Adakah awan menangis ketika berubah menjadi hujan?
Adakah air menjerit ngeri ketika jatuh dari langit?Ketika di belah petir?
Awan, kitaran hidup setitik air, lambang kehidupan dan kematian yang serentak.
Ahad, 6April 2008. Genap 100 hari kematian bapa mertua ku. Aku dan keluarga telah balik kampung pada hari Sabtu lepas untuk hadzir semasa majlis tahlil 100 hari bapa mertua aku di Muar.Selalu bermain di fikiran ku mengapa kita mengadakan majlis tahlil sedangkan tak ada pulak aku diajar tentang majlis tahlil yang di adakan oleh nabi Muhammad untuk para sahabat nya yang mati terlebih dahulu dari dia atau pun majlis tahlil untuk dia sendiri. Ah..aku tak cukup pandai lagi, persoalan ini pun tak mampu aku rungkai..Tetapi pada hari ini aku nak bicarakan tentang sesuatu yang agak lain sikit. Ianya masih tentang hidup dan mati, subjek kegemaran aku! Semasa dalam perjalanan balik ke PD malam tadi, aku telah bertanya kepada keluarga aku, mengapa kita merayakan maulid ur rasul ataupun birthday rasul tetapi kita tak mengingati hari kematian dia atau membuat majlis tahlil untuk dia pada hari kematian dia? Memang aku sendiri tidak mengharapkan ada sesiapa yang akan menjawap pada waktu itu! Hari ini aku bertanya kepada saudara dan saudari ku sekelian soalan yang sama, adakah anda ada jawapan nya?
Jawapan yang aku dapat fikirkan adalah : Kita suka merayakan sesuatu yang gembira tetapi tidak mahu mengingati sesuatu yang kita anggap sedih dan menakutkan. Kelahiran adalah suatu yang kita boleh faham dan biasanya kita gembira apabila mendengar berita mengenai suatu kelahiran, jadinya kita akan mengucapkan tahniah dan mungkin juga akan meraikan dengan membuat kenduri atau bersedekah dan belanja orang lain makan. Kematian adalah suatu yang kita cuma faham separuh sahaja. Apa yang kita faham adalah tiap yang hidup akan merasai mati. Orang yang mati akan di kebumikan dan tinggal lah dia dalam kubur sehingga hari kita semua kan di bangkitkan semula nanti.Buat sementara waktu tu, awak tinggal lah di lubang kubur tu sampai hancur luluh dimakan ulat ulat dan cacing-cacing.Ianya suatu yang amat mengerikan..itu tak termasuk siksa kubur lagi tu.. Rasanya lebih dari itu kebanyakan kita tidak pernah alami dan lihat. Kalau ada yang dah alami, bermakna dia bukan lagi manusia biasa!Apa yang kita faham tentang alam roh adalah cukup nipis dan tidak mampu untuk meyakin kan kita akan kesahihan nya! Kita lalai dalam menghadiahkan ayat ayat Allah kepada roh simati..termasuklah untuk ibu bapa kita dan rasul kita sendiri! Saya pernah diajar yang ayat ayat Allah itu menjadi santapan roh si mati, roh tak makan nasi dan lauk ayam, itu makanan mereka yang datang berzikir ..! Kira upah untuk mereka lah tu.. Itu yang saya muskil, mengapa dibuat sambutan birthday untuk orang yang dah mati tetapi tidak di buat majlis tahlil untuk dia? Adakah mungkin saya benar dalam hal ini ? Yang kita memang suka bergembira dan berpesta? 'Marilah kita menghayati dan berlenggok bersama dengan penyanyi penyanyi lagu nasyid di maulid ur rasul bersama sama penyanyi top masakini..!' Tentulah janggal nak bernasyid dan berpesta di majlis tahlil kan..Entahlah..cuma untuk renungan sendiri..

No comments:
Post a Comment