Herba yang penting untuk masak -memasak.

Friday, May 04, 2007

Pemakanan yang berkhasiat dan penyakit.


25 tahun yang lalu aku mula menjalani hidup sebagai seorang lelaki dewasa, mula berkerja secara rasmi dan tetap lah tu.. Boss aku pada masa tu seorang yang boleh di kira sebagai ‘health freak’, dia mempunyai program senaman yang teratur, program pemakanan yang berkhasiat dan teratur cantik, makanan tambahan dan vitamin tambahan yang semua nya berdasarkan lapuran pakar yang lengkap dengan testimonialnya sekali. Dia berusaha bersungguh – sungguh untuk menjadikan aku seorang yang mengambil berat tentang kesihatan diri seperti dia. Aku anak kampung dari Kedah yang suka makan nasi dan bersarapan dengan pulut. Sarapan tu orang Kedah panggil ‘menyorok’! Kalau ada pulut kukus dengan ikan tamban tergeliat atau gelama masam, kira memang kelas lah! Paling tidak pun ada nasi lemak dengan kuih –kuih yang manis..pergh.. itu apa yang aku dah biasa.. Rupa –rupanya cara pemakanan itu di anggap salah oleh ramai orang..! Aku pun mula mendapat khidmat nasihat secara percuma untuk mengurang kan kabohiderat, santan, lemak, gula, garam, jangan makan pulut..angin.., jangan makan nasi nanti jadi gemok, jangan makan sotong dan udang.. kolesterol tinggi, jangan makan makanan bergula nanti kencing manis..dan ada bermacam – macam lagi pesanan dan nasihat.

Pada hari ini aku masih tetap aku.. yang ketika dilahirkan memang gemuk sehinggalah ke hari ini,muscle pejal yang aku bina dari zaman persekolahan masih ada hingga kini, cuma tambahan beg lemak yang setebal 4 inci di bahagian perut dan satu inci di tempat lain menjadikan muscle aku terlindung.. jadi lah aku orang gemuk..! Tinggi aku 65 inci dan berat terbaru aku 103 kg menjadikan rupa aku gemuk dan pendek.. macam ahli sumo kelas light weight..! Satu masa dulu aku seorang pelari pecut, tapi bukan yang terbaik, rekod aku Cuma 13 saat untuk larian pecut seratus meter. Cuma kelebihan aku pada masa sekolah dulu adalah aku dapat memecut selaju itu selepas berlari jarak jauh yang biasanya 2 atau 3 kilometer. Ini membolehkan aku memintas larian pecut seseorang pelari pecut peringkat negeri semasa dalam permainan Ragbi. Aku pemain ‘forward’ second row. Aku bukan health freak, cuma aku suka berlari. Semenjak berkerja dan punya kenderaan sendiri aku dah sangat kurang berlari, sekarang aku dah tak boleh berlari lagi.. Aku juga seorang perenang yang agak bagus..aku boleh berenang beberapa jam tanpa henti..semenjak ‘sakit’ aku dah tak berenang lagi..Minggu lepas aku cuba berenang dalam kolam di AnCasa Resort..masih o.k lagi walaupun agak kaku! Aku akan memulakan semula aktiviti – aktiviti riadah tersebut untuk membesarkan lagi muscle aku dan ini akan menyebabkan lemak digunakan..aku merancang untuk jadi trim & fit pada hujung tahun 2007. Sebelum program kesihatan ini aku mulakan dulu, berat aku adalah 111 kg.

Berbalik kita kepada kisah ex boss aku dan beberapa kenalan yang dulu nya seorang ‘health freak’. Ex. Boss cukup slim..sampai timbul nyata tulang – tulang nya, dia suami isteri rupa – rupanya ada pelbagai jenis penyakit.. belanja perubatan semasa masih berkerja dulu hampir mencecah angka satu juta! Aku tak tahu berapa banyak dia dah belanjakan duit pampasan persaraan dan EPF dia untuk tujuan perubatan mereka berdua.. Umor dia baru 60 tahun.. Ada juga kawan dan kenalan yang berkata, Ari awak kena jaga pemakanan dan kesihatan awak..kita kena berusaha untuk menjadi sihat, jangan nanti dah tua awak menyesal..dan jawapan aku ..entah lah..engkau orang semua tak tahu ke tentang ex boss kita tu? Dia sakit teruk..macam nak mati beragan saja.. dan mereka tetap punya jawapan..’dia tu kena sumpah dek orang..dulu banyak sangat menganiaya orang..tu lah dia dapat sekarang..!’ Wallah hualam, aku tak tahu. Ramai juga yang berjumpa aku dan berkata ‘ kalau ikut hukum alam, sepatut nya orang gemuk macam engkau yang kena banyak penyakit’ Jawapan aku, aku memang pesakit jantung tapi dah operate dah..pipe yang sumbat dah di bersihkan..mereka masih punya jawapan..!’ ahh..engkau tunggulah..nanti engkau akan kena lagi..!’ Kenapa kesemua mereka mempunyai tanggapan begitu?

Diri aku sendiri..tak kisah tentang pandangan dan nasihat dari ‘pakar –pakar’ tersebut.. sebabnya..semasa belajar dulu, ada aku di ajar tentang terjemahan al quran. Dalam ayat tentang bulan Safar ada di sebut tentang ‘ tidak ada penyakit yang berjangkit, tidak ada burung hantu membawa sial dan tidak ada bala di bulan Safar..dan seterusnya..cari sendiri lah yer..! Soalan aku kepada ustaz, kalau tidak ada penyakit yang berjangkit, penyakit itu datang dari mana? Jawapan ustaz, ‘dari Allah. Jika awak memang tersenarai akan dapat sesuatu penyakit pada suatu masa yang telah ditetapkan, awak akan dapat penyakit itu walaupun orang lain tak kena penyakit tersebut pada masa itu.Penyakit itu cuma akan merebak kepada orang yang memang telah disenaraikan untuk menerima nya..! Hingga kini aku cukup percaya dengan penjelasan ustaz tentang ayat alquran tersebut. Walaupun aku dan anak yang lain dan Da kena sakit mata, Ina dan Nazirah tak terjangkit pun..tidur sebilik pun tak berjangkit..!

Habis tu..macam mana? Hentam saja lah Labu..jangan berlebihan atau extreme sudah..

No comments:

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!