Herba yang penting untuk masak -memasak.

Friday, August 11, 2006

Salah kah aku..?

Ada kawan aku kena VSS dan kena balik kampung..PD la..dia tanya aku ada tak kerja kat tempat aku..kalu dia engineer boleh juga aku cadangkan..tapi dia bahagian pejabat..aku tak tahu bahagian tu..tapi aku berikan juga pendapat aku bila dia tanya apa yang perlu dia buat untuk menyara keluarga dia..aku kata tak payah kerja.."hang jaga anak -anak cukuplah..biar lah suami hang yang mencari rezki..tu tugas dia .." dia kata dia ada 3 ekar kat Sua Betong..semak samun jer..dia nak jual..aku cadang kan untuk dia tanam beberapa jenis tumbuhan renek yang aku tahu sangat menguntungkan dan senang di jaga..tapi mungkin dia ingat aku hina dia..langsung dia tak mahu hubungi aku lagi..la..salah kah pendapat aku tu..aku nak minta maaf pun dah tak boleh..mana dia menghilang diri..sebenarnya 3 ekar tu boleh beri dia hampir RM 10,000.00 satu bulan kalau dia rajin..tolak expenses..masih ada RM5-6 ribu..tapi kena berusaha lah..penat sikit la..( pokok tu ambil masa setahun untuk tumbuh subor..).
Kes yang hampir sama telah di kemukakan kepada aku oleh seorang lelaki yang aku pun tak ingat nama dia sekarang ni..aku jumpa dia di mesjid jamek selepas solat Jumaat..aku suruh dia balik kampung jer..kampung dia di Dungung..dia tak ada tanah..tapi saudara dia ada..orang kampung ada..sewa jer lah..!Dia pertikai kan cadangan aku tu..aku cakap kat dia..aku dah buat dah..dulu lagi..sebab tu aku tau boleh berjaya..dia tanya aku kenapa aku berhenti dari mengusahakan tanah aku..Sebabnya..aku nak buat benda lain pulak..! Harapan aku dia akan berjaya dengan plan pembangunan ummah yang baru kami bincangkan itu..Dah beberapa bulan aku tak jumpa lelaki tersebut..insyaallah berusaha lah..rezki pemberian Allah..

2 comments:

Pnut said...

ermmm suruh dia baca buku chef li-jutawan senyap, saya baca buku tu, terus teruja...

Ari said...

Ada ramai orang tak suka membaca..Lepas baca..apply..kalau tak kena..adjust la..

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!