Herba yang penting untuk masak -memasak.

Monday, August 14, 2006

Membelah ombak menentang arus

Anak sulong aku nama Muhammad Isa..Aku panggil dia Isa..macam nama nabi..nama menteri besar NS dulu pun Isa..ada bekas MB tu datang nak menziarah kami semasa Isa masih kecil..tapi kami balik kampung..Taman perumahan yang aku tinggal sekarang ni pun nama bapa bekas MB tu..Aku tetap sokong dan hormat kat dia..walaupun depa kata dia rasuah..peduli apa aku..!
O.k lah..Petang hari Jumaat yang lepas aku berbincang dengan Isa tentang masa depan dia..apa yang dia nak buat..apa yang dia cita-citakan..apa yang dia mau dalam hidup ini..Dia tak nak pergi Universiti.." abang rasa abang terlalu muda untuk pergi ke Universiti.." "Isa nak buat apa..?" " Abang nak mulakan satu perniagaan..selepas tahu kemana arah tujuan..baru abang nak pergi cari ilmu di universiti..untuk menjayakan misi abang.."..hek eleh budak ni..ini semua nak buat aku kena kutuk dengan saudara mara dan rakan taulan..dulu masa dia jadi best student sekolah dan antara yang terbaik di NS..dan aku tak hantar dia pergi fully boarding school..semua kenalan aku kutuk aku..dia orang ingat aku tak mau atau tak mampu nak finance kan persekolahan anak aku di sekolah yang lebih baik..sekarang dia orang akan kutuk aku..sebab tak sanggup nak berkorban untuk hantar anak further study.."nasib abah lah Isa.." "Don't worry abah..I will further my study to gain knowledge..but I won't further it just for the sake of complying to the norm..just to be the same like the others..You are the one who teach me to be different..I do know what others said about you..nothing good..but you are the first one who drive around in an 'S' class here..out of three 'S' class owner here..none of you went to the university..right ?..that pakcik Don..just change his old Masterpiece to new E class..he is your school mate right ..? "You are right Isa..but I'am the only one thats not a crony to anybody..! " Heh..heh..abah tak mau kalah punyer..!
Aku cadang kan pertanian atau industri perikanan..senang nak start..dia tak minat..aku cadang kan get a product, buat satu production house, establish marketing net work . Dia dah setuju..product dah aku kemukakan..masih perlu Research and Development..mungkin akan ambil masa satu tahun untuk selesaikan masalah titik bengik- teething problem sebelum dapat di pasarkan.Target for full situation exploitation adalah 2011..Baya dengan Diana sedang belajar sambil berkerja ..menjadi promoter kat expo.. keliling semenanjung anak dara aku tu..tak pa..nanti aku test skill depa..kalau o.k..depa boleh lead marketing side..kalau dak..polish lagi..!
Aku memang susah hati dengan keadaan dan kedudukan sekarang..kalau silap langkah.. kecundang kesemua anak-anak aku..Ini lah agaknya situasi yang di hadapi oleh aruah abah aku dulu..satu-satu nya anak dia yang tak mahu berkerja dengan kerajaan..tapi " abah berpuas hati dan berbangga dengan apa yang kamu buat.." " terima kasih abah..kerana telah memberi peluang untuk saya berkhidmat kepada abah..abah duduk lah disini..tak dak siapa lagi nak halau kita..tapi saya tak boleh tinggal dengan abah..saya akan pergi ..saya cuma mungkin akan balik kesini bila dah pencen nanti.." Abah aku dah balik kepada tuan dia..aku akan teruskan perjalanan ini..emak masih tinggal dirumah yang abah bina ..di atas tanah yang aku beli..apabila adik beradik aku tahu yang tanah itu nama aku..kesemua mereka berkata aku sepatutnya letak nama abah..bukan nama aku..baru lah boleh di katakan sebagai hadiah dari aku..heh..heh..abah lagi pandai.." kalau hang boh nama abah..belum sempat abah mati..depa tu nanti minta abah bahagikan harta..! Buat penin kepala abah..biar nama hang ..abah cuma nak duduk situ..bukan nak tanah tu.." "Itu saya tak kisah abah..tapi..cukai tanah..cukai pintu..abah kena bayar sendiri.." "no problem..hang hantar mai duit..abah akan pergi bayar..!" Ha..ha..kena aku dengan abah aku..;
Aku.."mak setengah Siam..pak setengah India..aku.. Melayu..!!"

No comments:

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!