Herba yang penting untuk masak -memasak.

Friday, March 28, 2008

Unplug..PR dan Lambaian padang golf.


Entah mengapa, aku tidak siasat pulak lah, bekalan elektrik ke mesjid jamek telah tidak ada semasa waktu Jumaat tadi.Muazin telah menggunakan microphone dan speaker dengan power beteri, imam punya set tak boleh pakai lak.. imam pun apa lagi..ini lah masanya menggunakan style unplug!Nasib baik juga imam muda yang baca khutbah tadi..itupun kena basahkan kerongkong dulu..Aku memang dah lama sangat tak pernah dengar khutbah jumaat unplug nih..power dan sungguh menarik..! Kawan yang disaf belakang pun dapat dengar dengan jelas.Dengan gaya ini, intonasi suara khatib yang bersungguh sungguh menyampaikan khutbah menjadikan ianya khutbah paling menarik untuk tahun ini , setakat bulan Mac la..

Semalam aku cuti, menemankan Ina pergi rawatan susulan kat Seremban Specialist Hospital, doktor pakar tu cuti! Bersungguh sungguh admin clerk klinik doktor tu sibuk mempertahankan dirinya dari tuduhan aku. Dia telah berjaya menutup mulut aku dengan membuktikan bahawa isteri aku yang bersalah kerana telah tidak mengambil peduli akan SMS pembatalan temu janji yang telah dihantar kepadanya. Aku tetap tidak berpuas hati dengan layanan yang kami terima lalu aku telah membuat aduan terhadap doktor dan kerani klinink pakar tersebut kepada pihak pentadbiran hospital.Pegawai dekat information counter yang memang aku kenal semenjak hospital tersebut baru dibuka, telah memberitahu aku yang kerani am di kelinik doktor pakar yang aku pergi tu memang telah pernah diberi surat amaran dan surat tunjuk sebab! Kesihan juga aku kat dia tu tetapi apa nak buat..aku memang sangat tidak suka jika dicabar untuk membuktikan sesuatu, tanpa memberi ruang untuk aku berundur dengan dignity! Siasatan diteruskan dan terbukti nombor yang telah dia hantar SMS tu bukan nombor mobile phone isteri aku, nombor siapa entah.. Isteri aku telah buat temujanji yang baru, esok aku kena pergi hospital tu sekali lagi.Hospital pakar KPJ yang selalu disiarkan kat Medik TV tu nampak macam bagus jer..nampaknya masih ada banyak ruang yang perlu dikemaskan.Pihak hospital telah sudi menghantar seorang pegawai pentadbiran nya untuk mendengar, mencatit dan berjanji akan menyerahkan teguran dan cadangan aku kepada pihak atasan mereka.

Kami lunch kat McD. Seremban Dua, disebelah McD tu ada pula jualan peralatan sukan golf, suka juga aku membelek 'driver', 'hybrid' dan set yang di tawarkan. Aku cuma beli sarung tangan -glove sebelah kiri sahaja.. Pemain golf biasanya pakai sarung tangan sebelah saja..percaya tak ? Percaya lah..!! Pemain yang 'right handed' akan pakai glove sebelah kiri, pemain 'left handed' akan pakai glove sebelah kanan! Aku pernah lihat seorang datin dengan kedua tangan nya ada glove, aku pun bertanya ' datin, kenapa pakai glove sampai dua belah tangan tu ?' dan jawapan dia memang kelas you..'I belajar main golf kat Korea..masa tu winter..itu yang terbiasa pakai glove di kedua belah tangan..bila balik sini, dah terbiasa..terbawa-bawa sampai sekarang..!' Lutut aku dah sembuh, semakin baik sekarang ni..tujuh bulan dah operation tu..Itu lah dah gatal nak ke driving range dan golf course nih..

No comments:

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!