Herba yang penting untuk masak -memasak.

Monday, March 03, 2008

Adat budaya dan Wang Hantaran


Sabtu 1-Mac-2008.
Aku telah pergi mengepalai dan menjadi jurucakap rombongan untuk menetapkan hari majlis pernikahan anak saudara ku. Turut hadzir adalah kedua orang kakak dan abang ipar ku.
Dalam perbincangan kami dengan pihak perempuan, kakak bakal pengantin telah meminta agar wang hantaran di hantar sepenuhnya sebelum hari aqad nikah, bakal pengantin meminta majlis dijalankan selama dua hari dua malam, ibu mereka meminta agar wang hantaran di hantar lebih awal dari tarikh yang telah di persetujui semasa meminang iaitu satu bulan sebelum aqad nikah. Bapa mereka meminta agar wang hantaran dihantar sepenuhnya lebih awal dari tarikh yang dijanjikan dahulu dengan alasan yang wang hantaran tersebut yang juga di panggil 'wang hangus' akan digunakan untuk menjayakan majlis kenduri nikah nanti.
Berlaku perdebatan yang agak panas dengan wakil wanita dikedua belah pihak meninggikan suara dan cuba menunjukkan kelebihan masing masing.
Sebelah perempuan: Kami dari keturunan Melayu, orang yang beradat, walau dalam ugama islam tidak dibenarkan, kami tetap nak buat dan pertahankan adat kami!
Sebelah lelaki: Adat yang mana satu? Awak semua dari keturunan mana? suku mana?
Perempuan: Kami berasal dari Kuala Kangsar! Kami tidak punya suku suku! Hajat pengantin kami nak berinai dengan pengantin lelaki pada malam selepas aqad nikah!
Lelaki: Kami dari keturunan panglima perang, keturunan pahlawan dan kesatria! Anak kami tidur pun dengan pistol, yang merah dijari seorang perwira adalah darah ! bukan inai! anak kami jantan bukan pondan! Anak awak perempuan, jika nak berinai, berinai lah sendirian, kami tak marah, cuma kami tak izinkan anak kami berinai sepuluh jari, dia bukan perempuan.
Perempuan: Ini adat kami, kami tak peduli, awak mesti ikut adat kami! Menikah selepas asar hari Sabtu, malam tu kami nak buat majlis berinai, Ahad awak semua datang untuk majlis kenduri pernikahan.
Lelaki: Baik lah kalau itu yang awak hendak, kami akan datang pada hari Sabtu, untuk majlis aqad nikah, lepas majlis tu awak terima lah menantu awak, kami semua akan balik dan tidak akan datang lagi, sila hantar kedua pengantin ke Kedah pada tarikh 31 May untuk majlis menyambut pengantin. Majlis tetap akan dijalankan sama ada kedua pengantin hadzir atau tidak!
Perempuan: Wakil pengantin lelaki ,kaum keluarga nya perlu hadzir pada malam berinai!
Lelaki: Pada hari itu dia dah jadi menantu awak, awak ambillah, dia bukan lagi dari golongan kami, dia tidak perlu lagi balik ke rumah kami!
Perempuan: Kesihan dia, jangan di buat begitu kepada menantu kami, dia tetap memerlukan keluarganya!
Lelaki: Kami apa peduli! Dia menantu awak, dia mesti ikut adat budaya awak! Dia yang memilih untuk menikah dengan anak awak dan menjadi menantu awak, dia suami isteri tidak perlukan kami, kami rela dia pergi. Berpuluh tahun kami membesarkan dia, dengan sebab seorang perempuan dan ijab 'aku terima' kamu nak rampas dia dari kami. Berambus dia!
Perempuan: Bukan begitu, kalau tak boleh atau tak setuju, tak menjadi hal kepada kami! Awak nak buat aqad nikah dan kenduri melangsungkan pernikahan pada hari yang sama? Kami setuju! Tak perlu bergaduh dan putus ikatan keluarga!Cuma wang hantaran tu tolong hantar sepenuhnya .
Lelaki: Terima kasih kerana telah bersetuju untuk buat majlis tersebut dalam satu hari, tentang wang hantaran, kami akan hantar separuh sepertimana yang telah di persetujui semasa majlis meminang dulu satu bulan sebelum majlis aqad nikah, baki nya akan dibawa pada hari aqad nikah.
Perempuan: Kami nak 100 peratus hantaran pada pertengahan Mac ini.
Lelaki: Baiklah, disebabkan adanya perubahan dari perjanjian kita dulu, kami perlukan jaminan dan persetujuan yang kesemua wang hantaran akan di serahkan kembali kepada kami jika pernikahan ini tidak jadi dilaksanakan. Jika bakal pengantin meninggal dunia, jika berubah hati antara kedua nya atau salah seorang dari mereka dan di putuskan pertunangan ini, maka kami berhak mendapat semula wang hantaran yang kami telah serahkan.
Perempuan: Wang belanja atau hantaran itu akan digunakan untuk menjayakan majlis, sudah tentu ianya akan habis, bagaimana kami nak pulangkan semula?
Lelaki:Ikut persetujuan kita yang terdahulu untuk separuh hantaran yang di dahulukan, tidak ada di sebut tentang wang hantaran perlu di kembalikan dan kami bersedia menanggung risiko tersebut, kalau awak hendak kan kesemuanya lebih awal, awak tanggunglah risiko itu.
Perempuan : Tak dapat kami buat keputusan tentang hal ini, besar risiko yang kami kena tanggung!
Lelaki: Kalau begitu, ambil jalan yang selamat dan rendah risikonya, terima separuh sahaja dulu, bakinya akan kami bawa semasa hari aqad nikah. Biar kami yang tanggung risiko!
Perempuan: Kami setuju .Tapi permintaan kami, boleh lah kiranya wang hantaran itu di hantar pada bulan Mac ini, bukan bulan April?
Lelaki: Kami boleh adakan ianya pada pertengahan bulan Mac. Ia akan dihantar dengan tangan bukan melalui pos atau 'bank in'.Sila sediakan saksi di pihak awak semasa penerimaan separuh wang hantaran tersebut.
Perempuan: Kami setuju. Saksi akan kami sediakan.
...
...
Ada lain lain hal untuk di bincangkan? Mesyuarat ditangguhkan sehingga tarikh yang akan di tentukan kelak.

