Herba yang penting untuk masak -memasak.

Thursday, September 11, 2008

Malaysia oh tanah air ku..!

Maafkan aku kerana menulis sesuatu yang aku tak suka tulis, tentang semangat perkauman.
Aku terpanggil untuk menulis tentang ini kerana seorang yang bernama Ahmad Ismail, timbalan ketua UMNO bahagian Bukit Bendera.Dia telah mengeluarkan kata-kata bahawa rakyat Malaysia keturunan India dan China adalah 'orang asing' yang mendatang ke Malaysia. Untuk itu dia telah di jatuhkan hukuman oleh pucuk pimpinan partinya. Dia didapati bersalah dan telah di hukum. Sebenarnya sebelum dia didapati bersalah dan dihukum, TPM telahpun menjatuhkan hukuman, tindakan beliau meminta maaf bagi pihak UMNO terhadap pendapat peribadi sorang timbalan ketua bahagian telah membuat kan aku tahu bahawa timbalan ketua bahagian itu akan didapati bersalah dan akan dihukum! Aku sendiri bukannya ahli UMNO, aku tak kisah sangat jika ada ahli UMNO yang dihukum oleh majlis tertinggi mereka, itu hak majlis tertinggi dan ahli yang dihukum, terima saja lah keputusan itu, awak yang memohon menjadi ahli parti, kena ikut lah peraturan parti dan kena lah hormat pada keputusan ahli majlis tertingi yang awak juga pilih sendiri.

Apa yang aku musykil kan, jika orang dari China dan India yang pada ketika ini menjadi rakyat Malaysia yang pada sebelum ini di panggil Tanah Melayu, bukan orang asing atau orang mendatang, adakah mereka itu pribumi Malaysia? Jika mereka itu pribumi Malaysia, mengapa mereka masih berkata yang mereka orang China atau mereka orang India? mengapa tidak mengaku saja yang mereka orang Malaysia? Memang Malaysia punya banyak kaum, tetapi cuma tiga kaum mendatang yang masih menggunakan nama asal negara dari mana nenek moyang mereka itu datang. Mereka ini tidak menggunakan nama suku kaum seperti Melayu, Iban, Banjar, Jawa, Bidayuh,Semai, Jakun, Mahmeri dan banyak lagilah..Mengapa mereka mesti menggunakan nama sebuah negara sebagai suku bangsa mereka? Mengapa tidak menggunakan nama suku kaum seperti yang lain-lain? Suku kaum yang berasal dari India ada sangat banyak begitu juga suku kaum dari China. Penduduk Malaysia keturunan India telah hadzir di Tanah Melayu sebelum kelahiran negara India yang merdeka, pada pendapat saya mereka tidak berhak menggunakan nama negara tersebut sebagai bangsa mereka! Mereka adalah rakyat Malaysia, yang dilahirkan di Malaysia, yang akan dipanggil orang Malaysia jika mereka pergi melancung ke India, sebenarnya mereka itu keturuna suku kaum mereka. Bukanya bangsa 'Indian'! . 'Indian' merujuk kepada rakyat negara India!

Sebelum negara China disatukan dengan satu bahasa iaitu Mandarin, seluruh negeri-negeri yang menjadi ahli Republik Rakyat China memang telah mempunyai bahasa dan nama suku kaum mereka yang tersendiri. Mereka ini apabila berhijrah keTanah Melayu dan Borneo, masih tetap menggunakan bahasa ibunda mereka, bahasa Mandarin cuma diajarkan kepada mereka disekolah.Jikalau seorang rakyat Malaysia keturunan Hokkien, tidak pergi kesekolah pendidikan jenis China, dia tidak akan dapat bercakap, menulis dan membaca didalam bahasa Mandarin! Itu menunjukkan yang bahasa Mandarin, bahasa rasmi negara China bukanlah bahasa keturunan tersebut, jadi, dia sepatutnya memanggil dirinya sebagai Rakyat Malaysia keturunan suku kaum Hokkien! Begitu juga untuk suku kaum Teochiew, Hakka, Canton dan lain lain lagi.Yang saya persoal kan disini adalah bagaimana mereka ini di kelaskan sebagai berbangsa China sedangkan mereka rakyat Malaysia? Bangsa China atau 'Chinese' adalah merujuk kepada Rakyat negara China!

