Herba yang penting untuk masak -memasak.

Tuesday, June 06, 2006

Aku ..sakit & kerja..

Aku pergi ke rumah AM senior manager jabatan aku minggu sudah..aku nak minta tolong sikit..itu pun kalau dia boleh tolong..aku sedang tunggu jaswapan darinya..

Masalah aku sekarang ni adalah aku tak boleh terkejut..degupan jantung aku akan berlari kencang..sangat laju..macam nak kena serangan lak..masalahnya kalau tak sempat kawal dan turun kan degupan jantung tu..ada kemungkinan untuk dapat anugerah tiga serangkai ni..ini yang buat aku lagi risau..satu anugerah aku dah dapat..kalau dapat lagi dua..cukup sifat anugerah tiga serangkai..berat..!

Masalah kedua adalah aku jadi sangat pelupa..aku cuma boleh ingat perkara-perkara tertentu sahaja..urusan kerja banyak yang aku dah lupa..ada tawaran untuk aku jadi instructor dua minggu sudah..terpaksa aku decline..bukan aku tak nak promotion lagi..aku cuma tak sanggup nak membaca dan menghafal lagi dah..memang terasa bodohnya aku sekarang nih..ada kawan rakan yang berkata..'ya lah..awak tu dah tua..jadi pelupa lah..ini hukum alam..'betul ker..? atau ini disebabakan oleh darah yang tak cukup sampai ke otak semasa aku black out kena heart attack dulu ..?'Aku pun tak pasti..

Aku pun memohon untuk dapatkan VSS..AM kata dah tak ada lagi..kalau 'hang nak medical board mungkin boleh..kalau hang ada collapse kat office ker..garenti boleh' 'aku sendiri tak mau lah sampai nak collapse kat office tu..sebonar eei..hari tu masa aku panjat 1105..nyaris collapse aku kat atas tangga 1105..tapi pengalaman panjat tangki telah berjaya selamatkan nyawa aku..mungkin belum ajal aku lagi..ini yang buat aku sangat takut ni..masa aku muda dulu..biasa lah kalau takat empat crude tank satu hari..sekarang..satu tank dah menggigil kaki aku..sebab letih..aku tak takut dengan ketinggian..sebelum aku collapse dan kondem kat office atau pun site..baik aku berhenti kerja..tapi nak berhenti kosong saja..tak nak ler aku..nak start hidup baru perlukan modal gak..modal simpanan aku dah habis..belanja semasa aku kena heart attack..belanja semasa Baya kena scoliosis..clear beberapa ribu simpanan aku yang tak seberapa tu..'himpun bagai menadah air hujan..perginya macam tempayan pecah..'O.K..aku ingat nak jadi penternak cacing dan tiram..belum ada yang buat secara komersial nih..tiram memang ada yang cuba ternak..tapi tak berapa berjaya..mungkin pengalaman selama dua puloh tahun menternak tiram secara sambilan boleh aku gunakan untuk tujuan komersial ..?aku pernah menternak cacing selama dua tahun..kalimata taknak ternak ker..? Mungkin kalau aku cuba dengan serius..aku boleh menjadi pembekal kalimata di semenanjung ni..sekor lima posen tuh..cacing urat tu pun baru empat posen sekor..tiram seringgit seketul..punpun merah sepuluh ringgit sekor..cendana kapur hidup enam posen sekor..kena ada pelbagai..baru boleh selamat nampaknya..Target aku untuk menjana satu juta pertama dalam tempoh lima tahun..sempat ker..insyaallah..Boleh dapat VSS ker..? Insyaallah..!

No comments:

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!