Herba yang penting untuk masak -memasak.

Monday, May 14, 2007

Pilihan aku

1.Petang semalam aku telah berbincang dengan anak kakak aku Usop untuk menilai apakah motorsikal yang sesuai untuk aku beli untuk digunakan berulang alik antara PD dan Yan di Kedah. Dulu aku gunakan TZM selama 2 tahun dan di ikuti dengan ZXR 250 selama 4 tahun untuk tujuan yang sama .Cuma dulu aku buat perjalanan tu tiap dua minggu sekali. Aku berharap dapat membuat perjalanan ini setiap minggu. Sebenarnya emak aku dah tua sangat dan uzor, aku berharap akan dapat bersama dengan nya tiap hujung minggu atau pun tiap dua minggu. Usop telah cadangkan Suzuki SRAD, bagaimana dengan Vulcan Classic? Setakat ini motorsikal kegemaran aku cuma Ducati 916/996 dan Aprillia 250, tetapi masalah nya awek Itali ni maintenance tinggi lah..

2.Pilihan lain yang aku ada adalah gunakan bas express, kos memang rendah tetapi jadual perjalanan terhad kerana terpaksa mengikut jadual bas dan keseluruhan masa yang di perlukan adalah 9 jam.

3.Satu pilihan lagi adalah menggunakan khidmat Air Asia. Aku masih mengira kos keseluruhan perjalanan dengan air asia termasuk to and fro airport. Perjalanan terhad mengikut jadual flight dan tak boleh di ubah secara impromtu. Jumlah keseluruhan masa di perlukan adalah 3 atau 4 jam.

4. Pilihan terakhir adalah memandu. Masalahnya kos cukup tinggi, kos tol adalah RM160.00, petrol RM300.00 maintenance kereta lebih kurang RM200.00 satu trip pergi dan balik. Keseluruhan masa perjalanan adalah 7 atau 8 jam. Kalau buat trip begini dalam 5 atau 6 bulan habis lah tayar kereta tu..sebab tu kena ada extra maintenance budget RM200.00 untuk tayar dan minyak pelincir.

Nak kena buat detail study nih..! Tolong beri feed back, boleh aku gunakan dalam study nanti.

No comments:

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!