Herba yang penting untuk masak -memasak.

Monday, April 30, 2007

Antara yang zahir dan batin, yang tersirat di sebalik yang tersurat.

One of the friend from my space had asked me about my life with two wife and I must be somebody really fair in judgement, how do I be fair or ’adil’?

Secara ikhlas nya saya tidak pernah berlaku adil. Semasa di hadapan tuan hakim mahkamah tinggi syariah, saya telah di soal ‘ bolehkah awak berlaku adil dan saksama dalam menjalankan tugas awak sebagai seorang suami kepada kedua isteri awak?’ Jawapan saya: ‘tidak dapat tuan’, hakim pun berkata ‘berlaku adil adalah syarat untuk poligami’, jawapan saya:’ adil adalah sifat Allah, saya cuma seorang hamba saya tidak punya sifat yang serupa dengan Allah’. Tuan hakim: maksud saya bila wang belanja diberikan untuk kedua isteri, mesti sama rata!’ jawapan saya : ‘tuan zalim jika meminta untuk saya samaratakan wang belanja kedua buah rumah, sebab tiap rumah mempunyai keperluan yang berbeza, cuma setiap permintaan akan di pertimbangkan setelah mengambil kira keperluan kesemua ahli keluarga sebelum sesuatu keputusan di buat’ . Selepas satu bulan keputusan membenarkan poligami pun di berikan.

Apa yang saya cuba terangkan kepada saudara dan saudari sekelian adalah sesuatu yang nampak adil belum tentu adil dan sesuatu yang nampak zalim belum tentu zalim. Kita perlu mengetahui apa yang berlaku sebelum menjatuhkan hukuman atau keputusan.Masih ingat kah kita rancangan ‘Bersama mu’ siri pertama? Yang tunjuk keluarga yang terpaksa makan siput babi bakar sebab tidak ada lauk? Memang sedih dan menyentuh perasaan, dalam satu dinner besar organiser telah beria-ia meminta saya mencuba masakan ‘escargot ‘ yang dia order..saya layan jer lah..tapi bila makanan tu sampai..saya tengok itu bukan escargot..Cuma cendawan hitam, cef telah terpaksa di panggil keluar untuk menerangkan keadaan dan chef telah mengaku memang betul masakan tersebut adalah cendawan hitam! Rakan saya jadi hairan, macam mana saya boleh kenal ‘escargot’? Apa tak kenal nyer..escargot tu siput babi lah! masak dengan sauce yang ada lada hitam tu..ngam ho..! Kat rumah saya ada banyak siput babi..mem pun tanya saya.. ’dear.. you nak buat escargot goreng tak..?’ ‘ No, thank you love, I prefer siput sedut from escargot!’
Escargot adalah makanan yang sedap dan terkenal, gaya masakan dari Perancis.

Setiap kali kami kesempitan wang belanja dapur, saya akan pergi menuai tiram dari ‘ladang kami’ untuk di buat lauk, isteri saya selalu beri komen ini ‘ orang lain waktu kaya makan tiram, kita bila makan tiram tu..faham faham ajer la..’dia’ dah sempit lah tu..’ dan jawapan nya ‘nasib awak lah..bila tak ada lauk kena makan tiram.. sekurang – kurang nya awak tak perlu makan escargot!’
Miskin kah kami bila terpaksa makan tiram dan ikan haruan? Harga ayam baru RM4.60 satu kilo, haruan RM20.00, tiram seketul tu RM3.00 dan perlu ada 50 hingga 100 ketul untuk makanan kami sekeluarga! Berapa harga seekor ayam hutan? Biasanya lima atau enam ekor di perlukan untuk kami makan malam! Miskin kah kami sebab tak mampu beli ayam dan ikan kembung? Makan lah ikan Ketutu atau sun hock ! Harga jualan memang mahal tapi tangkap sendiri sangat murah! Adil kah di panggil miskin dengan sebab ini? Berapa ramai dari kita yang ada banyak barang yang di kira sebagai sampah dan tak berharga, tetapi jika kita tahu bagaimana nak mengolah dan menjual nya..kita mungkin sebenarnya sedang hidup dan tidur di atas duit! Ada sesiapa nak beli escargot?

No comments:

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!