu..Nazirah jadi jemputan termuda..!

Friday, November 03, 2006

News from AP about fish and food


WASHINGTON (AP) -- Clambakes, crabcakes, swordfish steaks and even humble fish sticks could be little more than a fond memory in a few decades.
If current trends of overfishing and pollution continue, the populations of just about all seafood face collapse by 2048, a team of ecologists and economists warns in a report in Friday's issue of the journal Science.
"Whether we looked at tide pools or studies over the entire world's ocean, we saw the same picture emerging. In losing species we lose the productivity and stability of entire ecosystems," said the lead author Boris Worm of Dalhousie University in Halifax, Nova Scotia.
"I was shocked and disturbed by how consistent these trends are -- beyond anything we suspected," Worm said.
While the study focused on the oceans, concerns have been expressed by ecologists about threats to fish in the Great Lakes and other lakes, rivers and freshwaters, too.
Worm and an international team spent four years analyzing 32 controlled experiments, other studies from 48 marine protected areas and global catch data from the U.N. Food and Agriculture Organization's database of all fish and invertebrates worldwide from 1950 to 2003.
The scientists also looked at a 1,000-year time series for 12 coastal regions, drawing on data from archives, fishery records, sediment cores and archaeological data.
"At this point 29 percent of fish and seafood species have collapsed -- that is, their catch has declined by 90 percent. It is a very clear trend, and it is accelerating," Worm said. "If the long-term trend continues, all fish and seafood species are projected to collapse within my lifetime -- by 2048."
"It looks grim and the projection of the trend into the future looks even grimmer," he said. "But it's not too late to turn this around. It can be done, but it must be done soon. We need a shift from single species management to ecosystem management. It just requires a big chunk of political will to do it."
The researchers called for new marine reserves, better management to prevent overfishing and tighter controls on pollution.
In the 48 areas worldwide that have been protected to improve marine biodiversity, they found, "diversity of species recovered dramatically, and with it the ecosystem's productivity and stability."
While seafood forms a crucial concern in their study, the researchers were analyzing overall biodiversity of the oceans. The more species in the oceans, the better each can handle exploitation.
"Even bugs and weeds make clear, measurable contributions to ecosystems," said co-author J. Emmett Duffy of the Virginia Institute of Marine Sciences.
The National Fisheries Institute, a trade association for the seafood industry, does not share the researchers alarm.
"Fish stocks naturally fluctuate in population," the institute said in a statement. "By developing new technologies that capture target species more efficiently and result in less impact on other species or the environment, we are helping to ensure our industry does not adversely affect surrounding ecosystems or damage native species.
Seafood has become a growing part of Americans' diet in recent years. Consumption totaled 16.6 pounds per person in 2004, the most recent data available, according to the National Oceanic and Atmospheric Administration. That compares with 15.2 pounds in 2000.
Joshua Reichert, head of the private Pew Charitable Trusts' environment program, pointed out that worldwide fishing provides $80 billion in revenue and 200 million people depend on it for their livelihoods. For more than 1 billion people, many of whom are poor, fish is their main source of protein, he said.
The research was funded by the National Science Foundation's National Center for Ecological Synthesis and Analysis.

Thursday, October 19, 2006

Balik kampung..

Nih musim orang balik kampung dah bermula..aku la ni bila sampai musim ni..memang sedih..Abah dah lama pergi..Tok ngan Opah mentua di Lenggong dah tak ada..ayah Kassim ngan mak Wa pun dah tak ada..tinggal lah dua rumah besar tu kosong..aku sendiri memang jarang sangat balik ke Lenggong..dah udzur sangat rumah tinggalan tok tu..kalau ada yang tinggal di situ tentu rumah tu terbela..Abah mentua aku semenjak ada ibu baru..kami dah tak boleh menziarah dia lagi..mak baru tu..dia mintak kami panggil dia Ibu..tapi..bila mintak dia tolong semasa adik dapat anak..dia tak mau..rupanya dia tak suka budak -budak..macam mana nak jadi ibu..walaupun anak-anak aku bukan dalam kategori 'super melalak'..dia tak boleh tahan jugak..terpaksa lah kami menjauhkan diri..asal abah bahagia..cukup lah..last aku dan keluarga jumpa abah adalah tiga tahun dulu..puas jugak la menunggu abah balik dari mesjid..abah imam..lepas insya baru abah balik..baru ibu sibuk hidang kan air teh bujang..sebelum tu..ibu sibuk tengok tv..kami tercogok menunggu di ruang tamu..malam tu juga kami balik..walaupun Ipoh tu beberapa jam perjalanan dari PD.Adik bongsu aku selepas dah pindah randah antara empat negeri..dah pulang untuk berkampung di Kedah..enam tahun dulu masa dia masih tinggal dengan emak..aku bawa isteri baru aku balik jumpa mak..adik aku tu..dah bagi amaran kat aku.."rumah ni dah jadi rumah kami la ni..abang jangan nak buat pandai-pandai di sini, bumbung dapur tu chek yang buat..pakai duit laki chek.." "tak pa la adik..hang duduk la..abang entah bila tahun nak boleh balik sini.." Asal depa laki bini boleh jaga emak..dan mak bahagia hidup dengan depa..aku dah sangat bersyukur..cuma sayangnya..mak aku makin tua..aku tak dapat nak menjaga dia..mak kata..orang kaya ni sebenarnya sombong..orang miskin saja yang memahami orang lain..Untuk mak,abah dan adik-adik..hampir 25 tahun dulu..aku belikan tapak rumah tu..semuanya untuk hangpa..aku tak perlukan rumah atau tanah tu..Emak.. bukan aku tak nak beri tanah tu kat adik..kalau aku tukar ke nama dia..mak boleh jamin ka laki dia tak jual tanah tu..? Rancangan depa nak pujuk mak jual tanah bendang Sungai Limau tu aku dah tau dulu lagi..sebelum mak tau..Kalau mak nak jual..terpulang lah..itu tanah mak..Dah beribu duit kami habis untuk modal kan anak kesayangan mak tu..semua meniaga depa lingkup..bukan sebab tak ada business..semua sebab lupa diri bila jadi senang sikit..Aku tetap tak akan hadiahkan tanah tapak rumah tu kat adik..walaupun dia adik bongsu aku..Aku cuma mahu mak ada rumah sendiri..tempat tinggal sendiri..duit penyewa tanah bendang tu sepatutnya cukup untuk sara diri mak..aku dengar kata abang dah tak hantar duit kat mak lagi , semenjak mak usu dia dok di kampung nih..Dia tak suka mak dok sara mak usu anak beranak dan laki dia..menantu kesayangan mak..Tak kan susu dan pampers anak depa pun kami nak kena bagi..mak kata menantu mak tu sakit.. sakit jantung..mak..aku ni yang sakit jantung..bukan dia..dan aku masih sanggup bekerja kuat untuk menyara anak isteri aku..kenapa dia kena berehat dan kami kena sara dia ? Tak apa lah mak..itu pilihan mak..Sempena kedatangan Syawal ni..kalau masih bersisa walau sekelumit rasa kasih sayang terhadap anak yang pernah emak kandung selama sebelas bulan ini..izin kan aku memohon ampun dan maaf atas salah silap aku..semoga emak di cucuri rahmat Allah selalu..Aku tau..mak tak akan dapat baca coretan ini..sebenarnya ini cuma luahan rasa hati aku..di musim perayaan ini..

