Herba yang penting untuk masak -memasak.

Tuesday, February 26, 2008

Rezki. Nelayan,Tukang Emas dan batu Delima



Semalam aku sampai balik ke PD dari percutian di Kedah, sebenar nya aku pergi menziarah emak aku yang dah tua dan agak udzor di Yan ,Kedah. Emak aku dan keluarga disana kesemuanya sihat , adik aku 'Samurai' agak sibuk menguruskan jentera pilihanraya parti nya.Aku risau juga apabila dia tidak pergi ke laut, adik aku tu nelayan laut dalam, aku risau kalau-kalau dia di tipu crew bot. Ia lah, emak aku sanggup jualkan tanah sawah pusakanya untuk di jadikan modal membina bot dan membeli pukat Tenggiri untuk adik aku usahakan. Sebulan bot adik aku naik 'slipway', masuk dock lah tu..bot tu telah karam akibat dari lunasnya yang telah patah. Baru empat hari bot tu turun semula ke air dan pergi memukat tenggiri. Semalam hari ke empat, hasil agak lumayan, 600kg tenggiri batang! Tapi sayang..ikan kembung yang hampir satu ton terpaksa di biarkan rosak! Nelayan pukat tangsi pakat beramai ramai tidak turun kelaut sebab mereka kata tiada ikan kembung ..nelayan pukat tenggiri dengan mata pukat 4.5 inci berjaya tangkap satu ton ikan kembung..Macam mana ni? Ikan kembung tersebut telah tidak sempat di buka dari pukat kerana masa yang di perlukan sangat panjang, itu akan menyebabkan ikan Tenggiri yang masih melekat di pukat akan terjeruk didalam air dan rosak, pilih antara dua, Kembung atau Tenggiri! Kesemua Tenggiri telah dijual pada jam 4 pagi, kembung baru siap dibuka dari pukat pada jam 5 petang! Ahh kalau dah bukan rezki kita, sudah di pukat pun terpaksa di biarkan saja dia rosak..Cuma satu peti dengan muatan 100kg yang dapat diambil, adik aku telah sedekahkan kepada orang ramai kat pengkalan dia satu peti ikan tersebut. Pukat tenggiri tu panjang nya 31 baneh, bersamaan dengan 12 kilometer!
Insyaallah kalau hasil dari Tenggiri ni berpanjangan macam semalam, cepat lah dapat balik modal emak aku tu.Hampir RM100K telah di turunkan. Adik, hang buat kerja betoi betoi ..

Aku pergi Pekan Rabu di Alor Setar pada hari Sabtu lepas, saja jalan -jalan. Tujuan utama aku adalah untuk mencari pembekal batu Delima. Beberapa peniaga Melayu kat Pekan Rabu ada mempunyai koleksi batu delima dari Siam dan Burma.Batu asli yang nampaknya macam tidak pernah di panaskan dengan api, suatu yang agak susah dicari sekarang ini.Harga batu Delima ini agak tinggi mengikut anggaran aku. Mungkin aku terpaksa pergi ke sempadan Burma melalui Siam jika aku hendakkan batu Delima dengan harga yang lebih rendah dengan kualiti yang lebih tinggi. Tuan kedai tu ada tunjukkan kepada aku sebutir 'star ruby' dari Burma yang di jual kepadanya dengan harga RM150 sebutir, dia dapat beli dua butir saja.Selepas menjual sebutir pada harga RM300 dan cukup gembira dengan keuntungan 100 peratus, baru dia tersedar yang batu tersebut ada 'star'! Yang masih ada dengan nya dia tidak mahu jual walaupun telah ditawarkan RM5K!


Dia beritahu aku yang kumpulan dari Burma akan datang lagi dalam bulan Mei hingga Julai nanti.Mungkin aku kena pergi kesana awal sikit..!

No comments:

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!