Ahli ahli parti politik yang lain tu boleh buat kechoh tentang 'kesalahan' timbalan ketua bahagian yang kita perbincangkan di para satu tadi tetapi adakah mereka itu betul atau mereka sendiri yang merasakan yang mereka itu betul? Ada kemungkinan atau tidak yang mereka kesemuanya salah? Pada pandangan peribadi saya kebarangkalian adalah sangat besar untuk kesemua mereka ahli politik itu salah dan timbalan ketua bahagian yang telah dihukum itu sebenarnya berada di pihak yang benar! Bagi saya, dia telah dizalimi! Tetapi saya tidak akan berbuat apa-apa sebab itu parti yang dia menjadi ahlinya, parti tersebut yang menzalimi ahlinya.

Mengapa perlu saya pedulikan kes ini? Ianya kerana parti yang memerintah selama beberapa puloh tahun ini lah yang telah membentuk kerajaan dan dengan itu bertanggung jawap dalam melahirkan rakyat Malaysia keturunan India dan rakyat Malaysia keturunan China! Kesilapan semenjak anak tersebut dilahirkan, didaftarkan adalah bukan kesilapan anak itu! Ianya kesilapan atau 'short sighted' penggubal pendaftaran pada masa dahulu. Perkara ini perlu di perbetulkan supaya mereka yang terlibat akan boleh mengaku mereka rakyat Malaysia, bukannya rakyat India atau China atau Portugal!

Ahmad Ismail telah menjadi mangsa keadaan, jika keadaan tidak diperbetulkan sekarang, ianya adalah ibarat api dalam sekam, tidak akan padam rasa tidak puas hati suku kaum pribumi terhadap orang 'mendatang' yang tidak tahu berterimaksih. Selagi nama India dan China tidak digugurkan hingga didalam panggilan harian, bukan setakat dari segi pendaftaran atau dalam media perhubungan, ibarat bisul yang membengkak, ini lah punca berlakunya perpecahan kaum. Sila lah ambil tidakan yang menyeluruh untuk menyelesaikan masalah perkauman ini, bukan setakat ketok kepala seseorang supaya dia diam dan untuk yang memerhatikan akan takut untuk bersuara. Penyakit dan kesilapan kena di ubat dan diperbetulkan, bukan nya disorok dan dinafikan akan kehadiran nya.

2 comments:

Jared said...

Saya keturunan baba nonya campur Burma (dari nenek moyang ibu saya). Saya dipaksa oleh kerajaan Malaysia menjadi orang Cina sebab bapa saya generasi ke-4 dari Hainan. Selalunya dalam borang, ada petak India, Cina, Melayu atau lain2. Saya cancel semua dan bubuh MALAYSIA. Tapi itu tidak diterima oleh pejabat kerajaan. Bukan salah saya, saya anak bangsa Malaysia tapi kerajaan Malaysia lebih suka memecah-belahkan rakyat supaya Umno, MCA dan MIC ada cukup ahli.

sayurantempatan said...

"Jika mereka itu pribumi Malaysia, mengapa mereka masih berkata yang mereka orang China atau mereka orang India? mengapa tidak mengaku saja yang mereka orang Malaysia? Memang Malaysia punya banyak kaum, tetapi cuma tiga kaum mendatang yang masih menggunakan nama asal negara dari mana nenek moyang mereka itu datang."

Untuk memahami apa yang ditanya di atas, sila menonton http://10tahun.blogspot.com/
bukannya kebanyakan rakyat yang bertungkus lumus untuk kemerdekaan yang mahukan negara yang berasaskan kaum, tetapi ahli politik yang 'diberi' kuasa politik yang menjamin keuntungan british masa it, yang mahukan Malaysia yang berasaskan kaum melayu, cina india. sampai sekaranglah kami masih menyebut melayu cina india melayu cina india melayu cina india dan kadang kala iban kadazan..betapa boringya dan kehausan pemikiran kita sampai sekarang kami masih menggunakan wacana yang memecahbelahkan kami semua.

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!