Tuesday, October 17, 2006

Kuih Raya..

Ina dah beli barang-barang keperluan untuk buat kuih raya, malam tadi Shida ajak gi beli barang keperluan dapur, Ina dah beli yang dia punya pada waktu pagi semalam, dia pergi ngan akak Ana dan Siti Mariam anak saudara aku. Aku dan Shida gi rumah Ina selepas balik dari shopping. Ina tengah test adunan buat biskut dan kuih tart..aku kena jaga Nazirah dan Aiman..mari..duduk ngan abah tengok T.V..! Baya sibuk sms..HP dia rosak ..baru aku ambil balik dari repair..semasa balik dari kerja..RM25 untuk charger pin yang dah terpeleot tu..sebab tu la dia sedang sibuk sewaktu itu..tengah mengkadho balik waktu sms yang dah terlepas agaknya..
Wanginya bau kuih yang sedang masak..tumix tumix aroma..Aku telah diberikan tugas menguji coklat chip dan kuih tart tersebut..'nap nyer..' Malam ni boleh test lagi kot..

Monday, October 16, 2006

Happy Anniversary




15-October - 2006.


Me and Ina fifth anniversary. Time fly by so fast..Siti Nurnazirah is eleven month old now..Thank you my love for holding on during the rough sail period..There is no celebration what so ever on our anniversary, just for record purpose..we had a Buffet Ramadhan dinner at Mc' D in Senawang..after some shopping for hari raya goodies.


Friday, October 13, 2006

Selamat Hari Raya Aidul Fitri Mulia..


Selamat menyambut kedatangan Syawal. Selamat Hari Raya untuk semua pengunjung blog saya. Sudilah apa kiranya tuan puan memaafkan saya atas segala kesilapan dan kekasaran bahasa..jika ada yang terasa sakit di hati..hasil dari tulisan saya..sekali lagi saya memohon ampun dan maaf..semoga anda semua sihat sejahtera dan di rahmati Allah hendaknya.

Friday, September 29, 2006

Baya

Tuesday 26-09-2006 @ 12.45 hrs. I had accompany Baya into the receiving corridor in between Operation Theatre and waiting area. Baya looks confident and strong.'Don't worry dear..I'll be just outside of the OT..about 20 feet away from you'. " can you please confirm whose signature is this Mr. Ari?" "That's my signature" "Thank you, with your consent we will proceed with the preparation procedure, you may wait for her at the waiting area" With that statement Baya was whisked into the OT. I went back to the ward at level three, the OT is at level two.
After about three hours I had called the nurse station to inquire about Baya's condition "she is still in the OT sir ".at 17.00 hrs.."she is still in the O.T sir.." I had became very suspicious..there might be some complication.."nurse.. can you please confirm her status..had the surgeon completed the procedure..? " "I believe she is O.K sir..maybe resting now.." " it is O.K with what ever you believe nurse..I just need my question answered that's all " " sorry sir the procedure is still on.." " thank you nurse"..
By that time I had to accept the fact there is complication take place in the procedure.I will just keep that info with me..no point in telling the others..tears started to stream down on my cheeks without me realising it..rush of to the toilet to dry up the tears and wash my face..but the redness in the eyes betrayed the news to Shida and Ina.
19.15 hrs. " how is it nurse ?" "The surgeons are nearly at the end part of the procedure sir they expected to tidy up everything and start the closing of the opening procedure about 45 minutes from now" " thank you nurse"
20.30 hrs. Baya was whisked away into the ICU..Allhamdulillah..the critical part is passed now..that's what I believe..actually the situation is not that simple..
Baya open her eyes briskly..the anaesthetic expert working frantically to bring her back..she keep on calling her name.. " Baya..wake up..wake up dear..please Baya..wake up.." " Shida holding back her tears as hard as she can..not even a sigh came out from Shida..so still..Time like been frozen..tears streaming down our cheek.."come Shida my dear..lets get out from the room and let the doctors try their level best without us keeping them under surveillance".
21.00 hrs. " you can come in now sir ".."sir, we had tried our level best..she recovered just now but we had to put her under sedative again..don't worry..the critical part is over.." " she will sleep until the morning.."
15.00HRS 27-09-2006. Baya out from ICU and warded.

Saturday, September 23, 2006

Baya gadis comel..anak aku..


Today is Saturday 23-09-2006, tomorrow is first day of Ramadhan..the fasting month..day after tomorrow Baya will be admitted at Seremban Specialist Centre hospital for corrective operation follow up from her previous operation..we are really worried about her condition.On the fourteenth of this month I had accompany her to see doctor Shukor a specialist that had performed her previous operation and from the X-Ray it was noted that two of the Titanium screw had became loose..so she need to have the two screw re position and and at the same time to jack up a bit on the left side of T-5 and clamp down on the right side, this suppose to balance her so that she will be able to stand straight and walk straight..not like a crab.. my concern is she won't be able to bend her body from side to side..bending forward is not a problem.Two new screw to hold the whole assembly to the pelvic bone..she will end up with 17 Titanium screw and two long pieces of Titanium plate about 14 inches long..for sure all this amount of metal will trigger even the grand father of metal detector ! The cost are estimated to be in the region of RM15 K. Sorry my love..I'm trying my level best to give from the best technology available now..for you.I know it is painful and cumbersome, shed no tears dear..life is tough..safe it for some other occasion..we will weather this one through..isyaallah..

