Herba yang penting untuk masak -memasak.

Monday, February 04, 2008

Perjuangan yang belum selesai


Aku tak suka menulis tentang politik tetapi pada hari ini aku terpanggil untuk menulis sesuatu yang agak berbau politik, maafkan aku.

Dalam perjalanan pulang ke rumah dari Hospital Pakar Seremban, isteri aku Ina mengadu lapar, dia nak aku belikan kuih untuk minum petang. Aku telah pergi 'menziarah' dari satu lokasi penjaja ke satu lokasi penjaja, hari Ahad..susah juga nak cari kuih pada petang Ahad, para penjaja bercuti! Akhirnya aku ke bandar Port Dickson, nasib baik penjaja kuih kat bandar tak bercuti. Aku telah beli dua bungkus rojak mi dari seorang penjual keturunan mamak, beberapa penjaja keturunan Melayu memandang kosong kearah aku, kesian juga aku melihat mereka lalu aku tambah belian dengan sebungkus nasi lemak Melayu dan air kelapa muda. Semasa sedang menunggu buah kelapa di potong, datang seorang pembeli keturunan India, dari atas motorsikalnya dia bertanya kabar kepada penjual air kelapa, penjual air pun menyahut soalan nya dan mereka mula bercerita dengan suara yang agak lantang. Cerita mereka berkisar tentang pilihan raya yang akan datang tak berapa lama lagi.
Penjual air: Sekarang kita semua mau siap sedia, bulan depan parlimen dibubarkan!
Pemuda: Dah Confirm ke?
Penjual air: Anggaran je lah..tapi aku boleh confirm kan lah..memang jadi ..
Aku: Hebat juga awak kan, ada maklumat dalaman ke ?
Penjual air: Inilah masanya untuk kita berjuang!
Pemuda : Kali ini mesti kita boleh menang!
Aku: Wah hebat lah awak berdua, dari parti mana ni?Kumpulan pembangkang atau Barisan Nasional?
Penjual air: Kita kena jaga-jaga, Suruhanjaya pilihan raya berat sebelah, mereka bukan adil, penipu belaka tu..!
Aku: Tak elok awak fitnahkan orang macam tu!
Penjual air: Awak tak tahu, dulu semasa kat suatu pilhanraya kecil , saya berkampung 20 hari disana, saya dah jumpa tuan-tuan guru, para ulamak, saya tahulah yang pihanraya ini semuanya tipu belaka, mereka tak mahu para ulamak menang!
Aku: ia ker? Saya jumpa tuan guru dan ulamak tiap hari, tapi tak ada pulak kami bercerita tentang politik. Awak ni memang fanatik betul kan, bayangkan 20 hari tinggal keluarga untuk membuat kerja politik ditempat orang.
Penjual air: Saya bukan fanatik! Ini adalah perjuangan! Kita mesti berjuang!Lain lah orang macam awak!Tak sanggup!
Pemuda: Encik tak tahu perjuangan, encik tak ada semangat perjuangan!
Aku: ia ker? Saya ni dari parti pembangkang, dah berkali kali undi pembangkang, tak pernah boleh menang, kali ini pun saya akan pilih pembangkang tetapi saya rasa tetap tak boleh menang.
Pemuda dan Penjual air: Perjuangan memang susah, orang macam awak tak akan faham!
Pemuda India pun berlalu selepas membayar harga air kelapa yang di beli nya.
Aku: Apa yang awak perjuangkan?
Penjual air : Ini adalah perjuangan untuk menuntut kebenaran!
Aku: Kebenaran apa tu?
Penjual air: Kebenaran! Islam mesti di daulahkan!
Aku: daulah tu apa?
Penjual air: Ceritakan kepada saya semenjak bila kita ada kerajaan Islam?
Aku : Tak pernah ada.
Penjual air: Awak memang tak tahu sejarah! Parameswara adalah pemimpin kerajaan islam pertama di Tanah Melayu ini! Pada tahun 1400 kerajaan Melaka menjadi kerajaan Islam pertama.
Aku: Nama dia pun Parameswara, islam ker dia? Biar betul awak ni! Memang saya tak pandai tentang sejarah, tapi nampaknya awak lagi melalut!
Penjual air: Awak kenal Hatta? Dia adalah pejuang! Dia cukup hebat! awak kenal Mahatma Gandhi, Datuk Bahaman, Mat Kilau?
Aku: Saya tak kenal mereka tu, tapi Bung Hatta di Indonesia tu dah lama dia mati, Gandhi ji lagi lama, Tok Bahaman dan Mat Kilau tu saya tak kenal.Tak pernah berjumpa dan berkawan pun dengan mereka. Apa sangkut paut mereka ni semua dengan perjuangan awak?
Penjual air: Awak balik nanti fikir lah sendiri.
Aku: Maksud awak, awak tidak memahami apakah hala tuju dan untuk apa perjuangan awak? Jangan susah hati, awak bukan lah orang pertama yang tidak tahu apakah yang di perjuangkan. Dah terlalu ramai hingga tak terbilang orang yang saya tanya soalan ini dan mereka tidak tahu jawapan nya.
Penjual air: Awak tak akan faham. Bukan kah kita ini keturunan pahlawan, keturunan pejuang?
Aku: Awak Melayu atau Jawa?
Penjual air: Aku Melayu!
Aku: Melayu bukan keturunan pahlawan terbilang, perkataan melayu itu sendiri jika didalam bahasa Jawa, maknanya lari! Orang Melayu adalah orang yang lari dari Yunan di Tanah besar China, sampailah dia tak boleh lari lagi!
Penjual air: Awak memang bodoh! awak tidak tahu apa itu perjuangan!
Aku: ia lah, ceritakan lah apa yang awak perjuangkan!
Penjual air: awak balik dan fikirlah sendiri.
Aku: O.K saya balik dulu. Assalamualaikum!
Penjual air: Allahhuakbar!
Aku: lain macam cara awak jawap salam. Tak pernah belajar ker? Sekali lagi, Assalamualaikum!
Penjual air: Tadi dah jawap Allahhuakbar..
Aku: Jawap salam pun tak tahu rupa rupa nya, patut lah nak jawap apa yang di perjuangkan pun dia tak tahu, hampeh tebu..ingatkan berisi..

