Semenjak along kemalangan pada 19 -03-2006, dua hari sebelum birthday aku, aku merasa sangat tidak gembira dan resah. Semua orang disekeliling aku mendapat bahang 'panas' diri ini. Adakah aku kecewa atau tidak dapat menerima hakikat? Aku sangat mudah melenting walaupun untuk perkara kecil saja. Kad Visa aku tak boleh digunakan pun aku boleh jadi sangat marah. Petang semalam aku pergi melawat along dihospital Seremban, dah dua hari dia keluar OT, dia masih on morphine dan tidak berapa sedar akan kehadiran pelawat di sekelilingnya. Dalam keadaaan macam tu pun dia masih dapat mengecam bila ada seorang perempuan datang menyelongkar almari kecil disebelah katilnya cuma dia ingatkan perempuan tersebut emaknya..mujurlah tak ada kehilangan wang ringgit cuma handphone lama. Selepas satu minggu tidak tidur diatas katil yang selesa, akak aku telah tertidur diatas katil yang ditawarkan staff nurse disebelah katil along. Rupa-rupanya di hospital pun ada pencuri mencari rezki. Disebabkan along dengar bunyi selipar semasa perempuan tersebut lari apabila along menjerit, kami telah buat andaian yang dia mungkin salah seorang perempuan yang berada disitu untuk membantu ahli keluarga masing-masing. Guard mengesahkan yang tidak ada sesiapa keluar atau masuk pada waktu itu. Staff nurse mencadangkan yang kesemua perempuan didalam ward tersebut dibuat pemeriksaan untuk mencari barangan yang hilang itu tetapi akak aku telah tidak bersetuju dan tidak mahu membuat sebarang laporan polis. Kalau ada yang tertangkap nanti tentu dia akan berasa malu dan apa pandangan orang terhadap dia? O.K lah kak hand phone tu pun bukan mahal dan engkau pun bukan ada kehilangan wang tunai, biarlah dia. Mungkin dia susah dan berharap dapat mencuri sedikit wang tunai untuk belanja hidupnya di hospital. Sebenarnya besar juga belanja sesiapa yang tinggal di hospital untuk menjaga ahli keluarga . Belanja makanan sahaja memerlukan RM10-> RM15 satu hari. Tak termasuk belanja lain seperti disposable diapers untuk orang dewasa, mahal tu. Belanja perubatan along telah dapat diturunkan sebanyak RM7K, hand phone Nokia lama tu tu lebih-lebih pun baru RM100. Engkau pun ada banyak handphone pakai jerlah yang lain.
Dua campur dua jadi berapa?
Isteri-isteri aku telah sangat boring dengan sikap aku dan mula 'naik angin'. Aku terpaksa keluarkan tunai RM1500 untuk keperluan dapur kami, ini semua gara-gara kad aku tak boleh di pakai semasa di Giant Senawang. Tiga trolley yang kami beli terpaksa di tinggalkan begitu saja sebab tak ada tunai untuk bayar selepas kad aku gagal di gunakan. Kali ni kami cuma shopping kat the store PD. Isteri aku lebih suka Giant dari The Store. Dah hampir lima tahun kami shopping keperluan dapur di Giant Senawang. Aku selalu beritahu dia berdua yang kalau kami shopping kat kedai runcit kecil, tuan kedai tersebut mungkin akan sangat bersyukur dengan sumbangan kami terhadap pembangunan dan pengukuhan ekonomi keluarganya tetapi di Giant, pekerja di situ tak akan senyum pun.. jangan ingat ada ucapan terima kasih dari mereka, sebabnya adalah kehadiran kita disitu menyebabkan kerja mereka bertambah menjadi 'banyak kerja' dan keletihan. Eloklah kita beri business pada pekedai kecil yang lebih bersyukur dan gembira melihat kita datang daripada berdepan dengan cashier, promoter dan guard yang sentiasa masam muka dan ingat kita menyusahkan mereka. Harga yang di tawarkan memang lebih murah tetapi supermarket besar juga menyebabkan kita membeli barangan yang kita sebenarnya tidak perlukan, kita tidak memerlukan beberapa packet ayam nugget atau burger atau processed food yang lain, beli ayam segar dan goreng lah,kenapa kita kena makan makanan yang boleh di pertikaikan tahap 'kesihatan'nya? Ahh ada banyak perkara atau benda yang aku tidak faham. Mungkin dalam hidup ini dua campur dua belum tentu jadi empat.
Herba yang penting untuk masak -memasak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2007
(72)
-
▼
March
(13)
- Aku atau along?.
- Motorsikal dan kemalangan
- Horseback riding
- Who want to be a millionaire.
- Nira kelapa dan cuka.
- How to make Ice Cream
- How to cook stingray fish.
- My life yesterday.
- My boss just send me a challange
- An evening at the driving range.
- Pesanan dari seorang kawan
- Ini ada satu cerita aku nak kongsi dengan anda semua.
- Long Service award
-
▼
March
(13)
About Me
- Ari
- Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!
No comments:
Post a Comment