Tuesday, September 19, 2006

Transformers

Now my blog had migrated from the old version to this new Beta version..suppose to be good eh..? Had real tough time trying to comments on my friends non Beta blogs..ah..maybe I'll need to wait until this features is cut in and roll out in Beta..for the time being ..I don't even know wether my regulars do know how to visit my site..is this a mistake ?

Thursday, September 14, 2006

Timor Leste..

Timor Leste..where world class dive site, beautiful corals..colourful fish..crystal clear water..is just a few metres away from the road side..!
Schools of Trevally psssing by..

Clown fish..guardian of Anemone..surrounded by red sponge.
Hard to believe this is a photograph instead of painting.Welcome to the real world..where dreams can become a reality..

Tuesday, September 05, 2006

The calls of Mentawai




Lambaian Kepulauan Mentawai..

Monday, September 04, 2006

Bersukan..aku dan ping pong..

Ahad lepas aku di undang untuk mewakili kelab sukan SRC untuk inter oil meets kami, aku cuma perlu ambil bahagian untuk bergu campuran..games kami akan di adakan di Maybank sports complex Bangi.Sudah sangat lama aku tak pernah masuk apa-apa tournament yang serius..ping pong ni pun aku baru mula balik dalam sebulan ini..semasa sessi latihan mingguan pun aku mencungap dengan sangat teruk..aku sangat kekurangan stamina..stroke aku masih bagus walaupun tak tepat dan konsisten macam beberapa tahun dulu..Aku tak nak main single..mans double atau mix double ..o.k lah.. Aku dan Fay tak nak bermalam kat Sunway.. team members yanglain dah berlepas pada hari Sabtu..pagi Ahad @06.30 Fay pick up aku kat depan KFC, 07.45 kami sampai..nak sarapan ..cafeteria tu belum buka lagi..nasib baik juga aku dah sarapan, kesian Fay.."kau pergi cari lah ada kedai dekat -dekat sini.." Fay pergi ngan siapa entah.. First game aku tak diturun kan..kami kalah 3-2..second game untuk placing ke 3-4 aku di turun kan untuk mix double. Keadaan pada masa tu..Fay menang man single. Jun kalah ladys single, Tan kalah second man single, "Ari..kita mesti menang match ini..kalau tidak..habis lah kita.." Aku partner ngan Jun..opponent kami mungkin separuh umur dari aku dan Jun..!Wah..kalau kena rally yang panjang..terjelir aku..! Jun dah main tiga match sebelum ni.."Ari..I dah penat lah.." First set kami kalah, second set kami kalah.. " Ari..wake up man..this is the time to used your 'cari makan ' serve..! " Team captain dah bengang ngan aku nampak nyer..!O.k lah.. Jun tanya.."kenapa Ari..you nervous ker..?" eh..eh..betul gak kan..patut lah gerakan aku macam tegang jer..heh..heh..heh..thank you Jun..rupanyer dah lama tak pernah masuk tournament..nervous kejap..tak perasan pulak tu..! Third set..setiap serve yang aku buat..aku pastikan ada point..setiap serve yang aku terima..aku pastikan ada point..Jun serve..aku buat chop placing jer..point lagi..heh..heh..11-1 opponent aku kena..suka pulak aku..set ke empat..cerita yang sama..cuma kali ni 11-3, set kelima..11-4..kesian budak budak tu..yang lelaki tu..dia punya side spin..mak datuk..power nya..tentu dia sangat panic bila aku chop dan placing kan kat atas line putih hujung meja dan bunuh serve tu..aku serve bola gaya M kucing..kantoi dia..mungkin dia tak pernah tengok gaya tu..sebenarnya hampir siapa saja memang terkena punya kalau dia tak pernah kena gaya M kucing tu..di kampung aku gaya tu tak leh cari makan..ialah..tempat asal dicipta gaya tu..penciptanya.. Harimau anak Kucing..! yang perempuan tu..aggressive sungguh..pantang bola terangkat sikit..mesti attack punyer..! aku serve dia bola gaya 'boing-boing'..panic dia bola nampak floating tinggi..top spin attack..! sangkut net ..smash.. sangkut ..chop..bola belon.. piang..! kena smash..! mati akal dia..! Tapi..apa kan daya..last match..man double kami kalah..geram nya aku..apa mau buat..aku sebenarnya nak main man double..aku memang suka berdepan dengan opponent yang main fast top spin..dah lama tak pakai gaya cobra untuk menangkis serangan top spin dan mengenakan orang..laju spin tu datang..lagi laju return untuk dia..! Tan dan Teo cuba counter topspin dan flick dengan chop..mati lo..Dapat lah team aku tempat tercorot..ha..ha..ha..apa mau buat..sudah tua lo..Kesemua team ada ex state player..tapi antara ex state player tu..Fay lah yang paling tua..54.. Aku..20 tahun dulu..aku lah juara..sikalang..makan loti lo..!

Wednesday, August 30, 2006

What do you want in life ?

