Herba yang penting untuk masak -memasak.

Wednesday, August 30, 2006

What do you want in life ?

Join Date: Jun 2002
Reputation: 46 Posts: 567
Location: Washinton DC, Annapolis MD area
Boating, Fishing, Siesta
The following story was found posted at the Club Cruceros in La Paz, Mexico:The American businessman was at the pier of a small coastal Mexican villagewhen a small boat with just one fisherman docked. Inside the small boat wereseveral large yellowfin tuna. The American complimented the Mexican on thequality of his fish and asked how long it took to catch them.The Mexican replied, "Only a little while."The American then asked why didn't he stay out longer and catch more fish.The Mexican said he had enough to support his family's immediate needs.The American then asked, "But what do you do with the rest of your time?"The Mexican fisherman said, "I sleep late, fish a little, play with mychildren, take siesta with my wife, Maria, and stroll into the village eachevening where I sip wine and play guitar with my amigos. I have a full andbusy life, señor."The American scoffed, "I am a Harvard MBA and could help you. You should spendmore time fishing and with the proceeds buy a bigger boat. With the proceeds from the bigger boat you could buy several boats and eventually you would have a fleet of fishing boats. Instead of selling your catch to a middleman you would sell directly to the processor, eventually opening your own cannery. You would control the product, processing and distribution. You would need to leave this small coastal fishing village and move to Mexico City, then Los Angeles, and eventually New York where you will run your expanding enterprise."The Mexican fisherman asked, "But señor, how long will this all take?"To which the American replied, "Fifteen to 20 years.""But what then, señor?"The American laughed and said, "That's the best part. When the time is rightyou would announce an IPO and sell your companies stock to the public andbecome very rich. You would make millions.""Millions, señor? Then what?"The American said, "Then you would retire. Move to a small coastal fishingvillage where you would sleep late, fish a little, play with your kids, takesiesta with your wife, stroll to the village in the evenings where you couldsip wine and play your guitar with your amigos."
__________________RunningTideYachts.comDistinctive Expedition Yachts

Monday, August 14, 2006

Membelah ombak menentang arus

Anak sulong aku nama Muhammad Isa..Aku panggil dia Isa..macam nama nabi..nama menteri besar NS dulu pun Isa..ada bekas MB tu datang nak menziarah kami semasa Isa masih kecil..tapi kami balik kampung..Taman perumahan yang aku tinggal sekarang ni pun nama bapa bekas MB tu..Aku tetap sokong dan hormat kat dia..walaupun depa kata dia rasuah..peduli apa aku..!
O.k lah..Petang hari Jumaat yang lepas aku berbincang dengan Isa tentang masa depan dia..apa yang dia nak buat..apa yang dia cita-citakan..apa yang dia mau dalam hidup ini..Dia tak nak pergi Universiti.." abang rasa abang terlalu muda untuk pergi ke Universiti.." "Isa nak buat apa..?" " Abang nak mulakan satu perniagaan..selepas tahu kemana arah tujuan..baru abang nak pergi cari ilmu di universiti..untuk menjayakan misi abang.."..hek eleh budak ni..ini semua nak buat aku kena kutuk dengan saudara mara dan rakan taulan..dulu masa dia jadi best student sekolah dan antara yang terbaik di NS..dan aku tak hantar dia pergi fully boarding school..semua kenalan aku kutuk aku..dia orang ingat aku tak mau atau tak mampu nak finance kan persekolahan anak aku di sekolah yang lebih baik..sekarang dia orang akan kutuk aku..sebab tak sanggup nak berkorban untuk hantar anak further study.."nasib abah lah Isa.." "Don't worry abah..I will further my study to gain knowledge..but I won't further it just for the sake of complying to the norm..just to be the same like the others..You are the one who teach me to be different..I do know what others said about you..nothing good..but you are the first one who drive around in an 'S' class here..out of three 'S' class owner here..none of you went to the university..right ?..that pakcik Don..just change his old Masterpiece to new E class..he is your school mate right ..? "You are right Isa..but I'am the only one thats not a crony to anybody..! " Heh..heh..abah tak mau kalah punyer..!
Aku cadang kan pertanian atau industri perikanan..senang nak start..dia tak minat..aku cadang kan get a product, buat satu production house, establish marketing net work . Dia dah setuju..product dah aku kemukakan..masih perlu Research and Development..mungkin akan ambil masa satu tahun untuk selesaikan masalah titik bengik- teething problem sebelum dapat di pasarkan.Target for full situation exploitation adalah 2011..Baya dengan Diana sedang belajar sambil berkerja ..menjadi promoter kat expo.. keliling semenanjung anak dara aku tu..tak pa..nanti aku test skill depa..kalau o.k..depa boleh lead marketing side..kalau dak..polish lagi..!
Aku memang susah hati dengan keadaan dan kedudukan sekarang..kalau silap langkah.. kecundang kesemua anak-anak aku..Ini lah agaknya situasi yang di hadapi oleh aruah abah aku dulu..satu-satu nya anak dia yang tak mahu berkerja dengan kerajaan..tapi " abah berpuas hati dan berbangga dengan apa yang kamu buat.." " terima kasih abah..kerana telah memberi peluang untuk saya berkhidmat kepada abah..abah duduk lah disini..tak dak siapa lagi nak halau kita..tapi saya tak boleh tinggal dengan abah..saya akan pergi ..saya cuma mungkin akan balik kesini bila dah pencen nanti.." Abah aku dah balik kepada tuan dia..aku akan teruskan perjalanan ini..emak masih tinggal dirumah yang abah bina ..di atas tanah yang aku beli..apabila adik beradik aku tahu yang tanah itu nama aku..kesemua mereka berkata aku sepatutnya letak nama abah..bukan nama aku..baru lah boleh di katakan sebagai hadiah dari aku..heh..heh..abah lagi pandai.." kalau hang boh nama abah..belum sempat abah mati..depa tu nanti minta abah bahagikan harta..! Buat penin kepala abah..biar nama hang ..abah cuma nak duduk situ..bukan nak tanah tu.." "Itu saya tak kisah abah..tapi..cukai tanah..cukai pintu..abah kena bayar sendiri.." "no problem..hang hantar mai duit..abah akan pergi bayar..!" Ha..ha..kena aku dengan abah aku..;
Aku.."mak setengah Siam..pak setengah India..aku.. Melayu..!!"

