Herba yang penting untuk masak -memasak.

Tuesday, April 08, 2008

Ngam ho...! biskut, keju dengan kopi 'o'..

7-04-2008. Aku pergi shopping kat Tesco Seremban malam tadi. Ina nak beli keperluan rumah untuk bulan ini.Biasanya sebelum hujung bulan barang kegunaan harian kami dah habis, nampak nya budget bulan lepas sampai minggu pertama April masih boleh bertahan, hampir dua minggu tu!
Tesco Seremban sangat besar, Ina nak gunakan 'wheel chair', terlalu penat kalau gunakan tongkat.Diana tolak wheel chair Ina dan aku tolak trolley dengan Nazirah.
Aku juga telah membeli beberapa benda kegemaran aku. Aku beli keju! Minggu lepas semasa shopping dengan Shida pun aku beli keju juga!
Aku suka keju, selalunya aku akan beli 'blue cheese' dengan jenama Emborg atau jenama Rosenborg, sedap..malam tadi aku beli Gorgonzola Mountain blue.Rasa dia sedap juga tetapi lebih 'keras' dari Emborg. Kedua-dua jenama borg tu lebih manis keju dia dari Gorgonzola ni.'Blue cheese' ini bau dia lebih kuat sikit, ada cendawan penicilium warna biru kehijauan tumbuh didalam keju ini..tu yang buat aroma dia kuat.. Aku suka sapukan keatas biskut dan makan gitu jer..sambil minum kopi jenama 434 buatan Muar..ngam ho..biskut, keju dengan kopi 'o'..!
Havarti, satu jenama yang aku baru cuba, beli minggu lepas.. sedap juga! Ini adalah jenis keju lembut macam jenama Port Salut.Keju dia ada lobang lobang halus, aku suka makan gitu jer. Potong kecil -kecil dan nipis dan makan lah..
Keju lain yang aku suka adalah Baby Bell, Gouda dan Camembert. Gouda lebih pejal dan keras, aku makan gitu jer, potong dengan pisau tajam.Camembert lembut, aku makan ngan biskut, sapu ngan sudu atau pisau tumpul. Baby Bell aku buat snack! Kenyal, gigit jer..!
Ina selalu beli Parmesan dan Mozarella untuk buat Pizza. Itu dia beli dari kedai yang jual makanan dingin beku ('frozen food shop), kira timbang kilo..jauh lebih murah.
Diana telah memilih keju craft single untuk buat sandwich. Craft single ni di panggil 'processed cheese', ini keju yang selalu kita jumpa kat mana mana kedai, untuk buat sandwich.Rasa dia o.k juga. Craft adalah keju yang pertama di perkenalkan kepada aku dan bertitik mula dari situ, aku menjelajah keunikan rasa dan aroma keju hingga ke hari ini.
Awak semua suka makan keju ?

Aku juga telah membeli buah 'Blueberry', nampak macam sedap sangat. Rasa dia agak 'lembut' dan cita rasa aku lebih kepada rasa yang agak jelas atau lebih keras. Ina beli anggur hitam yang betul betul hitam warna nya, manis betul anggur tu, harga nya lebih murah dari Blueberry yang aku beli, dan lebih sedap.Aku nak beli buah 'Blackberry' dari Indonesia, agak mahal buah tu tapi tak ada pulak malam tadi.Apa rasa nya buah 'Blackberry tu ye?.

2 comments:

Mutiara said...

Ari
Ni dah spring, seminggu dua lagi berbunga lah hitan balcberry di belakang rumah saya. Yang liar ni vines dia berduri, tapi yg dah domesticated tu dah tak tak ada duri lagi. macam mana pun rasanya sama.

Ari said...

TQ Mutiara.Nanti saya cari benih yang boleh hidup dan berbuah kat kawasan tropika nih..boleh tanam ..

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!