Join Date: Jun 2002
Reputation: 46 Posts: 567
Location: Washinton DC, Annapolis MD area
Boating, Fishing, Siesta
The following story was found posted at the Club Cruceros in La Paz, Mexico:The American businessman was at the pier of a small coastal Mexican villagewhen a small boat with just one fisherman docked. Inside the small boat wereseveral large yellowfin tuna. The American complimented the Mexican on thequality of his fish and asked how long it took to catch them.The Mexican replied, "Only a little while."The American then asked why didn't he stay out longer and catch more fish.The Mexican said he had enough to support his family's immediate needs.The American then asked, "But what do you do with the rest of your time?"The Mexican fisherman said, "I sleep late, fish a little, play with mychildren, take siesta with my wife, Maria, and stroll into the village eachevening where I sip wine and play guitar with my amigos. I have a full andbusy life, señor."The American scoffed, "I am a Harvard MBA and could help you. You should spendmore time fishing and with the proceeds buy a bigger boat. With the proceeds from the bigger boat you could buy several boats and eventually you would have a fleet of fishing boats. Instead of selling your catch to a middleman you would sell directly to the processor, eventually opening your own cannery. You would control the product, processing and distribution. You would need to leave this small coastal fishing village and move to Mexico City, then Los Angeles, and eventually New York where you will run your expanding enterprise."The Mexican fisherman asked, "But señor, how long will this all take?"To which the American replied, "Fifteen to 20 years.""But what then, señor?"The American laughed and said, "That's the best part. When the time is rightyou would announce an IPO and sell your companies stock to the public andbecome very rich. You would make millions.""Millions, señor? Then what?"The American said, "Then you would retire. Move to a small coastal fishingvillage where you would sleep late, fish a little, play with your kids, takesiesta with your wife, stroll to the village in the evenings where you couldsip wine and play your guitar with your amigos."
__________________RunningTideYachts.comDistinctive Expedition Yachts

Monday, August 14, 2006

Membelah ombak menentang arus

Anak sulong aku nama Muhammad Isa..Aku panggil dia Isa..macam nama nabi..nama menteri besar NS dulu pun Isa..ada bekas MB tu datang nak menziarah kami semasa Isa masih kecil..tapi kami balik kampung..Taman perumahan yang aku tinggal sekarang ni pun nama bapa bekas MB tu..Aku tetap sokong dan hormat kat dia..walaupun depa kata dia rasuah..peduli apa aku..!
O.k lah..Petang hari Jumaat yang lepas aku berbincang dengan Isa tentang masa depan dia..apa yang dia nak buat..apa yang dia cita-citakan..apa yang dia mau dalam hidup ini..Dia tak nak pergi Universiti.." abang rasa abang terlalu muda untuk pergi ke Universiti.." "Isa nak buat apa..?" " Abang nak mulakan satu perniagaan..selepas tahu kemana arah tujuan..baru abang nak pergi cari ilmu di universiti..untuk menjayakan misi abang.."..hek eleh budak ni..ini semua nak buat aku kena kutuk dengan saudara mara dan rakan taulan..dulu masa dia jadi best student sekolah dan antara yang terbaik di NS..dan aku tak hantar dia pergi fully boarding school..semua kenalan aku kutuk aku..dia orang ingat aku tak mau atau tak mampu nak finance kan persekolahan anak aku di sekolah yang lebih baik..sekarang dia orang akan kutuk aku..sebab tak sanggup nak berkorban untuk hantar anak further study.."nasib abah lah Isa.." "Don't worry abah..I will further my study to gain knowledge..but I won't further it just for the sake of complying to the norm..just to be the same like the others..You are the one who teach me to be different..I do know what others said about you..nothing good..but you are the first one who drive around in an 'S' class here..out of three 'S' class owner here..none of you went to the university..right ?..that pakcik Don..just change his old Masterpiece to new E class..he is your school mate right ..? "You are right Isa..but I'am the only one thats not a crony to anybody..! " Heh..heh..abah tak mau kalah punyer..!
Aku cadang kan pertanian atau industri perikanan..senang nak start..dia tak minat..aku cadang kan get a product, buat satu production house, establish marketing net work . Dia dah setuju..product dah aku kemukakan..masih perlu Research and Development..mungkin akan ambil masa satu tahun untuk selesaikan masalah titik bengik- teething problem sebelum dapat di pasarkan.Target for full situation exploitation adalah 2011..Baya dengan Diana sedang belajar sambil berkerja ..menjadi promoter kat expo.. keliling semenanjung anak dara aku tu..tak pa..nanti aku test skill depa..kalau o.k..depa boleh lead marketing side..kalau dak..polish lagi..!
Aku memang susah hati dengan keadaan dan kedudukan sekarang..kalau silap langkah.. kecundang kesemua anak-anak aku..Ini lah agaknya situasi yang di hadapi oleh aruah abah aku dulu..satu-satu nya anak dia yang tak mahu berkerja dengan kerajaan..tapi " abah berpuas hati dan berbangga dengan apa yang kamu buat.." " terima kasih abah..kerana telah memberi peluang untuk saya berkhidmat kepada abah..abah duduk lah disini..tak dak siapa lagi nak halau kita..tapi saya tak boleh tinggal dengan abah..saya akan pergi ..saya cuma mungkin akan balik kesini bila dah pencen nanti.." Abah aku dah balik kepada tuan dia..aku akan teruskan perjalanan ini..emak masih tinggal dirumah yang abah bina ..di atas tanah yang aku beli..apabila adik beradik aku tahu yang tanah itu nama aku..kesemua mereka berkata aku sepatutnya letak nama abah..bukan nama aku..baru lah boleh di katakan sebagai hadiah dari aku..heh..heh..abah lagi pandai.." kalau hang boh nama abah..belum sempat abah mati..depa tu nanti minta abah bahagikan harta..! Buat penin kepala abah..biar nama hang ..abah cuma nak duduk situ..bukan nak tanah tu.." "Itu saya tak kisah abah..tapi..cukai tanah..cukai pintu..abah kena bayar sendiri.." "no problem..hang hantar mai duit..abah akan pergi bayar..!" Ha..ha..kena aku dengan abah aku..;
Aku.."mak setengah Siam..pak setengah India..aku.. Melayu..!!"

Friday, August 11, 2006

Salah kah aku..?

