Herba yang penting untuk masak -memasak.
Tuesday, July 18, 2006
Sakit baru..
Tarikh : 9 Julai 2006.
Waktu : 10.30 pagi.
Lokasi : Batu 1 Jalan Pantai, berdekatan dengan Sikh Gurdwara.Port Dickson.
Kejadian: Serangan Angin Akhmar.
Aku sedang memandu, Ina melayan Nazirah di sebelah aku..kami dalam perjalanan ke Subang Jaya..dada kiri aku dah dua minggu sakit..malam tadi makin bertambah sakitnya..doktor Ang kata..sekarang juga awak pergi Subang Jaya..! Dr.Kannan ada stand by untuk awak..aku tak berani nak pandu sejauh itu..100km tu..Ina cadangkan aku ajak Along -Fauzi anak akak aku untuk pandu kereta kami kesana..aku pun setuju..cari Along dulu..Sampai kat batu satu..tiba -tiba ..tanpa amaran..tangan kiri aku kehilangan upaya..jatuh berdebik keatas paha ..Ina menjerit nyaring..'pull to the side dear..'nasib baik juga tangan kanan aku masih berfungsi dan kereta pun tak banyak sangat..di tepi jalan..Ina tolak tombol gear ke 'P'..aku tak tahu apa yang terjadi..Ina menangis meraung..dia ajar aku mengucap dua kalimah syahadah..aku cuma mengikut apa yang di suruh..tapi..tak ada bunyi yang keluar..lidah aku kelu..mulut aku bisu..aku hanya mengikut nya di dalam hati..Terfikir jugak aku..mungkin ini detik terakhir hidup aku..mungkin kah ini yang di katakan helaan nafas yang terakhir..?Aku menanti dengan penuh kesabaran..
Ina masih menangis..dia dah pindahkan Nazirah ke seat belakang dan sekarang sedang mencuba untuk mengubah aku untuk ke seat sebelah kiri..aku kembali boleh berfungsi..dengan di papah oleh Ina..aku pindah ke seat belakang..Ina drive ke food court untuk mencari anak saudara aku..rupanya dia dah sangat panic..tak boleh drive dengan bagus lagi..Anak saudara aku Yusof dan abang ipar aku Cowboy hantar aku ke hospital bandar Sunggala..
Aku beritahu doktor bertugas yang aku perlukan Klaxane..aku tak mau Warfarin..doktor tanya ..mana awak tau ubat ni..perbezaan dia pun aku tau..cerita kemudian..inject dulu..!Nasib baik juga doktor tu percaya..selepas satu dos dan keadaan aku mula stabil..aku kena tahan di wad..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- Ari
- Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!
No comments:
Post a Comment