Herba yang penting untuk masak -memasak.

Wednesday, February 21, 2007

Cuti Raya China, cucu dan pet baru.

16 & 19 Fabruari hari cuti Raya China, sambung sampai 20 haribulan, 21 baru aku masuk kerja ..seronok juga off day panjang nih..!
Kami gi jalan-jalan kat Jaya Jusco..ada offer yang agak bagus..shopping ler. Dia orang cukup happy..aku pu tumpang gak ler. Tapi tak ada kedai yang jual golf shoes..agak kecewa disitu aku..madam pujuk aku..o.k lah tu..nanti kita pergi beli kat KL..you nak Foot Joy kan ? Bukan senang nak dapat kat Seremban..o.k.. Dah lama sangat aku lay off golf..sampai entah bila hilang kasut golf tu aku pun tak sedar ! Nasib baik club aku simpan dalam bilik..tak da lah hilang.
Tiap petang aku gi driving range untuk polish balik skill aku.

21 Fabruari.
Madam bawa Nazirah ikut aku gi driving range. Dia cuba beberapa biji bola dan happy bila dapat balik skill dia dua tahun dulu.Aku yakin petang ni mesti dia akan ikut lagi.Yati baru melahirkan anak kedua semalam. Anak perempuan.Kini aku punya cucu saudara perempuan.Ahh..aku kini punya empat orang cucu..semua cucu saudara..cucu aku sendiri belum sampai lagi..! Terasa sangat bila emak budak-budak tu kata..salam ngan atok..salam ngan atok..baru 45.. dah..bercucu..hah..hah..hah..

Usop anak saudara aku telah hadiahkan aku seekor anak ular sawa malam tadi. Lebih kurang sebesar dua jari bahagian yang paling besar, panjang lebih kurang satu meter. Cantik juga anak ular tu. Aku simpan dalam tong polisterin yang dia berikan. Pagi tadi semasa aku periksa tong tu aku nampak najis ular tu..besar jari kelingking aku saiz najisnya..Ina dah minta aku 'clearkan' tong tu hari ni..Shida belum tahu lagi tentang anak ular tu..nak pelihara atau lepaskan saja..? Aku ingat nak pelihara sekejap..kalau tak sesuai..aku akan lepaskan balik..

17.00hrs aku akan pergi melawat cucu aku..Siti Najwa. Macam nama buah kurma jer..!

No comments:

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!