Ada kawan aku kena VSS dan kena balik kampung..PD la..dia tanya aku ada tak kerja kat tempat aku..kalu dia engineer boleh juga aku cadangkan..tapi dia bahagian pejabat..aku tak tahu bahagian tu..tapi aku berikan juga pendapat aku bila dia tanya apa yang perlu dia buat untuk menyara keluarga dia..aku kata tak payah kerja.."hang jaga anak -anak cukuplah..biar lah suami hang yang mencari rezki..tu tugas dia .." dia kata dia ada 3 ekar kat Sua Betong..semak samun jer..dia nak jual..aku cadang kan untuk dia tanam beberapa jenis tumbuhan renek yang aku tahu sangat menguntungkan dan senang di jaga..tapi mungkin dia ingat aku hina dia..langsung dia tak mahu hubungi aku lagi..la..salah kah pendapat aku tu..aku nak minta maaf pun dah tak boleh..mana dia menghilang diri..sebenarnya 3 ekar tu boleh beri dia hampir RM 10,000.00 satu bulan kalau dia rajin..tolak expenses..masih ada RM5-6 ribu..tapi kena berusaha lah..penat sikit la..( pokok tu ambil masa setahun untuk tumbuh subor..).
Kes yang hampir sama telah di kemukakan kepada aku oleh seorang lelaki yang aku pun tak ingat nama dia sekarang ni..aku jumpa dia di mesjid jamek selepas solat Jumaat..aku suruh dia balik kampung jer..kampung dia di Dungung..dia tak ada tanah..tapi saudara dia ada..orang kampung ada..sewa jer lah..!Dia pertikai kan cadangan aku tu..aku cakap kat dia..aku dah buat dah..dulu lagi..sebab tu aku tau boleh berjaya..dia tanya aku kenapa aku berhenti dari mengusahakan tanah aku..Sebabnya..aku nak buat benda lain pulak..! Harapan aku dia akan berjaya dengan plan pembangunan ummah yang baru kami bincangkan itu..Dah beberapa bulan aku tak jumpa lelaki tersebut..insyaallah berusaha lah..rezki pemberian Allah..

Wednesday, August 09, 2006

Pagi tadi..entah lah..

Aku jarang sangat nak warming up kereta aku sebelum berlepas..25 tahun dulu masa aku baru ambil lesen memandu..aku pernah terbaca panduan memandu dari Mercedes..tak perlu warm up kan engine..cuma mula dengan perlahan..jangan rakus..! dari rumah aku sampai jalan besar 1Km jauhnya..cukup lah untuk panaskan enjin..aku cuma perlu drive 12 km pergi dan balik..Walaupun perjalanan tu pendek sahaja..aku terjumpa 2 ekor kucing dan se ekor burung yang telah mati kemalangan..petang semalam masa aku balik kerja belum ada lagi..mungkin kena malam tadi agaknya..selalu juga aku jumpa musang dan tenggiling mati kemalangan.. kadang kadang tu biawak..mungkin binatang binatang ini perlukan terowong untuk mereka melintas jalan..?Adakah pemandu Malaysia tidak peka langsung terhadap binatang ? Mungkin juga..sebab ada beberapa kali pemandu lain hampir-hampir nak sodok kereta aku apabila aku berhenti untuk memberikan laluan kepada pejalan kaki yang sedang melintas di Zebra crossing..walaupun lokasi zebra crossing tu tak jelas..tapi aku tahu ada zebra crossing kat depan Avillion tu..puas jugak la merasa maki hamun drebar yang terpaksa berhenti apabila aku berhenti di tengah jalan..semuanya pemandu Proton dan Perodua..hampir semua nya kereta mutant..adakah kereta atau pemandu..?Adakah aku atau mereka ..? Entah lah..aku pun pernah kemalangan beberapa kali..teruk juga..adakah aku yang telah berubah ..kerana faktor umor..?
Atau nyawa memang dah tak berharga..macam kat Lebanon..? Entah lah..yang pastinya.."tiap yang hidup..akan merasai mati.."Suatu masa dulu..aku seorang penggali kubor..semenjak sakit ni..aku telah tak di benarkan lagi menggali kubor.. kurang lah aku dengar talkin..dulu..tiap minggu aku dengar talkin..hari raya pun aku dengar talkin.."khullu nafsain za ikatul maut.." (payah juger menulis jawi dalam tulisan rumi nih yek ..!). Bila kah talkin akan dibaca kan untuk aku ..? Entah lah..

Monday, July 24, 2006

Anak murid aku..

Aku dapat student baru beberapa hari sudah..Diploma in Mechanical Engineering student. Bala murugan..O.K jugak budak tu..Aku masih ada seorang student ngan aku..Redza, Degree in Mechanical Engineering. Boleh tahan jer..dah dekat dua bulan aku bagi dia freedom..aku ingat dah cukup tu..dia tak banyak buang masa..agak serious dalam tugasan di beri..cuma dia masih belum siap kan satu tugas besar yang aku bagi..aku akan ranking dia mengikut tugasan ini..tapi boleh kah seorang yang masih fresh membuat analisa yang aku perlukan..?Orang baru idea pun baru..aku tetap risau..Ada 24 buah interceptor pump yang aku minta dia study..ada 6 bad actor dalam kumpulan tu..aku dah suruh dia tukarkan report dari bentuk words ke excel. Dulu Amey - Degree in Mechanical engineering and fluid flow dah siap kan asas untuk Jockey pump dan fire fighting system untuk Jetty samudra..aku tunggu student yang boleh sambung projek Amey. Anyway papers dia aku dah submit ke higher management untuk di study oleh Technological section..still no feed back.
Setakat ini aku telah di amanah kan dengan 15 orang pelajar..kumpulan pertama terdiri dari 5 pelajar sijil Poli dari beberapa negeri..ada satu student perempuan yang sangat malas..hampir aku nak fail kan dia..aku dah dapat green light..tapi kesian gak aku..anak melayu..keluarga bukan berada sangat..assignment dia tentang Effluent treatment Plant yang dia buat selepas aku assign kan dia kat environmental section cukup detail dan class..Rupa nya dia ni anti lelaki..bagi engineer perempuan ..baru dia boleh buat kerja..hai..nasib lah kau budak..Yang lain tu aku dah lupa..yang terbaru tamat practical study dengan section aku ada dua orang..Pony..awek cilik.. macam jantan..! satu deparment kenal dia..! Sebenarnya Hari yang mentor dia..aku cuma assist..smart dan rajin..boleh dapat 3.8 -4.0 tak Pony ?Zakuan..Degree in Mechanical Engineering..setiap hari akan bertekak dengan Pony..!
Aku tak mahu jadi cikgu..aku tolak tawaran untuk ke Maktab perguruan dulu..tapi..sampai sekarang aku masih menerima kad ucap selamat dari student yang aku pernah jadi mentor..dari Thailand..Brunei..Singapura..aku ada ramai student kat Sarawak..selain di PD..cikgu jugak lah tu..hai..hai..hai..betul kah didikan aku..?betul kah perjalanan hidup mereka ..?dapatkah ilmu yang aku perturunkan itu digunakan ke jalan Allah..?sanggupkah aku menjawap di Yaumil mahsyar nanti..?

