Herba yang penting untuk masak -memasak.

Thursday, March 22, 2007

Motorsikal dan kemalangan

Anak saudara aku telah mengalami kemalangan pada hari Isnin lepas. Tak sampai setengah jam sebelum itu kami sedang makan nasi goreng yang dia masakkan untuk kami berdua. Aku cuma dapat tahu tentang kemalangan tu pada pagi Selasa. Semalam aku pergi melawat dia di hospital. Kecederaan dia agak parah, tangan kanan tak dapat di gerakkan sebab ada tulang yang patah di kawasan bahu dan yang paling menyedihkan hati aku adalah tulang belakang nya yang patah lalu menekan saraf tunjang, dia lumpuh.Dua orang anak lelaki kakak ni memang rapat dengan aku, empat tahun aku tinggal di rumah kakak sehingga aku menikah dan pindah dari situ. Semasa aku pindah, budak berdua tu berebut siapa yang dapat katil dan almari aku! Terasa sebak hati aku bila mengenangkan anak saudara aku ni, dulu adik dia mati kemalangan motorsikal semasa pergi kerja kat KLIA, sekarang dia pulak lumpuh akibat kemalangan semasa nak pergi kerja di Sri Malaysia, dulu dia ni mekanik kapalterbang , berhenti kerja apabila dia tak boleh tahan setiap hari terpaksa melintas tempat kemalangan yang telah meragut nyawa adik nya dan dia lah saksi kejadian tersebut, jadi tukang masak dengan harapan dapat melupakan peristiwa sedih itu. Dia kemalangan di tempat yang sama aku kemalangan motorsikal pada tahun 1985 dulu. Aku terpaksa kuatkan hati untuk berhadapan dengan masalah ini. Kos untuk membeli Titanium plate dan skru tak termasuk kos perubatan adalah RM11K. Akak aku sangat sedih sebab rupa-rupanya Seri Malaysia tidak punya insuran coverage untuk kemalangan. "Awak claim dari SOCSO jer.."Masalah nya claim tu ambil masa beberapa bulan baru dapat, dan plate dan skru untuk pembedahan membetulkan semula tulang belakang pesakit perlu di bayar dahulu sebelum pembedahan di buat, beli spare part dulu..nanti doktor pasangkan.."Bila pembedahan ni boleh di buat doktor ?" " Encik bayar harga barangan tu, kami jalankan pembedahan segera" Aku dan kakaK telah merayu kepada doktor untuk mencari jalan supaya pembedahan dapat di buat tanpa menunggu duit dari SOCSO. Alhamdulillah selepas beberapa jam berbincang antara kami dan doktor dengan pembekal peralatan, harga telah di turun kan ke RM5100. Aku mesti menjelaskan bayaran peralatan- spare part Titanium tersebut pada 24 haribulan ni , pembedahan akan di jalankan pada 26 haribulan. Walaupun doktor menyatakan yang pembedahan ini tidak akan menyebabkan anak saudara aku tu boleh berjalan, sekurang-kurangnya dia dapat duduk dan begerak dengan kerusi roda, dia akan dapat berdikari. Jika tidak dia hanya kan terbaring sepanjang hayat sementara menunggu hari mati.

Along, pak endak janji kita akan terus berusaha sehingga along boleh berjalan semula.Tugas along cuma kuat kan azam untuk sembuh, jangan risau tentang perbelanjaan, pak endak akan uruskan.

2 comments:

Mutiara said...

I am so sorry to hear about your nephew. I hope he will walk again with physiotherapy.
Are you really interested in horses? I live in Oklahoma and my neighbour and friend train horses for trail riding and horse show (local)

Ari said...

I'm very keen. What I foresee trail riding will become another attraction in Malaysia but frankly speaking I love to ride horses be them for leisure or business.Maybe I should ride horses for my everyday activity instead of burning the petrol.Other than the prices of horses are very expensive here the problem is with feeding the horse.Up to now only the pony from Thailand and Sabah will feed on nearly everything, just like a cow. What I heard those racing horses eat Washington apple or Fuji apple!Thats the most expensive apple around!

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!