Sebelum tahun 2004 aku mempunyai rambut yang ikal mayang dan beralun jika di biarkan panjang. Suatu masa dulu rambut aku pernah hingga mencecah ke bahu.Beberapa tahun aku hidup dengan gaya rambut 'botak looks'. Tempoh terpanjang aku pernah membotakkan kepala aku adalah selama 6 bulan. Aku terpaksa membiarkan rambut aku tumbuh dan panjang semula apabila aku jadi tak tahan dengan kerenah beberapa nyonya tua dan muda yang akan berhenti bersembang atau berjalan, memandang kearah aku, lalu mengangkat kedua tangan kearah muka mereka seolah-olah menyembah tuhan mereka dan berkata Amitofor, Amithabha Buddha, dalam kejadian terakhir seorang perempuan keturunan China asyik sangat memandang kearah kepala botak aku sehingga dia di gilis kereta di bahagian kakinya, cepat-cepat kawan aku telah mengheret aku kedalam sebuah kedai dan berkata "tolong duduk disini baik-baik dan jangan menyebabkan kemalangan". Gambar botak looks aku tu telah aku hantar kepada seorang kenalan perempuan yang telah menunjukkan gambar tersebut kepada seorang China Buddha rakan dia..ada kah patut dia mintak sekeping gambar aku dan setelah di beri, dia frame dan letakkan atas altar, siap ngan colok sekali. Mungkin sebab itu hidung aku dah tersumbat hingga kini..! Pernah sekumpulan China di Air Hitam meminta kebenaran untuk mendirikan sebuah to'kong kecil untuk aku, alasan mereka rupa aku dengan kepala botak perut buncit sangat menyerupai salah satu tuhan mereka, dan bagi mereka aku ni istimewa bila aku selalu bagi tips yang bagus untuk pasaran saham. Aku tak benarkan sebab aku seorang Islam . Adalah beberapa belas orang disitu yang jadi kaya raya disebabkan tips aku. Aku sendiri tak beli. Pelik jugak ler..kawan aku Lim memang selalu ajak aku pergi security house untuk trading. Aku yang nasihatkan belian untuk dia. Banyak jugak la dia untung, adalah dia berikan aku modal untuk masuk rumah baru, lepas lah untuk belanja beli lampu, dapur, perabut, fridge, freezer dan buat house warming lagi. Sebahagian pemberian dia aku buat pergi vacation. Selepas tahun 1990 aku tak pernah buat 'botak looks' lagi. Hidup aku lebih tenteram.
2004-2006. Hasil dari usaha ku mengambil Clopidogrel, Simvastatin, Cardiprin dan Beta lockers, tiada kesan penolakan terhadap dua batang 'stent' yang ada di pasang di dalam salah satu arteri jantung aku. Kesan sampingan pulak..rambut aku berguguran macam daun getah di musim meluruh..cerah..!Teringin jugak aku nak cukur jer..tapi bila terkenang apa yang aku pernah alami dari Singapore sampai KL sampai Hadyai..asyik menerima sembah hormat orang..maleh aku ..!Tapi kalau dibiarkan terus..mungkin aku akan jadi botak kekal..bahaya nih..
2007. Isteri aku telah memaksa aku berjumpa doktor untuk meminta pendapat dia.. dan aku telah di beri ubat untuk membantu mengatasi masalah keguguran rambut. Ubat sakit jantung cuma tinggal Renitec dan Cardiprin saja lagi.Ubat untuk rambut tu mengandungi larutan Minoxidil sebanyak 2%. Selepas satu bulan aku akan diberi Minoxidil sebanyak 5% dan last effort kepala aku akan di suntik Minoxidil di beberapa tempat tertentu tanpa menembusi lapisan bawah kulit kepala. Aku tak takut menjadi botak, apa yang aku tak nak adalah orang silap faham siapa aku..cukup lah satu gambar aku di pasang colok.. Geng Air Hitam pun dah senang lenang tetapi ada yang tamak dan teruskan lagi, dah kembali asal atau makin miskin jadinya. Nasib dia lah..! Aku masih dapat makan minum free di Air Hitam. Lim pun dah slow sekarang ni..semua beli blue chip saja. Dia dah jual semi D dan beli bungalow besar dua tingkat. Aku tetap aku..Da minta kolam untuk berendam saiz Jacuzzi 8 orang, aku nak buat 'putting green', nanti lah .
Herba yang penting untuk masak -memasak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- Ari
- Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!
No comments:
Post a Comment