Thursday, July 20, 2006

Anak - anak aku..


Baya dapat panggilan untuk further study kat Mara collage di Ipoh..suka dia nak pergi buat Business study tu..aku O.K jer..tapi pembedahan kedua tulang belakang dia kami rancang akan di buat pada bulan July atau Ogos..dia minta differ ke intake tahun 2007..boleh lak tu..Isa dah tak berapa minat nak pursue further study..dia nak set up business sendiri..abah no hal..sijil tak menjamin awak akan berjaya dalam dunia business..pengalaman sangat penting dan berguna..lepas perniagaan dah stabil..baru pergi study..cari ilmu..kalau takat nak cari sijil..tak payah lah..buang masa jer..Diyana sibuk kat salun Sheila..harapan aku..agar dapat bawa Diyana dan Isa untuk dapatkan ticket Yacht Master..Dengan dua Stent dalam jantung dan satu serangan stroke..boleh kah aku bertahan sehingga mereka boleh terbang sendiri..?

Sakit baru 3


Aku tanya doktor kat Emergency SJMC "doctor Zarina..are you a Cardiologist..?" "No..but doctor Kannan will take your case and he is on the way..in the mean time please related to me what had happen and the medication you had recceive.." " so there is no medical report from hospital Port Dickson..?"
23.00
Dr.Kannan sampai..Hallo.."O.K we will be doing some brain scan shortly and for tonight..we will keep you in CCU..lets decide later wether you will need a neuro specialist.." O.K dokey Doc".
CCU tu lebih kurang macam ICU..CCU untuk Cardiac case..subuh..aku terdengar bunyi suara orang mengaji..tapi sepatah pun aku tak faham..rupa-rupanya ada pesakit keturunan Benggali yang sedang tenat..tengah hari tu..Ina cakap kata dah meninggal orang tu..Ina balik PD malam tu..sampai jam 03.00 pick up Shida dan anak beranak aku yang lain..jam 05.00 semuanya dah sampai Sungai Besi.06.00hrs..Ina tidur kat lobi SJMC..
Hari -hari seterusnya..
Selepas ECG sepanjang malam, beberapa ultrasound, MRI..tambahan untuk brain scan, stress test..blood sample test..doktor mengistiharkan yang aku telah pulih sepenuhnya..!

" You berehat dululah beberapa hari..no ..no..no..I have one very important meeting on Thursday evening at 17.00hrs doc.." " lets see wether you are ready to take long distance travel on Wednesday..if you are O.K ..you can go back home in the evening"
Shida,Ina, Baya, Isa, Fakhri,Diyana, Norzan,Aiman dan Nazirah..semuanya berkampung kat rumah Sheila untuk beberapa hari aku di SJMC..Hari aku discharge Sheila buat birthday party untuk Lina anak dia..aku tunggu sampai jam24.00..sempat lagi mem's aku tu minta Mizah ngan Fizza gunting rambut dia orang..Mizah gunting rambut aku..bagus jugak ada adik ipar yang punya salun ni..

Sakit baru 2


22.00 hrs "Encik..ubat -ubat yang encik gunakan semua nya tak sama dengan yang hospital ni ada..boleh tolong bawa ubat encik sendiri tak ..?" Anak sulong aku..Isa..ada bersama aku.." call mak Ina kau..minta dia bawa ubat abah..!"
24.00 hrs.."nurse..ubat dah sampai.." "Encik makan lah seperti sepatutnya.."

10-07-2006
09.30hrs
Doktor pakar datang melawat.."..apa yang telah berlaku kepada saya doktor..?" " huh ..? You should reduce your weight.." " you are a specialist doctor..I expect a better answer from you" "thats the answer..!" "Thank you doctor..I believe you had tried your level best sir..! too bad you best is not good enough..!"
14.00hrs
Ina datang melawat..dia telah inform company panel doctor dan telah buat arrangement dengan SJMC untuk pindahkan aku kesana..Sekarang tugas aku untuk minta discharge dari hospital Bandar Sunggala..
15.00hrs
Nurse sibuk cuba menghubungi doktor bertugas..sampai 17.00hrs ..di semua wad dia tak ada..handphone tak berjawap..hilang kemana doktor nih ..?
17.00hrs
'Doctor on call' telah di panggil..dia sangat marah ngan aku sebab nak discharge..maleh aku nak bertekak panjang ngan dia.." kalau encik nak discharge juga..kami tak akan bertanggung jawab atas apa yang bakal berlaku..laporan perubatan tak akan kami keluarkan..kami tak akan benarkan encik gunakan ambulan..kami tak tahu tentang kes encik..!" " O.K saya faham.." "Encik sain di sini..".
18.00
Ina kemaskan barang-barang..keadaan aku belum cukup stabil..tapi aku dah tak mahu duduk di hospital yang tak ada doktor tu..Klaxane yang aku minta telah di beri empat dose..ada dua dose lagi..aku dah cabut..! Ya lah..kalau doktor tu sendiri tak tau nak buat apa..aku nak tunggu buat apa lagi..!K.L sedang sibuk waktu ni..aku kena tunggu malam sikit..20.00 hrs aku kat atas highway..22.00 aku check in kat bahagian emergency SJMC.

Tuesday, July 18, 2006

Sakit baru..


Tarikh : 9 Julai 2006.
Waktu : 10.30 pagi.
Lokasi : Batu 1 Jalan Pantai, berdekatan dengan Sikh Gurdwara.Port Dickson.
Kejadian: Serangan Angin Akhmar.

