
Beberapa hari yang lepas ada kawan lama aku telah call Ina, ajak kami berdua ke sebuah resort di PD.Hairan juga aku kenapa dia ajak kami ke Laman Sari Resort, tapi disebabkan dia tu kenalan yang aku dah kenal lebih dari dua puluh tahun, aku pun setuju saja untuk ke sana walaupun aku tidak dimaklumkan untuk apa. Kami diminta untuk hadzir pada jam 20.30, jam20.15 kami bertiga dengan Nazirah telah sampai. Suspence juga aku, dia ni nak ajak dinner ker? kenapa tak beritahu tujuan aku di ajak datang ke resort ni ? Kalau dia ajak aku sorang jer datang, gerenti aku tak datang nyer..! Aku memang tak suka keluar malam dengan kawan melainkan ada urusan yang tak dapat di tangguhkan atau urusan itu mesti sangat penting. Mungkin dia sangat mengenali perangai aku, sebab itu dia tak nak beritahu sebab nya mengapa dia nak aku hadzir di resort tersebut. O.K lah..aku tetap menghormati persahabatan yang di jalin selama lebih dari 20 tahun, tak sampai hati aku nak tolak permintaan dia.. Setelah bertanya pada receptionist kat tempat tu, aku bertambah hairan! 'malam ini cuma ada satu function jer encik, kat dewan di tingkat bawah, seminar yang dianjurkan oleh syarikat RAFA' Kawan aku tu jemput aku datang seminar? Waktu malam? Biar betul makcik nih..dah lama tak kena hamun agak nya!
Ina memujuk aku untuk tunggu dan mendengar apa yang akan di perbincangkan. Walaupun aku lebih suka berada di rumah pada ketika itu, disebabkan aku dah pun berada di dewan tersebut, tunggu jer lah..'Makcik' kenalan aku tu sampai bersama beberapa orang yang tidak aku kenali. Setelah bertegur sapa aku pun terus bertanya dia 'Nor , apahal nya yang kau ajak aku kesini? Kau nak belanja aku dinner atau kau nak aku belanja engkau?' ' tak der dinner dinner dah malam ni..aku nak engkau dengar cadangan yang akan dibentangkan ..mana tahu..boleh bisness sikit..'
Jam 22.45. Tetamu atau peserta semakin ramai memenuhi ruang dewan, ada lah lebih kurang 80 orang kesemuanya. Sessi ceramah pun bermula. 'Who want to be a millionaire!' Penceramah bertanya 'siapa yang nak jadi orang kaya sila angkat tangan' Ramai yang response! 'Siapa yang tak mahu jadi orang kaya, sila angkat tangan!' Aku seorang jer yang angkat tangan! Lalu aku diketawakan oleh para hadirin dan penceramah tersebut..sebabnya mereka semua tidak percaya bahawa ada orang yang tidak mahu menjadi orang kaya.. Ceramah berjalan dengan lancar. Aku merasa sangat terhina semasa mendengar ceramah te

Bayaran yuran keahlian adalah RM2060 / RM900/ RM300. ianya mengikut kemampuan bakal ahli, tiap hari akan dapat pulangan keuntungan, tugas ahli cuma untuk menaja orang lain menjadi ahli. Macam MLM yang sistem piramid gak..
Jam 22.30. Ceramah semakin rancak, aku sangat gelisah. Penceramah baru pula dijemput, dia tu mengaku yang dia sekarang ini adalah jutawan, dua tahun dulu dia miskin merempat, semenjak menjadi ahli, dia telah berjaya menjadi seorang jutawan! Dia pun bertanya ' siapa nak jadi jutawan?' gegak dewan tu dengan sorakan mereka yang nak jadi jutawan! Menyesal juga aku kerana hadzir disitu, dah jam 22.45 masih mencari jalan untuk menjadi kaya, solat insyak belum lagi..! Aku ajak Ina keluar dewan dan terus pulang kerumah. Aku tidak peduli dengan suara-suara yang bertanya mengapa aku dah nak balik, hormatlah sikit kepada penceramah tu..ah..peduli apa aku dengan jutawan baru tu..bukan baru hari ini aku jadi jutawan! Kalau mengikut anggaran aku, hasil dari risikan, hampir kesemua yang hadzir tu dah bersiap nak menjadi ahli, bayar yuran keahlian dan bersedia untuk melayari akaun mereka untuk melihat duit masuk pada jam 00.15 tiap hari..! Seronok nya mereka semua..! Tapi aku dapat merasakan yang penganjurlah orang yang paling seronok sekali! Kalau betul anggaran aku, dapat lah kutipan dari yuran keahlian malam tersebut lebih kurang RM150K! Seronok nyer dier..!!

13-05-08 @ 18.30. Aku berada di lorong Haji Taib, KL. kalung far infra red dan segala jenis macam barangan dengan 'aura' ion negative ada di jual! Ada yang punya simbol yang sama dengan yang kepunyaan RAFA! Kena beli paling kurang empat barangan, mereka jual borong..empat butir kalung, RM500.00 lebih kurang la..kalau jam, itu lebih sikit harganya, RM1000.00 empat buah..Aku bertanya nyonya tauke kedai tersebut, bagaimana kesemua benda jualannya yang berada disitu telah punya kekuatan ion negatif atau aura? 'Itu power aa..sudah kasi inject masuk ma..!' 'Berapa lama boleh tahan itu power?' 'Lapan tahun oo..cukup lama ma..'
'Who else want to be a millionaire?!'
No comments:
Post a Comment