Herba yang penting untuk masak -memasak.

Wednesday, April 16, 2008

Binatang yang bernama babi

Sibuk juga pemberita dengan cerita penternakan babi di Negeri Selangor sekarang ini. Projek mega penternakan secara terkawal untuk bekalan babi dalam negara! Di negeri Sembilan, semasa pemerintahan menteri besar yang terdahulu, babi adalah merupakan salah satu penyumbang besar kepada ekonomi negeri ini.
Apabila serangan Virus Nipah berlaku, lebih kurang 1.5 juta ekor hidupan tersebut telah di musnahkan. Pada masa itu Malaysia adalah negara pengeksport babi terbesar di rantau Asia. Bekalan asas makanan untuk industri penternakan babi ini dibawa dengan kapal ke pelabuhan Port Dickson,biasanya jagung dan beras hancur. Kilang memproses makanan ini ada banyak yang tumbuh, saiz IKS.
Hasil ternakan dipasarkan dalam negara dan juga untuk di eksport.Ianya dieksport secara hidup.Agak menyusahkan pengeksport kerana pelabuhan Dickson telah di war war kan sebagai pelabuhan minyak, jadi nak eksport babi melalui PD tak boleh..Terpaksa lah di eksport melalui Pelabuhan Kelang.
Mungkin dengan sebab itu lah kerajaan Selangor tahu akan tingginya permintaan keatas bekalan babi di luar negara.Jadilah Selangor negeri pengeksport babi terbesar rantau Asia!
Cita-cita kerajaan Selangor semasa pemerintahan terdahulu untuk membina kawasan industri ternakan babi memang sudah mula dijalankan, ini termasuk juga di negeri Sembilan. Tanah tapak industri saiz mega tu dah pun di anugerahkan kepada parti-parti komponen BN, tuan empunya hak ke atas tapak itu akan menyewakan tapak ladang tersebut kepada para pelabur atau penternak.
Kehadiran Virus Nipah menyapu bersih kesemua ladang ternakan babi di Negeri Sembilan dan Selangor.Kebangkitan Bukit Pelanduk, Chuah, Sepang, Sungai Pelik dan kawasan sekitar nya sebagai kawasan ternakan babi adalah urutan dari kesan penutupan kawasan ternakan babi di Sungai Besi dan penutupan kawasan ternakan babi di Woodland Singapura. Hampir kesemua penternak di kedua buah kawasan yang telah di tutup ini berpindah ke Bukit Pelanduk dan persekitarannya.Ini berlaku pada pertengahan tahun 80an.
Pada September 1998, Virus Nipah hadzir untuk menjalankan tugasnya, 265 orang dijangkiti virus ini dan 105 orang telah mati akibat serangan Nipah. Semasa operasi 'pembersihan' di kawasan terbabit, kesemua binatang yang di temui disana telah di bunuh. Babi, lembu, kambing, burung, tupai, musang, kucing kesemuanya di tembak mati.Cuma manusia yang tidak ditembak mati! Mereka cuma mati akibat jangkitan virus! Vaksin terbaik untuk Nipah juga datang nya dari babi! Kesemua yang di jangkiti oleh Nipah mesti di suntik dengan vaksin tersebut! Kalau tak mahu di injek, siapkan lubang, lepas satu minggu dah boleh tanam! Jadilah makanan ulat ulat dan cacing cacing...
Saya ada ramai kenalan dan rakan yang menternak babi, ada yang mati semasa serangan Nipah. Cubaan untuk membuka semula ladang telah beberapa kali di buat oleh pengusaha ladang, ini telah membangkitkan semula virus Nipah yang tidur sebentar! Beberapa orang lagi telah dijangkiti dan telah 'makan tanah' akibat jangkitan tersebut pada tahun 2006 dan 2007! Pada hari ini ada dua atau tiga pengusaha kecil yang mencuba nasib, saya selalu memantau kes mereka ini. Pengusaha kecil ini hanya punya beberapa ekor ternakan sahaja. Saya bukan berharap tetapi kebarangkalian untuk mereka ini dan keluarga mereka 'makan tanah' akibat jangkitan virus Nipah adalah cukup tinggi.
Menteri Besar Negeri Sembilan yang ada sekarang ini telah mengeluarkan arahan untuk menghalang dan menghapuskan ternakan babi yang telah cuba di seludupkan ke Negeri Sembilan semasa kecoh hal pencemaran akibat ternakan babi di Melaka pada tahun 2007! Syabas Datuk!
Anda semua tahu tak yang panggilan khinzir telah di perkenalkan untuk menggantikan panggilan babi semasa kehangatan kes JE atau serangan Nipah? Saya tetap memanggil binatang tersebut sebagai babi. Itu nama dia didalam bahasa Melayu. Perkataan babi juga adalah satu makian didalam bahasa Melayu. Perkataan itu adalah untuk menunjukkan kemarahan, anda tahu tak yang mat salleh pun akan marah jika kita panggil dia 'pig'? Setakat ini saya belum jumpa lagi orang yang akan berbangga kerana di panggil babi!
O.K lah kita tunggu dan lihat saja lah projek babi mega tu.Mungkin kali ni akan muncul virus baru, bolehlah kita berbangga kerana menjadi rakyat sebuah negara yang punya beberapa virus bawaan babi! Itu juga satu kemajuan!


Site dimana gambar babi comel di pinjam:http://exoticpets.about.com/gi/dynamic/offsite.htm?
site=http://www.geocities.com/Heartland/Valley/5330/

Site tentang Nipah:http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs262/en/

No comments:

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!