Aku sedang memandu, Ina melayan Nazirah di sebelah aku..kami dalam perjalanan ke Subang Jaya..dada kiri aku dah dua minggu sakit..malam tadi makin bertambah sakitnya..doktor Ang kata..sekarang juga awak pergi Subang Jaya..! Dr.Kannan ada stand by untuk awak..aku tak berani nak pandu sejauh itu..100km tu..Ina cadangkan aku ajak Along -Fauzi anak akak aku untuk pandu kereta kami kesana..aku pun setuju..cari Along dulu..Sampai kat batu satu..tiba -tiba ..tanpa amaran..tangan kiri aku kehilangan upaya..jatuh berdebik keatas paha ..Ina menjerit nyaring..'pull to the side dear..'nasib baik juga tangan kanan aku masih berfungsi dan kereta pun tak banyak sangat..di tepi jalan..Ina tolak tombol gear ke 'P'..aku tak tahu apa yang terjadi..Ina menangis meraung..dia ajar aku mengucap dua kalimah syahadah..aku cuma mengikut apa yang di suruh..tapi..tak ada bunyi yang keluar..lidah aku kelu..mulut aku bisu..aku hanya mengikut nya di dalam hati..Terfikir jugak aku..mungkin ini detik terakhir hidup aku..mungkin kah ini yang di katakan helaan nafas yang terakhir..?Aku menanti dengan penuh kesabaran..
Ina masih menangis..dia dah pindahkan Nazirah ke seat belakang dan sekarang sedang mencuba untuk mengubah aku untuk ke seat sebelah kiri..aku kembali boleh berfungsi..dengan di papah oleh Ina..aku pindah ke seat belakang..Ina drive ke food court untuk mencari anak saudara aku..rupanya dia dah sangat panic..tak boleh drive dengan bagus lagi..Anak saudara aku Yusof dan abang ipar aku Cowboy hantar aku ke hospital bandar Sunggala..
Aku beritahu doktor bertugas yang aku perlukan Klaxane..aku tak mau Warfarin..doktor tanya ..mana awak tau ubat ni..perbezaan dia pun aku tau..cerita kemudian..inject dulu..!Nasib baik juga doktor tu percaya..selepas satu dos dan keadaan aku mula stabil..aku kena tahan di wad..

Wednesday, June 28, 2006

Perempuan tua di pinggir hutan


Dah tiga minggu Uwan 'Hegeh hegeh @ Mahani tidak datang berjualan kat pasar tani..hari ni hari Rabu..kalau Ina gi pasar tani..petang nanti aku nak tanya dia..uwan ada datang tak..kalau dia tak datang..petang ni aku kena pergi jengok dia..mana tau..umor pun dah lanjut dia tu..70 dah ada agak nya..tapi masih gagah lagi..boleh naik Honda cub chai dia dari Rantau sampai PD..kalau bawak dia berjalan ngan 'S'Class tu..tak nak dia duduk depan..Uwan pun nak jugak meraso jadi Towkay..ekau tu derebar..ha..Uwan ni ha baru eei ado roman towkay.. tersandar..yo.. Uwan punya suko..lah..jangan di busuk kan motokar den ni ngan robung masam tu ha..Lawak jugak towkay rebung dan pucuk paku ni..Anak ramai..semua dah blah..beberapa orang dah mati..suami dah mati..tinggal dia sorang-sorang..di tepi bonar di pinggir hutan..
30-06-06 update.
Petang tersebut aku pergi melawat orang tua tu ngan Ina dan Nazirah..masa kami sampai hari dah malam..aku nampak lampu rumahnya menyala..dan pintu pagar terbuka luas..kenapa terbuka luas..?biasanya orang tua ni pantang kalau terbuka pintu pagar rumah dia..dua kali aku beri salam..tak di jawapnya..tapi ada bunyi suara orang bercakap..TV.."UWAN..!!!!".."OI PIUK OI BELANGO.."..TARKOJUT DEN..APO..EKAU NAK DEN MAMPUIH KO..eh..eh..eh.."..'tu lah..orang yang tak suka menjawap salam tu..bila orang menjerit..awak melatah..! Rupa -rupa nya.."motokar tak do..itu yang Uwan tak poie meniago.."..eloklah yang tak ada tu cuma motokar..bukan nya Uwan yang dah tak do..

Tuesday, June 20, 2006

Aku, lawatan dan kematian

Hari Ahad..Shida ajak aku pergi market/pasar..aku kata kita gi bank dulu..duit tak cukup..sampai bank..power black out pulak..terpaksa aku gi Seremban..ini lah masalah nya gunakan khidmat bank yang tak banyak cawangan..o.k lah..hari pun dah tengah hari..sarapan belum lagi..kami brunch kat Seremban Centre point..dulu tempat tu o.k gak..sekarang macam nak K.O lak..kuat nya bau lipas kat food court tu..Shida cadangkan kami gi melawat Kak Maz di Serting..satu jam perjalanan dari Seremban..boleh..Semasa kami sampai ke rumah Kak Maz..aku dapati suasana di situ agak ganjil..macam tidak ceria..macam kemarau tempat tu..tapi air kolam ikan tu..dalam..gate dah siap terbuka..aku drive dan park bawah pokok rambutan.. pokok mangga tempat biasa aku parking dah kena tebang..jarak antara gate dengan rumah tu..100 meter..Haji Muhammad bapa kak Maz ada duduk kat kerusi malas dia di bahagian porch..Kak Maz buka pintu selepas beberapa kali di beri salam..tengah sibuk memasak di dapur..selepas bersembang sebentar..aku masih tercari cari.."mana mak ? " "..mak dah tak ada.." "dia pergi mana ..?" " mak dah meninggal..! puas dah Maz call..sms..awak tak jawap..merajuk pun ..tak kan sampai tak mau datang lagi..!" Aku tahu mak Kak Maz sakit..tapi last visit dalam bulan dua..dia semakin pulih..yang sakit semakin teruk Haji Muhammad.. "I bukan merajuk..cuma sangat sibuk..dan Hand phone tu..dah kena curi..I tak beli phone baru..kat office I baru tukar jabatan..phone pun belum pasang sampai la ni..sebab depa nak renovate balik office tu..I cuma gunakan e-mail jer..apasal you tak hantar e-mail..?" ahh..aku memang tak suka teliphone..aku cuma suka e-mail..tapi orang lain suka hand phone..!Shida marahkan aku.."beli phone baru..bukan nya mahal..!"..O.K lah..