Disebabkan bubur kacang hijau berserta pulut dan roti telah di hidangkan, aku pun menutup majlis dengan doa sebelum makan!Emak mereka terkejut dan bertanya mengapa baca doa tu? Jawapan aku, apabila makanan telah dihidangkan didepan kita, pendekkan doa!
Syukur alhamdulillah kesemua yang dirancang dan dihajati berjaya aku penuhkan untuk kedua belah pihak, walaupun pihak perempuan tetap 'bengang' dengan aku! Ada kah patut emak dia kata, 'dulu dia ni tak mari ker?' Kakak aku menjawap ' ada, dia yang duduk di sebelah Samurai ' emak perempuan:' dulu nampak bodoh saja dia kan, hari ni dah jadi pandai bercakap pulak dia..!' Aku cuma mampu tersenyum!**


** abah pernah marahkan aku ' tersengih sengih saja! Apa yang hang sengih kan ? Hang tak faham bahasa ka ?'
Aku menjawap: ' apabila tidak ada yang baik dapat aku keluarkan dari mulut aku, biar lah aku tersengih. Senyum tu kan sedekah..biar aku sedekahkan senyuman dari aku menyumpah seranah !'

Awak semua dah menikah ker atau dalam baris menanti ? Wang hantaran atau dowry adalah budaya Hindu yang masih kita gunakan hingga ke hari ini. Aku tak kisah sangat kalau ianya tidak membebankan bakal pengantin tu, tapi kalau sampai kena buat pinjaman koperasi atau bank untuk wang hantaran, melampau rasanya tu! Semasa aku menikah dulu, wang hantaran cuma RM2000 sahaja, pada masa tu kebiasaan nya adalah rm4k- rm6k, dah lebih 20 tahun kami berdua melayari hidup ini, semasa pernikahan kedua, bapa mertua aku cuma minta apa yang wajib dalam islam, aku cuma perlu sediakan mas kahwin atau mahar sahaja, dah nak masuk 8 tahun kami bersama. Ada orang lain yang hantaran berpuluh ribu, majlis kenduri mencecah juta, 'ku sangka akan panas hinga ke petang, belum sempat subuh dah hujan!' Bukan hantaran wang ringgit yang menjamin kekalnya pernikahan, mungkin ianya bakal menjadi punca perpisahan!


Gambar sireh junjung dari hyperlink yang disertakan.

No comments:

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!