Herba yang penting untuk masak -memasak.

Monday, November 13, 2006

Ping Pong


Ahad 12-11-2006
Satu perlawanan persahabatan antara kelab sukan kami dengan Yacht club telah diadakan. Suspence jugak sebab kami tak tahu kekuatan diaorang. Aku memang tak mahu main single..takut tak boleh tahan..mahu pancit aku kalau kena oponent yang rating dia bagus..hancus..Aku diletakkan sebagai pemain untuk bergu pertama lelaki, boleh lah tu..masa warming up tu..pemain dia orang lepak jer..suspence aku..aku teruskan stroke dengan sifu Foo partner aku untuk double game nanti.Build up confidence dengan cuba beberapa variasi stroke,pemain opponent asyik berbisik-bisik..haru..cool man..macam tournament la pulak..!

Perlawanan lelaki pertama, sifu..aku tengok main-main jer melayan lawan dia..langsung dia tak keluarkan apa-apa buah dan serangan rahsia dia, itupun dia menang straight 3 set dari 5 set.Hairan jugak aku mungkin dia orang dah tukar pemain utama dia jadi pemain kedua tak..tapi pemain second man single dia orang pun tengah berhempas pulas di kerja kan oleh Teoh..Teoh menang straight 3 set dari 5 set. First ladies single dan second ladies single pun dia orang kecundang straight 3 set dari 5 set, second man double main dulu..di ikuti first ladies double..first man single main last..disebabkan kami dah leading dan dia orang tak punya harapan lagi..aku cuba nak beri dia orang kemenangan untuk set ini..sifu lepak habis..aku gunakan serve gaya Man Tiger side spin( 100 % side) dan top spin (100 % top), serve jenis ni takat ni hanya sifu yang boleh angkat dengan bagus..malang nya opponent aku langsung tak boleh angkat bola tu, kami menang kesemua perlawanan straight set. Rupa-rupanya diaorang hanya main sebulan sekali..kami main tiap minggu..patut la nampak macam boleh main tapi tak tepat dan konsisten..! Lepas games aku dan yang lain-lain teruskan stroke dengan sifu. Happy juga aku bila skill lama aku dah kembali semula walaupun mungkin tak akan dapat sepenuhnya balik..tapi takat ni aku dah cukup happy. Sekarang aku perlu tumpukan perhatian untuk slim kan badan sikit, baru boleh bergerak dengan lebih ringan dan pantas ! Semenjak kehadiran dua anak kecil aku tu..aku dah tak pernah menjengah ke padang golf lagi, sibuk ler..aku selalu teringat kan dia dua orang tu..sampai nak pergi padang golf pun tak sanggup..!
Malam tu dia orang bagi dinner kat club, allright juga dinner tu..9 course..Ina happy sebab tak payah masak malam tu..Nazirah jadi jemputan termuda..!

No comments:

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!