Friday, August 11, 2006

Salah kah aku..?

Ada kawan aku kena VSS dan kena balik kampung..PD la..dia tanya aku ada tak kerja kat tempat aku..kalu dia engineer boleh juga aku cadangkan..tapi dia bahagian pejabat..aku tak tahu bahagian tu..tapi aku berikan juga pendapat aku bila dia tanya apa yang perlu dia buat untuk menyara keluarga dia..aku kata tak payah kerja.."hang jaga anak -anak cukuplah..biar lah suami hang yang mencari rezki..tu tugas dia .." dia kata dia ada 3 ekar kat Sua Betong..semak samun jer..dia nak jual..aku cadang kan untuk dia tanam beberapa jenis tumbuhan renek yang aku tahu sangat menguntungkan dan senang di jaga..tapi mungkin dia ingat aku hina dia..langsung dia tak mahu hubungi aku lagi..la..salah kah pendapat aku tu..aku nak minta maaf pun dah tak boleh..mana dia menghilang diri..sebenarnya 3 ekar tu boleh beri dia hampir RM 10,000.00 satu bulan kalau dia rajin..tolak expenses..masih ada RM5-6 ribu..tapi kena berusaha lah..penat sikit la..( pokok tu ambil masa setahun untuk tumbuh subor..).
Kes yang hampir sama telah di kemukakan kepada aku oleh seorang lelaki yang aku pun tak ingat nama dia sekarang ni..aku jumpa dia di mesjid jamek selepas solat Jumaat..aku suruh dia balik kampung jer..kampung dia di Dungung..dia tak ada tanah..tapi saudara dia ada..orang kampung ada..sewa jer lah..!Dia pertikai kan cadangan aku tu..aku cakap kat dia..aku dah buat dah..dulu lagi..sebab tu aku tau boleh berjaya..dia tanya aku kenapa aku berhenti dari mengusahakan tanah aku..Sebabnya..aku nak buat benda lain pulak..! Harapan aku dia akan berjaya dengan plan pembangunan ummah yang baru kami bincangkan itu..Dah beberapa bulan aku tak jumpa lelaki tersebut..insyaallah berusaha lah..rezki pemberian Allah..

Wednesday, August 09, 2006

Pagi tadi..entah lah..

Aku jarang sangat nak warming up kereta aku sebelum berlepas..25 tahun dulu masa aku baru ambil lesen memandu..aku pernah terbaca panduan memandu dari Mercedes..tak perlu warm up kan engine..cuma mula dengan perlahan..jangan rakus..! dari rumah aku sampai jalan besar 1Km jauhnya..cukup lah untuk panaskan enjin..aku cuma perlu drive 12 km pergi dan balik..Walaupun perjalanan tu pendek sahaja..aku terjumpa 2 ekor kucing dan se ekor burung yang telah mati kemalangan..petang semalam masa aku balik kerja belum ada lagi..mungkin kena malam tadi agaknya..selalu juga aku jumpa musang dan tenggiling mati kemalangan.. kadang kadang tu biawak..mungkin binatang binatang ini perlukan terowong untuk mereka melintas jalan..?Adakah pemandu Malaysia tidak peka langsung terhadap binatang ? Mungkin juga..sebab ada beberapa kali pemandu lain hampir-hampir nak sodok kereta aku apabila aku berhenti untuk memberikan laluan kepada pejalan kaki yang sedang melintas di Zebra crossing..walaupun lokasi zebra crossing tu tak jelas..tapi aku tahu ada zebra crossing kat depan Avillion tu..puas jugak la merasa maki hamun drebar yang terpaksa berhenti apabila aku berhenti di tengah jalan..semuanya pemandu Proton dan Perodua..hampir semua nya kereta mutant..adakah kereta atau pemandu..?Adakah aku atau mereka ..? Entah lah..aku pun pernah kemalangan beberapa kali..teruk juga..adakah aku yang telah berubah ..kerana faktor umor..?
Atau nyawa memang dah tak berharga..macam kat Lebanon..? Entah lah..yang pastinya.."tiap yang hidup..akan merasai mati.."Suatu masa dulu..aku seorang penggali kubor..semenjak sakit ni..aku telah tak di benarkan lagi menggali kubor.. kurang lah aku dengar talkin..dulu..tiap minggu aku dengar talkin..hari raya pun aku dengar talkin.."khullu nafsain za ikatul maut.." (payah juger menulis jawi dalam tulisan rumi nih yek ..!). Bila kah talkin akan dibaca kan untuk aku ..? Entah lah..

About Me

My photo
Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!