Aku kini adalah seorang pengundi yang tidak terikat kepada mana mana parti, suatu masa dulu aku adalah aktivis Barisan Nasional.Aku pernah terlibat dengan PAS, PSRM dan 46.Penjual air tersebut aku rasa seorang ahli Keadilan kerana dia juga ada menjual surat khabar Keadilan. Sampai waktu ini aku masih belum faham apa yang dia perjuangkan, dia sendiri pun tak tahu! Tujuan aku menulis ini adalah sekadar nak berkongsi pendapat, jika kita terlibat dengan sesuatu, pastikan kita tahu kita terlibat dengan apa, untuk apa? Jika hala tuju organisasi tidak kita fahami atau tidak di jelaskan kepada ahli, berhentilah dari menjadi ahli.Berhentilah dari menjadi laskar yang pekak dan buta!

Perjuangan ini masih belum selesai
Perjalanan ini masih panjang
Ku kira buta cuma mata dan huruf
Kira nya ada juga yang buta perjuangan!
Ini adalah suatu perjuangan berasaskan minda
Kemerdekaan yang di istihar dengan tangan yang terbuka
bukan dengan penumbuk
bukan dengan letupan senjata!
Sejarah hutan yang dibaja dengan darah dan daging perwira
telah lama berlalu
50 tahun masa berlalu, gelanggang sudah berubah
Peraturan sudah berubah, adakah kita sudah berubah?
Atau.. masih di takok lama, seorang laskar yang buta?

No comments:

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!