Herba yang penting untuk masak -memasak.
Thursday, October 19, 2006
Balik kampung..
Nih musim orang balik kampung dah bermula..aku la ni bila sampai musim ni..memang sedih..Abah dah lama pergi..Tok ngan Opah mentua di Lenggong dah tak ada..ayah Kassim ngan mak Wa pun dah tak ada..tinggal lah dua rumah besar tu kosong..aku sendiri memang jarang sangat balik ke Lenggong..dah udzur sangat rumah tinggalan tok tu..kalau ada yang tinggal di situ tentu rumah tu terbela..Abah mentua aku semenjak ada ibu baru..kami dah tak boleh menziarah dia lagi..mak baru tu..dia mintak kami panggil dia Ibu..tapi..bila mintak dia tolong semasa adik dapat anak..dia tak mau..rupanya dia tak suka budak -budak..macam mana nak jadi ibu..walaupun anak-anak aku bukan dalam kategori 'super melalak'..dia tak boleh tahan jugak..terpaksa lah kami menjauhkan diri..asal abah bahagia..cukup lah..last aku dan keluarga jumpa abah adalah tiga tahun dulu..puas jugak la menunggu abah balik dari mesjid..abah imam..lepas insya baru abah balik..baru ibu sibuk hidang kan air teh bujang..sebelum tu..ibu sibuk tengok tv..kami tercogok menunggu di ruang tamu..malam tu juga kami balik..walaupun Ipoh tu beberapa jam perjalanan dari PD.Adik bongsu aku selepas dah pindah randah antara empat negeri..dah pulang untuk berkampung di Kedah..enam tahun dulu masa dia masih tinggal dengan emak..aku bawa isteri baru aku balik jumpa mak..adik aku tu..dah bagi amaran kat aku.."rumah ni dah jadi rumah kami la ni..abang jangan nak buat pandai-pandai di sini, bumbung dapur tu chek yang buat..pakai duit laki chek.." "tak pa la adik..hang duduk la..abang entah bila tahun nak boleh balik sini.." Asal depa laki bini boleh jaga emak..dan mak bahagia hidup dengan depa..aku dah sangat bersyukur..cuma sayangnya..mak aku makin tua..aku tak dapat nak menjaga dia..mak kata..orang kaya ni sebenarnya sombong..orang miskin saja yang memahami orang lain..Untuk mak,abah dan adik-adik..hampir 25 tahun dulu..aku belikan tapak rumah tu..semuanya untuk hangpa..aku tak perlukan rumah atau tanah tu..Emak.. bukan aku tak nak beri tanah tu kat adik..kalau aku tukar ke nama dia..mak boleh jamin ka laki dia tak jual tanah tu..? Rancangan depa nak pujuk mak jual tanah bendang Sungai Limau tu aku dah tau dulu lagi..sebelum mak tau..Kalau mak nak jual..terpulang lah..itu tanah mak..Dah beribu duit kami habis untuk modal kan anak kesayangan mak tu..semua meniaga depa lingkup..bukan sebab tak ada business..semua sebab lupa diri bila jadi senang sikit..Aku tetap tak akan hadiahkan tanah tapak rumah tu kat adik..walaupun dia adik bongsu aku..Aku cuma mahu mak ada rumah sendiri..tempat tinggal sendiri..duit penyewa tanah bendang tu sepatutnya cukup untuk sara diri mak..aku dengar kata abang dah tak hantar duit kat mak lagi , semenjak mak usu dia dok di kampung nih..Dia tak suka mak dok sara mak usu anak beranak dan laki dia..menantu kesayangan mak..Tak kan susu dan pampers anak depa pun kami nak kena bagi..mak kata menantu mak tu sakit.. sakit jantung..mak..aku ni yang sakit jantung..bukan dia..dan aku masih sanggup bekerja kuat untuk menyara anak isteri aku..kenapa dia kena berehat dan kami kena sara dia ? Tak apa lah mak..itu pilihan mak..Sempena kedatangan Syawal ni..kalau masih bersisa walau sekelumit rasa kasih sayang terhadap anak yang pernah emak kandung selama sebelas bulan ini..izin kan aku memohon ampun dan maaf atas salah silap aku..semoga emak di cucuri rahmat Allah selalu..Aku tau..mak tak akan dapat baca coretan ini..sebenarnya ini cuma luahan rasa hati aku..di musim perayaan ini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- Ari
- Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!
No comments:
Post a Comment