Herba yang penting untuk masak -memasak.

Thursday, January 24, 2008

Mutiara

Satu lagi kegemaran aku adalah mutiara dan kulit siput. Aku sangat suka batu karang laut, penyakit batu karang aku takut..Awak semua pernah tengok mutiara kan? Kali ini aku cuma nak cakap tentang mutiara. Suatu masa dulu cuma 'mutiara asli' yang ada di dalam pasaran, sangat mahal. Hingga ke hari ini mutiara asli masih sangat mahal. Kebanyakan mutiara yang ada di pasaran sekarang adalah mutiara yang di ternak atau di buat. Dalam proses ini, bahan yang di perlukan untuk menjadi asas atau nukleus di masukkan kedalam isi tiram, bahan ini akan di balut oleh tiram dengan air lelehan tiram yang di panggil 'nacre', ini adalah kerana nukleus ini telah mengganggu kestabilan hormon tiram, macam jadi gatal lah agaknya, tiram pun balut nukleus tersebut sehingga dia tak gatal lagi. Proses ini menghasilkan mutiara.
Mikimoto seorang pengkaji dari Jepun telah berjaya mencipta teknik pembenihan tiram ini dengan memperbaiki teknik lama, lalu teknik Mikimoto ini telah di gunakan dengan meluasnya di semua pusat penternakan tiram untuk mutiara.
Aku cuma punya beberapa utas rantai atau kalung mutiara, saiz pun agak kecil.Dua utas rantai berwarna perak dan dua utas rantai berwarna 'champagne' telah aku beli di Singapore World Trade Centre pada tahun 1995, lagi tiga utas dengan warna perak Ina beli di KL.Kesemua mutiara ini adalah mutiara air tawar dari China.Baru sekarang aku menumpukan perhatian kepada mutiara yang berkualiti tinggi dari Laut Selatan.Mutiara Akoya adalah antara jenis mutiara yang paling bekualiti tinggi.
Ada ramai kenalan dan rakan yang aku perhatikan mengunakan rantai mutiara.Hampir kesemua mereka tidak tahu mutiara jenis apa yang mereka ada! Setelah melakukan banyak kesilapan baru aku benar-benar mengenali mutiara, itu pun belum cukup tinggi untuk mengajar orang lain, cukup lah untuk akau pakai sendiri.
Suka aku berkongsi dengan saudara semua akan sedikit penetahuan yang aku ada ini, di zaman internet ini lebih mudah untuk aku mendapat maklumat, jadi aku kongsi maklumat saja lah ya..!
Panduan am untuk mengenali mutiara adalah jika di gesek kan dua butir mutiara secara perlahan-lahan akan terasa agak berpasir gesekan tersebut, jika dapat di gigit dengan gigi secara lembut, juga akan terasa biji mutiara itu berpasir. Jika di jatuhkan keatas cermin atau lantai marble, mutiara tidak akan melantun-lantun.
Mutiara agak sensitif kepada minyak dan alkohol, ia akan rosak dan kehilangan sinarnya.Untuk anda yang berminat dengan mutiara, belajar sedikit dengan membaca di site yang telah di hyperlink kan untuk membantu anda mengenali mutiara.
Aku ada beberapa butir permata yang kelihatan macam mutiara asli tetapi aku rasa ianya bukan mutiara dari tiram, warna nya putih dan mempunyai 'inner glow' yang sangat terang. Penjual benda ini hanya boleh memberitahu aku setakat 'ini adalah barang dari laut' Aku cuba cari di internet gambar yang sama seperti barang yang ada tetapi tak jumpa.
Tak apa lah, tengok site hyperlink ini dan selamat membaca. Kalau ada duit lebih nak order mutiara pun boleh juga!