Sebenarnya ini bukan kali pertama aku pergi menziarah dan orang yang aku cari tu dah meninggal dunia..1986 Kajang..Abang Kamal dah meninggal sebulan..aku baru sampai ,1989 Hutan Setali, Tunjang..Pakcik Mat Akhir, guru silat aku..hari ke 40 aku sampai, 2000 Seberang Chegar, Alor Setar..Cikgu Norma kawan sekolah aku di Jenan dan Kuala Pilah..meninggal tahun 1995..last jumpa tahun 1986..wedding dia.., 2001 Port Dickson..Wak Din..kenalan keluarga..aku melawat dengan Shida dan Ina..dah sebulan dia meninggal..dan yang terakhir ni mak Kak Maz..meninggal 28 April..18 Jun aku sampai..

Kat mana silap aku ni..? mungkin aku patut lebih ambil berat tentang orang lain..aku hanya selalu sibuk dengan kerja dan anak isteri aku..

Tuesday, June 06, 2006

Aku ..sakit & kerja..

Aku pergi ke rumah AM senior manager jabatan aku minggu sudah..aku nak minta tolong sikit..itu pun kalau dia boleh tolong..aku sedang tunggu jaswapan darinya..

Masalah aku sekarang ni adalah aku tak boleh terkejut..degupan jantung aku akan berlari kencang..sangat laju..macam nak kena serangan lak..masalahnya kalau tak sempat kawal dan turun kan degupan jantung tu..ada kemungkinan untuk dapat anugerah tiga serangkai ni..ini yang buat aku lagi risau..satu anugerah aku dah dapat..kalau dapat lagi dua..cukup sifat anugerah tiga serangkai..berat..!

Masalah kedua adalah aku jadi sangat pelupa..aku cuma boleh ingat perkara-perkara tertentu sahaja..urusan kerja banyak yang aku dah lupa..ada tawaran untuk aku jadi instructor dua minggu sudah..terpaksa aku decline..bukan aku tak nak promotion lagi..aku cuma tak sanggup nak membaca dan menghafal lagi dah..memang terasa bodohnya aku sekarang nih..ada kawan rakan yang berkata..'ya lah..awak tu dah tua..jadi pelupa lah..ini hukum alam..'betul ker..? atau ini disebabakan oleh darah yang tak cukup sampai ke otak semasa aku black out kena heart attack dulu ..?'Aku pun tak pasti..

Aku pun memohon untuk dapatkan VSS..AM kata dah tak ada lagi..kalau 'hang nak medical board mungkin boleh..kalau hang ada collapse kat office ker..garenti boleh' 'aku sendiri tak mau lah sampai nak collapse kat office tu..sebonar eei..hari tu masa aku panjat 1105..nyaris collapse aku kat atas tangga 1105..tapi pengalaman panjat tangki telah berjaya selamatkan nyawa aku..mungkin belum ajal aku lagi..ini yang buat aku sangat takut ni..masa aku muda dulu..biasa lah kalau takat empat crude tank satu hari..sekarang..satu tank dah menggigil kaki aku..sebab letih..aku tak takut dengan ketinggian..sebelum aku collapse dan kondem kat office atau pun site..baik aku berhenti kerja..tapi nak berhenti kosong saja..tak nak ler aku..nak start hidup baru perlukan modal gak..modal simpanan aku dah habis..belanja semasa aku kena heart attack..belanja semasa Baya kena scoliosis..clear beberapa ribu simpanan aku yang tak seberapa tu..'himpun bagai menadah air hujan..perginya macam tempayan pecah..'O.K..aku ingat nak jadi penternak cacing dan tiram..belum ada yang buat secara komersial nih..tiram memang ada yang cuba ternak..tapi tak berapa berjaya..mungkin pengalaman selama dua puloh tahun menternak tiram secara sambilan boleh aku gunakan untuk tujuan komersial ..?aku pernah menternak cacing selama dua tahun..kalimata taknak ternak ker..? Mungkin kalau aku cuba dengan serius..aku boleh menjadi pembekal kalimata di semenanjung ni..sekor lima posen tuh..cacing urat tu pun baru empat posen sekor..tiram seringgit seketul..punpun merah sepuluh ringgit sekor..cendana kapur hidup enam posen sekor..kena ada pelbagai..baru boleh selamat nampaknya..Target aku untuk menjana satu juta pertama dalam tempoh lima tahun..sempat ker..insyaallah..Boleh dapat VSS ker..? Insyaallah..!

Thursday, June 01, 2006

Kepandaian yang tidak berguna.



Dah tiga hari dalam minggu ni adik aku dan suami dia datang PD. Jauh tu PD ngan Bandar Tun Razak Keratong..apa nak buat..dah terpaksa..depa mai berubat kata nya..tak pasti lak aku..sebab depa tak cerita secara peribadi kat aku..apa yang aku dapat tau dari akak aku Ani dan Ana..laki Enon tu terkena sakit tuan yang special..bila nak pakai..tiba-tiba saja 'adik' tu jadi kocut..!Ini kes besar nih..masalah tu..aku sendiri pun pernah ada terkena sakit ni..aku gi berubat kat Tehel..sekali jer..terus selesai masalah, dukun tu guru adik aku..2 bulan oo aku suffer..mentedarah habis nasi seperiuk..kentut punya la busuk..hampir pengsan isteris aku..anak-anak lari keluar rumah..paling tidak..buka semua tingkap dan pintu..pasang kipas..tiupkan gas beracun tu keluar..aku sendiri..tak bau apa-apa pun..! Nasib baik adik 'Samurai' aku datang menziarah dari Kedah..terus dia dengan Sahak bawa aku ke Tehel..mandi air limau jer..cecah air ke badan..berdiri 'adik' tu..yerlah..dah dua bulan dia tidur..kata dukun tu..kalau tunggu beberapa bulan lagi..langsung tak boleh dipulihkan..ngeri gak aku...Dia tanya aku nak pulangkan ker penyakit itu padan tuan nya..aku cakap tak payah lah..lepaskan lah dia pergi..tiap penyakit dengan kehendak Allah..Bila penyakit yang sama terkena pada adik ipar aku..aku tahu macam mana gelabahnya dia..semuga cepat sembuh..Kalau dia bertanya kat aku..aku akan bawa dia pergi ke Tehel..tapi..ada lagi ka bang Mat tu?..dah lama kau tak pernah pergi situ..

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!