Tuesday, January 22, 2008

Koleksi batu permata



Salah satu hobi aku adalah mengumpul batu permata sama ada yang mahal ataupun yang murah. Aku tak peduli sangat tentang nilai atau harga, kalau ianya berkenan dihati, mampu aku beli aku akan berusaha untuk mendapatkan nya. Kesemua batu 'precious stone' atau 'semi precious stone' yang ada pada aku di beli kerana kecantikan nya, bukan kerana keajaiban atau kuasa mistik batu tersebut. Aku hanya suka menghayati keindahan batu bukan nak minta tolong dengan batu tersebut! Minta tolong dari Allah !
Koleksi terbaru telah aku beli pada hari Jumaat lepas, 19-01-2008 kebetulan aku berkenan dengan batu yang ditawarkan, sebab lain adalah aku belum punya batu jenis itu, tetapi duit aku tak cukup pada malam itu, penjual batu kat pasar malam Bandar Sunggala tu memang aku dan Ina dah kenal lama, maklumlah pelanggan tetap! Dia tawarkan untuk aku bayar RM100 dahulu dan bakinya aku bayar bila-bila kami ada duit, tak semestinya minggu depan atau bulan depan, O.K juga tawaran nya, aku pun setujulah! Disebabkan dia pun setuju, aku tambah lagi beberapa butir batu yang lain, Ina kurang setuju dengan pembelian aku sebab katanya penjual batu manik koran kat pasar tani di Bukit Gambir lagi murah tawarannya, tetapi belanja pergi ke Bukit Gambir pada hari Jumaat tu dah boleh beli beberapa butir batu lagi! Nanti lah aku akan pergi sana pada pagi Jumaat untuk 'survey' keadaan di sana.
Batu 'Tiger eyes' dan mutiara kelas rendah ada banyak yang kami beli dari penjual borong di Jalan HangTuah KL.Kebanyakan batu yang lain kami beli dari penjual batu yang datang semasa expo jualan.Ada banyak batu permata yang di jual di 'e-bay' aku selalu juga melawat site tu.Anda juga peminat batu permata?

1.Kalimaya atau Opal dari Indonesia.

2.Tiger eyes.

3.Topaz.

4.Malachaite atau Peacock.

5.Star Ruby dari Mysore.

6.Opal dari Australia.

7.Topaz.

8.Iolite - Viking compass. Koleksi terbaru.
9. Onyx - Baiduri.

Thursday, January 17, 2008

Hidup, mati dan harapan



Dah lebih dua minggu bapa mertua ku meninggalkan kami. Dalam berkabung, Ibu mertua aku menangis hiba mengenangkan anak sulong nya yang telah menghilangkan diri hampir 10 tahun dahulu. Dia sentiasa berdoa kepada Allah supaya di ketemukan dengan anak lelaki nya sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir. Aku cuma mampu berkata 'insyaallah, mak akan berjumpa juga dengan abang long apabila doa mak di makbulkan Allah. Bersabarlah mak'
Aku agak gembira apabila di beritahu oleh Ina yang kemungkinan besar abang long yang kami cari selama ini dah di jumpai 'jumpa kat mana ?' 'awak baca lah Metro tu. Dalam Nanyang Siang Pau pun ada tapi mungkin awak tak faham lah pulak ' ' saya memang tak tahu Mandarin'
Mungkinkah tulang yang di jumpai di dalam sebuah kebun itu kepunyaan abang long? Mungkinkah akan termakbul doa emak? Aku tetap sedih dan risau. Emak dan beberapa ahli keluarga yang lain telah di panggil untuk buat ujian DNA, jika DNA mereka serupa dengan DNA tulang tersebut, maka terjumpa lah sudah apa yang dicari selama ini, tersingkap lah sudah punca kehilangan nya selama ini, aku tidak tahu sama ada aku gembira atau bersedih dengan mendapat jawapan dari pencarian kami ini.
Dapat kah ibu mertua ku bertahan jika betul itu adalah apa yang tinggal dari anak yang dicarinya selama ini? Adakah beberapa ketul tulang itu adalah abang ipar ku yang aku cari selama ini ?
Ahh...Sebak hati aku menanggung, adakah sama dengan sebak hati seorang ibu yang mengharap ?

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!